Kita semua mahu yang terbaik untuk anak-anak. Namun kadang-kadang tanpa sedar, ada perkara kecil yang kita anggap remeh sebenarnya mampu memberi kesan besar pada kesihatan mereka.

Salah satunya ialah bila si kecil mula tertarik dengan minuman tenaga seperti Extra Joss. Bagi mereka, ia mungkin nampak “cool” kerana selalu lihat orang dewasa minum, tapi bagi tubuh kecil mereka, kesannya boleh jadi sangat berbahaya.

Minuman Extra Joss Bukan Untuk Kanak-Kanak, Mak Ayah Wajib Peka!

Cuba bayangkan anak yang biasanya aktif, tiba-tiba sukar tidur malam, berdebar-debar atau cepat marah hanya kerana minum sesuatu yang kita sangkakan tidak apa-apa.

Hati mak ayah tentu remuk bila tahu puncanya datang daripada minuman yang sepatutnya langsung tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Ads

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, pengambilan minuman tenaga ini boleh memberi kesan kepada degupan jantung, merosakkan tidur, dan menjejaskan tumpuan mereka di sekolah.

Tubuh kecil, jantung masih berkembang, sistem saraf masih membina kekuatan itulah realiti kanak-kanak. Tetapi bayangkan semua itu dipaksa bekerja lebih laju kerana satu minuman tenaga.

Minuman Extra Joss Bukan Untuk Kanak-Kanak, Mak Ayah Wajib Peka!
Sekadar hiasan.

Hanya satu sachet sudah cukup untuk mengganggu degupan jantung, merosakkan tidur, dan menjejaskan tumpuan mereka di sekolah.

Ads

Sebenarnya, belakang sachet Extra Joss, amaran ini jelas tertulis iaitu tidak disyorkan untuk kanak-kanak, wanita hamil atau ibu menyusu, dan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Ini bukan hiasan pada bungkusan, ia pengakuan bahawa kandungannya boleh membawa mudarat. Setiap sachet mengandungi kira-kira 50mg kafein, bersama gula tambahan dan pemanis tiruan.

Ads

Kafein memberi tenaga segera, tetapi kesannya kepada kanak-kanak berisiko tinggi, degupan jantung tidak teratur, tekanan darah meningkat, tidur terganggu, keresahan, sakit perut, kerosakan gigi, obesiti, dan ketagihan kafein sejak usia muda.

Kanak-kanak tidak perlukan tenaga dari serbuk segera. Mereka perlukan tidur yang cukup, pemakanan seimbang, dan air kosong untuk kekal cergas.

Ibu bapa, guru, dan peniaga hentikan penjualan dan pemberian Extra Joss kepada kanak-kanak.

Sumber: Public Health Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads