Ramai antara kita suka bau wangi, lebih-lebih lagi bila keluar rumah. Tapi tahu tak, ada sesetengah jenis minyak wangi sebenarnya boleh jadi bahaya untuk kesihatan, terutama melibatkan ketidakseimbangan hormon wanita?
Satu perkongsian yang sedang viral di TikTok oleh pengguna @nurulaziahzaki telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.
Dalam videonya, wanita ini berkongsi bagaimana penggunaan minyak wangi secara berlebihan memberi kesan buruk kepada kesihatan dirinya.
“Saya dulu memang suka sangat pakai perfume. Siap buat koleksi dan tukar-tukar bau setiap hari,” katanya.
Tapi dalam masa yang sama, dia mula sedar ada sesuatu yang tak kena dengan badannya. Hormon jadi tak stabil langsung. Datang bulan pun tak menentu, kadang-kadang lewat, kadang-kadang tak datang langsung. Dia juga alami sakit kepala yang teruk dan senggugut luar biasa.
“Rupanya waktu tu hormon saya memang tak elok langsung. Saya tak tahu pun yang perfume yang saya pakai boleh jadi penyumbang kepada kemasukan xenoestrogen dalam badan.”
Untuk yang belum tahu, xenoestrogen ni adalah bahan kimia yang boleh meniru fungsi hormon estrogen dalam badan. Ia ada dalam banyak produk harian termasuk minyak wangi, dan dipercayai boleh mengganggu sistem hormon tanpa kita sedar.
Selepas sedar akan kesan tersebut, wanita ini kini lebih berhati-hati. Dia memilih untuk menggunakan essential oil berasaskan bunga seperti geranium, yang baunya lebih lembut, semula jadi.
Ads
Setuju, Rupanya Ramai Alami Benda Sama
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengaku pernah mengalami simptom pelik selepas obses dengan minyak wangi tertentu.
Ada yang mula kena jerawat hormon, ada yang datang bulan jadi tak konsisten, dan ada juga yang pening kepala tak tentu pasal. Ada juga sukar hamil!
“Saya pun sama! Lepas tukar perfume, terus haid jadi tak tentu hala. Bila stop, alhamdulillah makin elok.”.
“Tak sangka bau wangi boleh jadi ‘racun senyap’ untuk hormon. Lepas ni memang kena tapis semua produk.”
Ads
Apa itu xenoestrogen?
Xenoestrogen ialah bahan kimia buatan manusia yang meniru fungsi hormon estrogen dalam badan. Ia bukan estrogen semula jadi, tapi cukup kuat untuk mengganggu sistem endokrin (hormon badan).
Ads
Benda ni boleh masuk dalam badan melalui:
• Produk kecantikan dan wangian (seperti minyak wangi, losyen)
• Plastik (terutama yang mengandungi BPA)
• Racun perosak
• Makanan dalam tin
• Produk pembersih rumah
Apa kata kajian?
1. Journal of Reproductive Toxicology (2008)
Kajian menunjukkan pendedahan kepada xenoestrogen boleh mengganggu proses ovulasi dan menjejaskan kualiti telur wanita, sekaligus menyebabkan masalah kesuburan.
2. Environmental Health Perspectives (NIH, 2003)
Kajian mendapati bahawa xenoestrogen memberi kesan kepada hormon estrogen secara langsung dan boleh mengganggu kitaran haid, ovulasi dan implantasi embrio.
3. Fertility and Sterility (2010)
Kajian ke atas pasangan yang sukar hamil menunjukkan paras tinggi BPA (salah satu xenoestrogen) dalam darah wanita dikaitkan dengan penurunan peluang untuk mengandung secara semula jadi.
• Ya, xenoestrogen boleh menyukarkan kehamilan – secara langsung atau tidak langsung.
• Ia mengganggu hormon semula jadi, menyebabkan ovulasi tak konsisten, haid tak menentu, dan boleh memberi kesan jangka panjang pada kesuburan wanita (dan lelaki juga!).
• Walaupun bukan semua orang akan alami kesan yang sama, kalau seseorang dah sedia ada masalah hormon atau PCOS, xenoestrogen boleh memburukkan lagi keadaan.
Namun bukan perfume bahaya, tapi penting untuk kita tahu kandungan dan bahan-bahan di dalamnya. Kalau dah mula perasan simptom pelik, mungkin dah sampai masa untuk tukar kepada alternatif yang lebih semula jadi.
Kalau korang ada simptom pelik lepas pakai perfume, mungkin boleh mula check balik. Badan kita bagi hint, tinggal kita nak dengar ke tak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tercekik ‘gummy mata’ kanak-kanak lelaki 10 tahun masih tak sedarkan diri. Seorang kanak-kanak dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata.
Tercekik ‘Gummy Mata’ Kanak-kanak Lelaki 10 Tahun Masih Tak Sedarkan Diri
Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, dikatakan rebah di Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, berkata kira-kira jam 10 pagi tadi, doktor memaklumkan Mohamad Fahmi masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan.
“Doktor beritahu sekiranya dia tidak tunjukkan maklum balas sehingga Jumaat ini, semua ubat akan dihentikan.
“Kami berserah kepada Allah SWT dan menyerahkan urusan rawatan kepada pihak hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mangsa ini dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang.
Menerusi satu hantaran Siti Farhani di Facebook memohon doa orang ramai mengenai perkembangan anak saudaranya itu, mendapat perhatian dan perkongsian warga maya.
Gula-gula berkenaan dikatakan dibeli di gerai di luar kawasan sekolah berkenaan.
Katanya, guru memaklumkan Mohamad Fahmi tersedak sebelum mahu ke tandas.
Ketika berjalan ke tandas, kanak-kanak itu terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum guru menghubungi ambulans.
“Guru ada buat panggilan video dengan pasukan perubatan yang meminta beliau memeriksa mulut Mohamad Fahmi sebelum menemukan gula-gula terbabit dalam tekak kanak-kanak itu.
“Ketika menerima pakaian Mohamad Fahmi dari pihak hospital, kami dapati sebiji lagi gula-gula itu dalam poket bajunya,” katanya.
Ibu dan bapa Mohamad Fahmi, Nuraini Mat Isa, 37 dan Mohamad Fakhruddin Fikri, 35, enggan mengulas kejadian buat masa ini.
Seronoknya kalau ada hubungan baik dengan jiran. Kita boleh duduk bersembang dan bertukar-tukar juadah. Rasa syok kalau dapat jiran yang sekepala dan sentiasa berbaik dengan kita.
Seperti mana kita mengharapkan jiran yang baik, kita juga perlulah bertoleransi dan sentiasa menjaga hati mereka. Bila saling memahami dan menjaga antara satu sama lain, barulah kehidupan berjiran terasa harmoni.
Melalui perkongsian di akaun TikTok eynabihah, dia berkongsi gelagat anaknya yang begitu seronok menerima kek dari jiran mereka. Di dalam video tersebut, dia menegur anaknya yang memegang sebuah plastik berisi kek pemberian jirannya.
Selepas disoal siasat oleh ibunya, kanak-kanak lelaki itu terus keluar rumah dan memanggil jiran yang dikenali sebagai ‘Uncle’ itu. Tak lama selepas itu, ‘Uncle’ datang sambil membawa lolipop untuk diberikan kepadanya.
Alahai, memang comel sungguh adik ni. Beruntung mereka mempunyai jiran yang baik. Biarpun berlainan bangsa, tetapi hubungan keluarga mereka sangat baik anatara satu sama lain.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Seorang kanak-kanak lelaki mengalami tujuh serangan jantung apabila dia disengat oleh salah satu kala jengking paling berbahaya di dunia ketika memakai kasutnya, baru-baru ini, Di Rio de Janeiro, Brazil.
Disengat kala jengking kuning
Menerusi laporan New York Post, Luiz Miguel Furtado Barbosa, 7, meninggal dunia pada 25 Oktober di sebuah hospital, dua hari selepas dia disengat oleh kala jengking kuning Brazil atau Tityus serrulatus, spesies dengan racun yang sangat toksik. Kala jengking itu telah menyebabkan ribuan orang maut di negara itu.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang tinggal di bandar Anhembi di Sao Paulo sedang membuat persiapan untuk menyertai perkhemahan. Pada waktu tersebut, Luiz Miguel sedang memakai kasutnya untuk bersiap.
Sebaik memakainya, dia menjerit kesakitan. Oleh kerana kami tidak menjumpai apa yang menyengatnya, kami terus mencari. Tetapi kakinya mula merah menyebabkan kesakitan.
Menurut ibu kepada Luiz iaitu Proenca Furtado, mereka menggeledah rumah untuk mengetahui apa yang menggigit anaknya itu. Hampir lima minit menggeledah, akhirnya mereka melihat kala jengking kuning yang digeruni itu.
Luiz dibawa ke Hospital das Clínicas de Botucatu, di mana ubat penawar untuk kala jengking boleh didapati. Ketika di unit pediatrik, Luiz mengalami tujuh kali serangan jantung sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...