Modal Hanya RM30, Boleh Buat Rak Mainan Anak. Berbaloi & Rumah Pun Kemas!

Share

Lumrah rumah yang ada anak kecil bersepah dengan mainan. Ada ibu bapa yang ‘sakit mata’ melihat rumah bersepah dengan barang mainan anak. Kadang tu bila berjalan terpijak mainan atas lantai, sakitnya sampai boleh keluar air mata.

Bila kemas letak dalam bekas besar, sekejap je boleh bertahan. Selepas tu, disepahkan semula atas lantai. Disebabkan situasi ni lah ada ibu yang biarkan je dulu anak main puas-puas sebelum kemas semula.

Bagi ibu yang tak mahu rumah bersepah dengan mainan penuh di lantai, ibu boleh lah DIY rak mainan seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ain Anises.

Kos untuk buat rak mainan ini cuma RM 29.90 sahaja. Kalau beli di shopping online paling murah pun RM99.

Baskets tu semua Ain beli dikedai eco je. Kayu tu pula beli di kedai hardware. Kayu tu nak cat boleh nak spray pun boleh. Bagi dia nampak cantik dan lagi kemas.

9 baskets RM 18.90
3 batang kayu RM 11

Hanya perlukan tenaga dan kreativiti sahaja…Inas pun suka.. lepas ni dah boleh ajar Inas lepas main mesti dan wajib letak di tempat asal. Mainan anak pun tak lah berselerak lagi. Betul tak?

Sumber: Nurul Ain Anises

IKLAN