Perasan tak bila kita bawa anak ke kedai, pantang dia nampak sticker mesti minta kita belikan. Pelik juga kan, suka sangat dengan sticker. Main tampal sana-sini, buat bersepah rumah saja. Sebab itulah, kita ‘liat’ nak belikan bila anak minta sticker.
Kalau dapat main sticker, habis satu rumah dihiasnya! Jangan pula kita marahkan anak, kerana rupa-rupanya banyak manfaat apabila anak bermain tampal-tampal sticker.
Ads
Ikuti perkongsian dari seorang ibu, Wan Nur Syakira akan kebaikan aktiviti ini;
AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER
Ads
Hari tu , ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti. Banyak boleh dibuat.
Ads
Ini antara aktiviti yang kami buat minggu ini.
1. Belajar bentuk dengan sticker.
Lukis bentuk dan ajak anak lekatkan sticker pada garisan bentuk itu. Adam suka sangat main yang ni. Boleh fokus lama.
2.Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis.
Untuk Yusuf, yang umur 20 bulan, saya ajak dia main letak sticker dalam bulatan.
Nak latih kemahiran motor halus, bukan senang bagi kanak-kanak nak cabut sticker dari kertasnya. Perlukan fokus dan kemahiran motor halus yang baik.
3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan.
Adam dan Yusuf teruja dapat main ini. Main cabut-cabut sticker dekat badan.
4. Belajar nombor.
Buat kepala ulat. Minta anak lekatkan sticker untuk bentukkan badan ulat . Lekatkan sticker mengikut nombor.
Kalau pergi kedai, bolehlah borong sticker banyak-banyak. Nak lebih mudah, beli saja di SINI
Selamat beraktiviti dengan anak!
Jom tengok aktiviti tampal sticker ibu ini dan anaknya!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Apabila anak disahkan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut, ikuti nasihat doktor anda. Elakkan mengikut petua karut yang boleh membahayakan. Jangan bereksperimen!
Dr.Mohd Syamirulah Rahim, Pegawai Perubatan KPJ Perlis Specialist Hospital telah berkongsi tentang kisah benar di mana pesakit kanak-kanak yang mengalami HMFD dan telah disapukan ramuan tertentu yang menyebabkan jangkitan kuman kuman atau “secondary bacterial infection” dan berkemungkinan sepsis. Sudahlah menanggung HMFD, penyakit lain pula yang menyerang.
“Seorang rakan saya berkongsikan sebuah kes yang beliau terima. Seorang kanak-kanak, berusia 4 tahun, didiagnos beliau sebagai HFMD.Ketika itu, demam kanak-kanak tersebut baru kebah namun ruam pada badannya baru timbul. Masih aktif seperti biasa. Rakan saya tersebut pun memberikan rawatan sewajarnya seperti ubat tahan sakit dan gel untuk ulser didalam mulut.
KEMBALI KE KLINIK SELEPAS TIGA HARI
Tiga hari kemudian, si ibu membawa kanak-kanak tersebut datang kembali. Kali ini, demamnya yang sudah kebah, muncul semula setinggi 38.5°Celcius. Kanak-kanak tersebut nampak keletihan, atau dalam bahasa perubatan, “septic looking”.
Rakan saya tersebut sangat terkejut. Beliau menyangka kanak-kanak tersebut mendapat komplikasi HFMD.
RUAM MERAH BERTUKAR MENJADI LUKA BESAR
Namun apabila beliau memeriksa kawasan tangan dan punggung kanak-kanak berkenaan, kelihatan ruam merah sudah berubah menjadi luka yang besar. Ada yang bernanah, sudah berkeruping berwarna keemasan.
“Puan, saya minta puan bagitau saya dengan jujur, puan ada sapu apa-apa ke pada ruam anak puan?” Soalan spontan dari mulut rakan saya kepada ibu tersebut.
Ya, ibu tersebut mengakui, beliau ada menurut “petua” yang diceritakan rakan-rakan. Beliau melumurkan bahan tertentu dari daun/ramuan tertentu yang dikatakan bersifat “natural”. Kononnya dengan berbuat demikian, ruam akan cepat hilang dan tidak akan berparut.
Kanak-kanak tersebut akhirnya terpaksa dirujuk ke hospital besar untuk tujuan rawatan antibiotik berdos tinggi. Keadaan ini, dinamakan sebagai “secondary bacterial infection, possibly in sepsis.”
FAHAMI FUNGSI KULIT
Fungsi terpenting organ kulit kita adalah BARRIER function (pelindung). Kulit kita, kalis air, kalis kuman. Ia mencegah kuman memasuki ke bawah lapisan kulit, ke saluran darah.
Namun apabila anak kita mendapat masalah kulit seperti ruam akibat penyakit HFMD, kawasan kulit yang terjejas, kehilangan fungsi BARRIER ini.
Apa sahaja yang diletakkan kepadanya, akan memberi reaksi keradangan pada tubuh badan. Termasuklah, jangkitan kuman.
CARA JAGA KULIT ANAK HMFD
Saya sering berpesan kepada ibubapa, untuk memastikan kawasan kulit anak yang terkena HFMD, dijaga kebersihannya. Jangan terkena debu atau habuk, karpet atau kusyen kotor, bulu haiwan peliharaan dan lain-lain.
Ini kerana, ia mudah dijangkiti bakteria.Tubuh badan anak kita sedang sibuk melawan virus HFMD. Didalam keadaan ini, beliau mudah dijadikan mangsa bakteria sekiranya kita tidak bantu menjaganya.
BAKTERIA MEMBIAK
Bakteria ini membiak pada permukaan kulit yang terjejas, dan jika dibiarkan, ia boleh menjangkiti sel-sel tisu kulit dalam, lemak dan otot. Lebih teruk apabila bakteria ini memasuki salur darah, menjadi sepsis.
JANGAN IKUT PETUA TIDAK BERASAS
Saya perasan ada banyak petua-petua disebarkan, yang tidak ada asasnya langsung. Bahkan ada yang berbahaya kepada pesakit pula.
Nasihat saya, berhati-hatilah. Ruam HFMD akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari, tanpa perlu ubat apa-apa yang tertentu. Tidak ada “short cut” dalam penyembuhan, kalau ada, dah lama para doktor sendiri yang tentu akan cadangkan.
Jangan jadikan anak anda bahan eksperimen, dikhuatiri kesan buruk yang menimpa bukan akibat HFMD itu, tapi akibat pilihan kita sendiri.
Gambar adalah hasil carian google, ia gambar terdekat dengan keadaan luka yang dikongsikan rakan saya tersebut.
Anak sulung sangat intimewa, IQnya tinggi. Mak ayah didiklah cara betul. Anak sulung, penghuni pertama yang menghuni rahim seorang ibu. Inilah anak yang ditunggu-tunggu oleh setiap suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.
Lahirnya anak sulung, dialah menjadi pengerat kasih sayang suami isteri. Segala kasih sayang dicurahkan kepadanya. Apatah lagi, mak ayah sanggup lakukan apa saja dia.
Bayangkan betapa sayangnya mak ayah pada anak sulung. Diharapkan menjadi contoh pada adik-adik nanti. Sesetengah mak ayah mengharapkan anak pertama biarlah lelaki supaya menjadi abang yang dapat menjaga adik-adiknya.
Semua itu takdir dan pemberian dari Allah, anak lelaki mahu pun perempuan sebagai anak sulung tidak menjadi persoalan. Paling penting adalah cara mak ayah mendidik anak ini dan boleh jadi dia akan mendapat ‘mental stimulation’ seperti yang dikatakan oleh Dr Taufiq Razif ini.
Anak sulung ada banyak kelebihan contohnya mengikut kajian IQ anak sulung lebih tinggi kerana mereka mendapat ‘Mental Stimulation’ yang banyak daripada mak ayah cuma tanpa didikan yang betul;
1. Mereka jadi Perfectionist
Hilang empati Hanya fikir nak capai tujuan sahaja Mudah marah kalau benda tu tak sempurna
2. Mereka jadi Overprotective
Nak kuasai adik beradik Adik beradik tak boleh buat keputusan Nak masuk campur semua urusan adik beradik
3. Mereka jadi Bossy
Suka tekan adik beradik Adik beradik tak boleh bantah langsung Terlalu memaksa secara melampau
4. Mereka jadi hilang Self-Confidence
Takut nak buat sesuatu Jadi pendiam dan pasif Biarkan adik beradik pijak kepala
5. Mereka jadi Pemarah
Suka pecahkan barang Lampiaskan pada adik beradik Suka guna nada suara yang tinggi
6. Mereka jadi Pendendam
Suka pendam perasaan Susah nak menangis Jadi pendiam tetapi protes senyap senyap
Penyebabnya ada bermacam tetapi solusinya satu sahaja iaitu mak ayah kena ada ilmu untuk mendidik anak sulung kerana mereka anak pertama dan mereka sangat istimewa di hati kita
“Mata merah, berair dan gatal sangat…” Kalau anak balik sekolah dengan mata macam ni, ibu ayah jangan pandang ringan. Ini mungkin tanda konjunktivitis atau lebih dikenali sebagai sakit mata. Jangkitan ni sangat mudah merebak di kalangan murid sekolah rendah, lebih-lebih lagi bila ada aktiviti berkumpulan dan berkongsi barang.
Konjunktivitis ialah keradangan pada konjunktiva (lapisan nipis yang melapisi bahagian putih mata). Ia boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau alahan. Paling biasa dalam kalangan murid sekolah ialah konjunktivitis virus, yang sangat mudah berjangkit.
Konjunktivitis mudah menjangkiti kanak-kanak kerana sistem imun mereka masih berkembang, ditambah pula dengan persekitaran sekolah yang padat. Antara situasi biasa yang menyebabkan penyebaran ialah:
Kanak-kanak juga cenderung menyentuh muka atau menggosok mata dengan tangan kotor, sekaligus mempercepatkan jangkitan.
Simptom konjunktivitis biasanya bermula di satu mata sebelum merebak ke mata yang satu lagi. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tumpuan anak di sekolah. Perhatikan tanda-tanda berikut:
Statistik Terkini: Kluster Konjunktivitis di Sekolah
KKM melaporkan peningkatan kes konjunktivitis di sekolah. Setakat Ogos 2023, sebanyak 147 kluster telah dilaporkan, dan 83% daripadanya berlaku di sekolah — termasuk 19 kluster di sekolah rendah yang melibatkan lebih 300 murid.
Pandangan Pakar: Kenapa Ibu Ayah Perlu Bertindak Cepat?
Menurut Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari UKM, konjunktivitis bukan sekadar jangkitan ringan. Beliau menekankan bahawa simptom mata merah perlu dipandang serius kerana ia mungkin berkaitan dengan jangkitan lain yang lebih berbahaya, termasuk COVID-19.
Pakar oftalmologi menyarankan:
Walaupun konjunktivitis bukan penyakit serius, ia boleh ganggu keselesaan dan pembelajaran anak di sekolah. Ibu ayah yang peka mampu bantu cegah jangkitan daripada terus merebak. Jangan tunggu teruk baru bertindak. Mata si manja, tanggungjawab kita bersama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.