“Moga ayat-ayat al-quran tidak lekang dari bibirmu” ialah doa Siti Sarah sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Uwais Al Qarni yang ketujuh. Doa ini membuatkan ramai netizen tersentuh hati.
Sarah turut menceritakan tentang asalnya nama anaknya, Uwais. Nama Uwais Al Qarni ialah asalnya dimiliki oleh wali Allah yang sangat taat kepada ibunya serta segala doa yang dipinta dimakbulkan. Oleh kerana mengagumi, dia telah meletakkan nama anak sulungnya dengan nama tersebut.
Anak Sarah, Uwais yang kini berusia 7 tahun sudah menghafal banyak surah. Sebelum ini, Sarah & Shuib pernah dipuji kerana menggunakan kaedah ganjaran di mana Uwais akan diberikan barang permainan sekiranya menghafaz surah-surah yang terkandung dalam Al-Quran.
Sarah turut mendoakan agar anaknya, Uwais menjadikan ayat Al-Quran sebagai nyanyian dan tidak lekang dari bibir si anak, menjadi insan yang taat kepada Allah SWT , Rasulullah SAW serta ibu bapa serta menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Tidak lupa, didoakan semoga si anak beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika, taska, begini cara atasi. Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska. Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ibu bapa.
Terdapat beberapa sebab mengapa ini berlaku, tetapi dengan pemahaman dan langkah pencegahan yang betul, kita boleh membantu anak kekal sihat di persekitaran baru mereka.
Bila anak sudah mula masuk taska, tadika, bermulalah juga siri anak kerap tak sihat. Lagi perit, berjangkit pula dengan adik beradik lain di rumah. Maka berhari-harilah kita terpaksa EL sebab anak tak sihat.
Boleh cuba tip yang saya kongsi ini. Moga dapat membantu menguatkan imun anak kita semua, In Shaa Allah.
Kesimpulannya, adalah normal bagi kanak-kanak untuk mengalami beberapa episod sakit apabila mula memasuki persekitaran baru seperti tadika atau taska. Bagaimanapun, dengan usaha yang berterusan daripada ibu bapa dan penjaga, risiko penyakit ini boleh dikurangkan.
Yang penting, kita perlu memahami bahawa jangkitan ringan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses membina sistem imun kanak-kanak. Dengan penjagaan yang betul, kita boleh membantu anak menghadapi tempoh ini dengan lebih mudah dan membesar dengan sihat.
Peluk anak-anak setiap pagi dengan terapi Al-Fatihah. Ini salah satu cara menggugurkan dosa-dosa kita dari sifat-sifat sombong dan suka marah anak.
Mula-mula nak amalkan “pelukan Terapi Al Fatihah” pada anak-anak setiap pagi bukanlah mudah.
Ini yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abd Rahim mengenai kebaikan terapi al-Quran untuk anak. Yang penting kena sabar dan lakukan secara berterusan.
Gangguan MESTI ada!
Nampak senang ustazah…tapi susahnya nak buat .
Ia..ini laluan hijrah ustazah lalui awal-awal 7 tahun dulu. Ertinya..bukan sekejap jalan amal dan hijrah kita nak peroleh rahmat amal. Ini amalan luar biasa. Amalan membawa kita pulang ke jalan fitrah iman. Kerana itu laluannya SUKAR.
Siapa dah peluk anak-anak pagi ini dengan Terapi al-Fatihah dia berjaya mendidik dirinya jadi IBU PALING SABAR harini hingga malam.
Anak-anak akan jadi lebih baik dari semalam hingga malam subhanallah
Antara cabaran-cabaran awal nak amalkan PELUK ANAK TERAPI AL FATIHAH
1. Ia akan jadi penawar. Ia akan jadi penawar segala masalah dan sifat buruk ibu bapa. Penawar buat jiwa anak-anak. Sebaliknya ia akan jadi racun bagi segala “gangguan” yang ada pada diri anak dan ibu bapa. Ibu bapa yang ada gangguan sikit akan dapati diri akan ada tindak balas selepas amalkan amalan mulia ini. Mula akan rasa tenang bersama anak-anak.
2. Ibu bapa yang ada gangguan agak teruk, akan ada feeedback pada diri. Walau apapun …pesan ustazah..itu petunjuk Allah amat sayang kita. Perbanyakkan lagi amalan ini niat untuk diri dan anak-anak. Paling utama niat nak jadi ibu bapa teladani akhlak Rasulullah
3. Jika alami mimpi pelik-pelik ia juga antara petunjuk diri dan anak-anak perlukan penghijrahan lebih dekat dengan amalan didikan al-Quran.
4. Jangan PUTUS ASA. BANYAKKAN DOA pada Allah berikan hidayah dan taufik amalkan hingga beroleh RAHMAT dan SYIFA buat seluruh keluarga.
5. Lama kelamaan amalan ini akan jadikan ibu bapa suka senyum pada anak dan peluk anak-anak dengan kemuliaan al-Quran. Anak-anak akan jadi baik dan ibu bapa carilah ilmu didik anak akhlak nabi pula lepas ini.
6. Habiskan bacaan AL FATIHAH walaupun anak meronta tak nak dipeluk. Dan ibu bapa akan “rasa panas nak lepaskan anak dari pelukan”. Kena sabar dan kuat…Lama kelamaan penyakit “keras hati” anak akan dilunakkan dengan penawar al-fatihah
Sebarkan.❤️
Insya Allah ustazah akan terus sharing dengan izin Allah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengah bancuh susu untuk baby ke? Hmmm…pernah tak tertanya, susu formula tahan berapa lama ya setelah dibancuh?
Sebagai ibu bapa, kita pasti tahu tanggungjawab ini bukanlah mudah. Rasa letih itu adalah perkara biasa, khususnya buat mereka yang pertama kali bergelar parents.
Bahkan, sudah tentu anda pernah mengalami situasi di mana bayi baru lahir tertidur semasa menyusu. Selepas mengalihkan botol susunya dan disebabkan kepenatan, anda terlelap seketika – rasanya hanya untuk tempoh 5 minit.
Apabila bayi terjaga dalam keadaan lapar dan ingin menyusu kembali. Anda terfikir untuk memberikan kembali botol susu yang sama.
Tetapi apabila melihatnya rupanya anda sudah tertidur hampir 65 minit, dan bukannya 5 minit. Jadi bolehkah botol dengan baki susu formula yang separuh itu diberikan kepada si kecil?
Itu antara contoh senario yang berbangkit berkaitan susu formula boleh tahan berapa lama setelah dibancuh.
Susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh pada suhu bilik?
Sebaik sahaja campuran susu tepung dan air berlaku, kiraan jam akan bermula. Sebagai peraturan umum, susu botol yang telah dibancuh dapat bertahan selama 2 jam pada suhu bilik, tanpa disentuh dan tidak dipanaskan.
Tetapi untuk lebih kepastian, sebaiknya anda menyemak arahan pada label. Ini kerana terdapat sesetengah jenama, arahan pengeluarnya mengatakan susu dianggap selamat untuk diminum dalam tempoh 1 jam pada suhu bilik setelah dibancuh.
Susu formula tahan berapa lama ya jika disimpan dalam peti sejuk?
Jika disimpan di dalam peti sejuk, tempoh ketahanannya adalah lebih lama selagi bayi tidak meminumnya terus daripada botol.
Sebotol susu rumusan yang sudah dibancuh tetapi tidak digunakan boleh bertahan sehingga 24 jam di dalam peti sejuk.
Ada sesetengah ibu bapa yang gemar membuat susu botol segar sebelum setiap sesi penyusuan.
Tetapi ada juga ibu bapa yang memilih untuk membancuh susu dalam jumlah yang banyak mengikut keperluan si kecil setiap pagi dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Ia sama ada dibahagikan terus ke dalam botol susu atau hanya dituangkan apabila diperlukan nanti.
Sebagai contoh, jika si kecil anda biasanya akan menyusu botol antara 3-4 jam sekali, anda boleh membuat antara 6 hingga 8 botol susu yang akan bertahan sepanjang hari.
Pastinya cara sebegitu lebih mudah dan boleh mengelakkan bayi daripada menangis kelaparan sementara menunggu susu botol siap dibancuh.
Pun begitu, harus diingatkan suhu peti sejuk hendaklah pada 4.4°C atau lebih rendah.
Peti sejuk beku
Kini anda sudah tahu susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh dan disimpan di dalam peti sejuk.
Adakah penyimpanan di dalam peti sejuk beku akan memanjangkan tempoh ketahanannya?
Malangnya, kaedah membekukan susu rumusan yang sudah dibancuh adalah tidak disyorkan. Ini kerana ia boleh mengubah tekstur dan tidak memanjangkan tempoh masa ketahanan susu.
Baki susu formula boleh tahan berapa lama setelah diminum & disimpan di dalam peti sejuk?
Mesti ada ibu bapa yang terfikir untuk menyimpan baki susu botol yang tidak habis, betul tak? Rasa sayang dan membazir, apatah lagi jika si kecil hanya minum suku atau setengah.
Namun sebenarnya susu itu harus dibuang dalam tempoh masa 1 jam. Ia juga tidak disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti. Kenapa ya?
Ini kerana produk berasaskan susu terkenal dengan pembiakan bakteria. Maka sebaik sahaja bayi telah minum daripada botol susu tersebut, bakteria telah muncul dan susu tersebut tidak boleh disimpan.
Susu yang dipanaskan
Apa lagi ya persoalan berkaitan susu formula tahan berapa lama yang mungkin bermain di fikiran anda?
Haaa..bagaimana susu yang telah dipanaskan, bolehkah ia disimpan semula dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti?
Untuk soalan ini, jawapannya juga adalah tidak boleh. Sekali lagi ia berkaitan dengan isu bakteria dan ia akan membiak lebih baik dalam persekitaran suam.
Seperkara perlu anda ketahui, serbuk susu siap dibancuh dan disimpan di dalam peti sejuk, sebaik sahaja dipanaskan, garis panduan 2 jam yang dijelaskan pada awal tadi untuk susu bancuhan belum disentuh, tidak terpakai.
Sebaliknya susu botol yang dipanaskan harus digunakan dalam jangka masa 1 jam dan apa sahaja baki susu hendaklah terus dibuang selepas itu.
Tempoh ketahanan susu rumusan
Selain isu baki susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh, pastinya ada ibu bapa yang ingin mengetahui berkaitan tempoh ketahanan susu tepung formula yang telah dibuka.
Secara amnya, sebaik sahaja bekas serbuk formula dibuka, ia harus digunakan dalam tempoh 1 bulan dan disimpan di tempat kering yang sejuk, bukan di dalam peti sejuk.
Manakala susu formula boleh tahan berapa lama sekiranya belum dibuka langsung? Untuk jawapan ini, anda hanya perlu menyemak tarik luput pada bekasnya.
Segala persoalan berkaitan susu formula tahan berapa lama sudah dijawab dalam perkongsian artikel ini. Semoga ia bermanfaat buat anda.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI