Tiada yang lebih meruntun jiwa seorang ibu selain melihat anak yang selama ini ceria, kini terbaring kaku di katil hospital. Begitulah yang dilalui oleh Zalinda Lin, seorang ibu yang memohon doa orang ramai buat anak perempuannya, Aisyah Sofia Binti Rohaizan, yang kini bertarung nyawa akibat kecederaan serius di kepala.
Menurut perkongsian Zalinda di laman Facebook, insiden tersebut dipercayai berlaku selepas Aisyah ditolak oleh rakan sekelasnya ketika berada di sekolah. Tolakan itu menyebabkan si kecil terjatuh dan mengalami retakan pada tempurung kepala serta pendarahan dalaman. Lebih memilukan, Aisyah kini tidak sedarkan diri dan sedang dipantau rapi oleh pasukan perubatan.
“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya…,” luahnya penuh sebak.
Ads
Walaupun sukar menerima kejadian yang menimpa, Zalinda cuba berlapang dada dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT. Dia hanya berharap agar anaknya kembali pulih, ceria dan tersenyum seperti sediakala.
Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai. Warganet membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat buat keluarga ini. Ramai yang turut bersimpati dan mendoakan agar Aisyah diberi kesembuhan segera.
Ads
Dalam masa yang sama, orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan penuh dijalankan.
Pengajaran buat ibu bapa dan pendidik
Kes ini menjadi peringatan bahawa keselamatan anak-anak di sekolah perlu diberi perhatian serius. Aktiviti bermain, walau kelihatan biasa, boleh mengundang bahaya jika berlaku tolak-menolak atau gurauan kasar.
Ads
Pakar kesihatan juga menasihatkan agar ibu bapa peka terhadap tanda-tanda kecederaan kepala seperti muntah berulang, pening, mengantuk luar biasa, perubahan tingkah laku, atau penglihatan kabur. Jika berlaku sebarang hentakan di kepala, pemeriksaan doktor perlu dilakukan segera.
Semoga Aisyah Sofia diberi kesembuhan yang sempurna, dan keluarga ini diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini. Sama-sama kita panjatkan doa agar senyuman manis Aisyah kembali mekar seperti dahulu.
Selepas selamat melahirkan anak keempatnya pada hujung September lalu, penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia kini sudah ‘tutup kilang’.
Akui Adira, dia sudah pun melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’. Semuanya demi kesihatan dirinya selepas melalui empat kali proses bersalin secara pembedahan caesarean.
Pun begitu kata Adira, dia amat bersyukur dikurniakan dua pasang cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya dan suami.
“Cukuplah dengan empat orang anak. Saya sudah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’.
“Bukan kerana saya jenis yang ‘subur’ atau bagaimana. Cuma saya sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean.
“Jadi mungkin akan ada risiko kalau saya hamil lagi. Semuanya atas sebab tertentu dan nasihat doktor,” katanya berkongsi.
Adira dan suami, awal-awal lagi sudah bersetuju untuk mengikat peranakan kerana itu yang terbaik dari berdepan pelbagai risiko.
Dalam pada itu katanya lagi, dia kini lebih fokus dalam membesarkan empat orang cahaya matanya.
“Saya memang bersetuju untuk mengikat peranakan. Begitu juga dengan suami.
“Cukuplah dua lelaki dan dua perempuan. Biarlah saya fokus dengan empat orang cahaya mata ini. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya sudah lengkap.
“Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang,” luahnya lagi.
Suka nama ringkas buat anak
Dalam pada itu, Adira juga turut menjelaskan pilihan nama ringkas buat anak keempatnya. Akuinya dia lebih gemarkan nama ringkas dan lebih senang disebut berbanding nama panjang seperti kebanyakkan orang lain.
“Saya suka nama anak yang ringkas. Mudah untuk kita ingat. Kalau di sekolah pun, orang panggil nama pendek juga. Jadi lebih baik untuk saya.
“Apa nama yang diberikan, kita pun panggil itu sahaja. Macam Ayub dia tak kan boleh dipanggil pendek lagi kan? Nama tiga anak saya yang lain pun ringkas juga iaitu Anggrek, Asan, dan Anggun,” katanya lagi.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015. Pasangan ini kini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar kini hamil anak keempat dan bakal melahirkan pada penghujung Mei. Dia tidak mahu tahu jantina anak keempatnya kerana mahukan kejutan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, dia dan suami sudah memiliki dua anak lelaki dan satu anak perempuan.
Menurut dia dan suaminya, mereka belum membuat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejutan. Namun mereka tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya kepada Harian Metro.
Kongsinya lagi dia berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan kali ini berbanding kehamilan sebelum ini.
Menerusi satu video di tiktok, Dynas berkongsi video salam raya bersama suami dan anak lelakinya. Di ruangan komen, peminat memuji Dynas yang kelihatan berseri sepanjang kehamilannya. Ramai juga yang meneka jantina kandungannya. Dalam masa yang sama juga anak lelakinya mendapat pujian tingkahnya yang comel!
Antara komen warganet:
Dynas telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40 pada tahun 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3. Menerusi perkahwinan terdahulu Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membuat keputusan untuk membawa anak menaiki pengangkutan udara bukan satu keputusan yang mudah. Ramai ibubapa memikirkan pelbagai risiko sepanjang penerbangan, apa lagi bila membawa bayi dan kanak-kanak kecil. Tak mudah.
Hal inilah yang turut dilalui pasangan suami isteri ini yang berdepan masalah dengan sebuah syarikat penerbangan bila mana anak mereka yang berusia dua tahun tidak mahu duduk di kerusinya sepanjang penerbangan itu.
Kesal dengan masalah yang berlaku apa lagi melibatkan ketidaktenteraman penumpang lain sepanjang penerbangan itu, bapa ini, Fear Dawooz tampil meluahkan rasa dan berkongsi detik duka itu di media sosial.
CUBAAN HALAU ANAK USIA 2 TAHUN DARI PESAWAT YANG SEDANG BERLEPAS
Bunyi agak melampau tapi hakikatnya benda ni terjadi pada aku, wife dan anak aku yang memang kitorang akan ingat sampai bila-bila.
Untuk korang yang selalu travel atau plan untuk travel dengan anak kecik dengan flight, semoga sharing ni dapat membantu.
Maaf kalau posting yang sebelum ni agak samar-samar sebab kejadian baru je berlaku beberapa jam sebelum aku buat posting tu (sebab terlalu penat dan kecewa akibat flight yang delay dan insiden yang terjadi). Susulan dari posting yang sebelum ni, aku nak cerita sikit apa yang berlaku sepanjang insiden.
24 May 2023 (LGK-KUL) Flight Z97704
LANGKAWI AIRPORT
Insiden bermula dari Airport Langkawi. Aku dah buat web check in sehari sebelum disebabkan flight balik tak open lagi sebelum aku datang ke Langkawi (21 May 2023).
Aku pernah di SOUND oleh Ground Staff M* A****** di KLIA2 masa flight ke KBR. Diorang suruh print boarding pass sebab diorang tak terima e-boarding pass kalau lebih dari 1 orang dalam 1 phone, katanya 1 phone 1 boarding pass, walhal boarding pass yang lain tu anak-anak & wife aku (yang tengah handle anak bongsu umur 2 tahun dalam stroller) bukannya trip sekolah!
So untuk mengelakkan masalah yang terjadi seperti sebelum ni, aku pun decide untuk print boarding pass sebelum board. M* A****** takde kiosk macam A** Asia, nak print kena lah pergi ke kaunter check in. Maka aku pun pergi ke kaunter tersebut macam yang aku pernah buat di Airport lain sebelum ni.
Cuma kali ni, staff diorang bagi instruction lain sikit. Dia cakap “abang nak print boarding pass, kena bawak semua luggage & owner boarding pass sekali”.
Aku dah pelik masa tu sebab aku just nak reprint boarding pass, so just bawak ID yang berkenaan jela, kenapa nak bawak bag semua? Tapi aku diam je dan heret anak bini dan luggage bawak ke kaunter.
Sampai di kaunter, staff cakap, “kapal kita full encik, so untuk elakkan overload, encik kena check in semua luggage. Minimum kita ada 15kg for RM90”. Aku pun terkejut dan cakap dengan dia, aku taknak check in, aku just nak print boarding pass, tapi dia teruskan memaksa.
Siap suruh timbang satu-satu bag kitorang dan malangnya semua bag comply dengan berat hand carry allowance dan diorang tak boleh nak cari point. Punya lah tak puas hati, sampai ada staff di kaunter boleh keluar soalan “ni cabin size ke?”. Korang hari-hari menghadap luggage, takkan tak boleh beza size cabin ke tak kan?
So, disebabkan dia tak boleh nak pusing cerita lagi, dia pun bagi boarding passes kitorang dengan muka yang paling kelat dia boleh buat. Maka aku pun heret semula keluar anak bini luggage dari kaunter tu.
Boarding time 1600, so 1530 kitorang pun masuk ke departure hall. Dekat dalam baru keluar dekat board yang flight kitorang delay kepada 1820. Aku perasan dekat boarding pass tadi ada perubahan masa walaupun staff muka kelat yang printkan tadi tak inform pun flight delay. So kitorang pun tunggu lah sampai boarding time yang berikutnya.
Masa tunggu, ada lagi staff M* A****** approached kitorang mintak check in luggage kitorang tapi kali ni for free. So, memahami situasi diorang nak elakkan kesesakan cabin storage nanti, aku agreed untuk bagi diorang check in walaupun sayangkan bag (sebab bag akan calar n kemek) dan sebagai tolak ansur walaupun diorang tak boleh paksa.
BOARDING TIME
Sampai masa untuk boarding, proses semuanya lancar sampai lah kitorang masuk ke dalam pesawat. Tiba time untuk cabin crew check semua passenger, salah sorang tanya dekat wife aku, ”anak puan ada seat ke?”. Wife aku pun reply “ada.
Tapi boleh tak u bagi infant punya belt sebab anak I menyusu badan dan takut dia tak boleh duduk diam dekat seat dia sbb dia baru 2 tahun”. Maka dia pun refer pada crew leader dan datang semula bagitau “tak boleh puan, 2 tahun ke atas kena duduk di seat”.
So kitorang pun okay, takpelah dah diorang taknak bag (padahal masa flight datang KUL-LGK diorang bagi je sebab anak aku baru 2 TAHUN 5 HARI).
Pesawat dah mula bergerak, wife aku start dudukkan anak aku dekat seat dan pakaikan seatbelt, maka anak aku start menangis dan meronta-ronta. Dia bangun dan duduk dekat wife aku. Cabin crew tadi datang semula dan remind untuk suruh anak aku duduk. HANYA remind sahaja tanpa bertanya anak aku okay ke sebab masa tu anak aku menangis teruk sebab baru je bulan lepas naik flight duduk dengan emaknya, tiba-tiba kali ni kena duduk sendiri.
So lagi sekali, aku pula yang mintak benda yang sama i.e infant belt aka seat belt extender yang diorang ada iklankan dekat page diorang baru-baru ni. Menyedihkan, diorang tetap taknak bagi.
Wife aku cakap, “bagi la belt tu, at least anak I diam kalau duduk dengan I dan safety pun comply sebab dia baru je masuk 2 tahun. Untuk take off dan landing je. Masa fly nanti dia okay boleh duduk seat dia”. Sadly, diorang tetap taknak bagi dan dia keep repeating “this is our policy”.
Bayangkan dengan anak aku menangis non stop dekat 20 minit berhingus-hingus sebelum take off, diorang teruskan briefing tanpa pedulikan apa jadi dekat anak aku. Perasaan tertekan tu tak payah cakap la, korang yang ada anak kecil mesti faham kan.
Nak pasang seatbelt dekat car seat pun struggle, inikan nak suruh duduk diam dekat airplane seat dengan seat belt 20 minit, korang rasa? Aku malas nak argue dengan policy bodoh yang diorang buat tu, aku cakap dekat wife takpe, kita cuba je buat anak duduk guna seat dia.
Sampai lah masa kapal nak take off, anak aku still menangis dan berdiri atas seat sebab taknak kena ikat. Dah letak elok, dia bangun meronta-ronta. Kali ni, chief’s cabin crew sendiri datang dan cakap “encik, anak encik kena duduk dengan seat belt, kalau tak kapal tak boleh nak take off” dengan nada yang agak keras macam takde apa-apa yang berlaku.
Aku pun balas, “bukan saya sengaja, anak saya kecik lagi, kena ambil masa lah. U pun tengok sendiri kan? Sebab tu I mintak u bagi infant belt tapi u tak nak bagi”. Lagi sekali, dia ulang policy bodoh dia dan berkeras suruh anak aku duduk immediately.
Ikut hati memang aku dah berangin sangat dan nak je jerit kat muka dia, tapi disebabkan keimanan yang tinggi, dan kepercayaan yang sangat kuat kalau kita sabar, Allah sayang kita, maka aku tanya dia “sekarang nak buat macamana, anak I taknak duduk diam dekat seat dia.
So macamana?” Guess what, dengan sombong dan angkuhnya dia balas “YOU HAVE TO! WHAT EVER IT TAKES”. Hebat kan jawapan dia? 😄
Dengan tak mempedulikan situasi yang sedang berlaku, ketua kabin tadi terus angkat phone dan bagitau sesuatu pada kapten kapal aka pilot yang bertugas masa tu. Aku rasa dia tak cerita pun situasi sebenar tapi just bagitau ada passenger tak nak duduk dekat seat.
Masa ni la saat paling bersejarah dan memalukan dalam hidup aku dan wife bila mana lepas je crew tadi letakkan phone, serta merta kapten kapal announced “to passenger seating on row **, please give your cooperation to remain seated or else, we will call our ground security to DISSEMBARK YOU FROM THE PLANE”.
Aku ingatkan dalam movie dan berita pasal terrorist attack je yang kena dissembark from the plane. Rupanya anak menangis taknak duduk pakai seatbelt pun kena weiii!!! Kena batang hidung sendiri baru tau macamana rasa dia.
Bayangkan perasaan aku dan wife masa tu yang tengah struggle nak tenangkan anak yang tengah menangis teruk demi nak ikut SOP diorang, tiba-tiba kena ugut sampai nak halau keluar dari flight!
Aku tau masa tu, wife aku dah sangat-sangat sedih dan kecewa dengan situasi yang berlaku, tapi still kuat dan even tak menangis pun (I’m proud of u yang).
Aku sangat berterima kasih pada salah sorang crew dalam tu yang datang selepas tu dan bercakap sangat polite dan faham situasi kitorang (Sharma nama dia) dengan mintak maaf sebab pihak dia tak boleh provide dan kitorang terpaksa follow policy diorang.
Dia ada cuba cakap dan pujuk chief yang sombong tu untuk bagi infant seat belt untuk memudahkan urusan take off tapi malangnya dia tetap tak benarkan dan dia tak boleh buat apa-apa sebab orang bawahan.
Wife aku pun cakap dekat dia “takpe lah u nak i tekan and pijak anak i supaya dia duduk dekat seat dia i buat, u suruh pilot u tekan minyak laju-laju untuk take off”.
Maka kapal pun take off la dengan anak aku yang terus menerus menangis sambil di grip oleh wife aku. Habis je take off, dan flight stable, anak aku pun mula berhenti menangis dan situasi kembali tenang sebab budak umur 2 tahun, tengah fasa tantrum sebab semua kena bertukar. Makan kena ada rasa yang dia nak, duduk ikut cara dia nak, berjalan pun ikut mood dia, kan?
Sepanjang kejadian berlaku, aku sempat rekod beberapa video untuk evidence aku sendiri for future reference or action. Ada salah sorang cabin crew perasan dan inform pada chief tadi.
TIBA DI KLIA2
Sampai je di airport, keluar dari pesawat, ada 4-5 orang ground staff security tunggu dan tahan kitorang. Rupanya, chief cabin tadi instruct untuk tahan dan suruh aku padam video yang staff dia nampak aku rekod masa insiden atas flight tu! 🤣 Good thing is, security personnel sangat berhati-hati dan mintak aku cerita situasi apa yang berlaku.
Aku pun cerita satu per satu (walaupun dah lewat gila masa tu dengan penat dan laparnya aku wife dan anak-anak). Selesai cerita, security personnel pun terdiam dan sangat faham situasi aku. Masa tu la chief cabin crew tu mencelah dan buat-buat cerita macam dia yang mangsa dan kitorang yang buat salah sebab menyukarkan flight dan record video tanpa kebenaran bagai.
Dengan serba salah dan takutnya, security tu mintak maaf dan mintak belas ehsan untuk aku padam video-video tu. Aku pun mintak maaf semula dekat dia, aku tak boleh padam sebab ni evidence aku kalau apa-apa jadi dekat aku, kalau aku share experience aku ni tanpa bukti, aku just fitnah company diorang dan boleh kena saman.
Security tu pun bagi cadangan kalau dia mintak chief cabin tadi minta maaf, boleh ke aku padam video tu. Aku balas, “ u rasa dia nak ke mintak maaf?
Sepanjang flight takde single apologies pun dia cakap inikan sekarang semata sebab nak padam video”. Dia kata boleh dan dia cuba. Aku dah bergerak keluar nak ambik luggage yang dah di check in sebelum ni sebab taknak buang masa. Sambil bergerak aku toleh, dan YA, BETUL SANGKAAN AKU 😄 dia memang taknak say sorry pun atas apa yang dia dah buat even sampai kapten kapal cuba nak halau aku anak beranak keluar dari kapal.
Maka aku teruskan perjalanan dan security tadi follow kitorang sampai ke baggage claim area. Diorang still merayu dan cakap kalau viral ni, kitorang kena buang kerja. Ikutkan hati, aku cakap kat diorang memang aku nak viral je tapi aku considerate lagi.
Aku bagi nama, contact number dan email supaya diorang raised up this issue dan at least aku dapat a sincere apology from the management tentang cubaan halau aku anak beranak keluar kapal dan memalukan kami, dan pastikan benda ni tak jadi pada aku dan orang lain yang sama situasi dengan aku.
Diorang pun take note dan cakap akan investigate benda ni dan email pada aku. Maka aku anak beranak balik dengan perasaan sedih, kecewa, malu dan kelaparan. Anak sulung aku umur 9 tahun saksi kejadian pun tak lalu makan bila sampai di rumah sebab terlalu penat.
Paling menyedihkan, anak bongsu aku yang 2 tahun tu dan wife aku langsung tak makan dan terus tidur sampai kesokkan harinya akibat menangis terlalu lama atas flight. Last si bongsu ni makan pukul 11 pagi sebab sekarang ni fasa dia memilih sikit untuk makan.
Kesudahannya, sampai sekarang aku tak terima apa-apa email. Aku cuba reach My A****** dekat comment posting video yang diorang claim “ALL OUR FLIGHT COME WITH SEAT BELT EXTENDERS, AVAILABLE UPON REQUEST…” sebab official page tak boleh direct message, dan diorang hanya DM semula macam machine, ulang yang mereka commited dengan complying regulation budak 2 tahun kena duduk seat sendiri, dan end of story tanpa ada intention untuk investigate the real situation.
So, tiada peluang di situ dan aku rasa sini je option yang lebih sesuai. Korang refer salah satu video yang aku attached dan nilai sendiri safety measurement anak aku yang duduk dekat seat dia sendiri tu, valid ke tak, dengan longgarnya seat belt dan dengan tak boleh duduk elok (budak 2 tahun kan? What do you expect?) tapi ape pun kenalah comply dengan rules diorang kan?
Kesimpulannya, pada korang yang plan nak travel dengan MY A****** dengan anak umur baru masuk 2 tahun atau 3 tahun atau anak yang size nya tak berapa besar dan tak boleh duduk diam dekat seat diorang macam robot yang di program, better batalkan niat atau cuba airline lain instead. Supaya korang tak kena macam aku dan menyesal kemudian hari.
Buat masa ni M* A****** memang is a NO untuk aku dan family sebab diorang sangatlah tidak mesra kanak-kanak dan NOT CHILD FRIENDLY.
Terima kasih pada yang membaca dari awal sampai habis. Mohon share pada kenalan atau ahli keluarga untuk awareness bersama. Semoga kalian dan keluarga sentiasa dilindungiNya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.