“Mommy Ada Kat Syurga.” Jurufoto Tunai Amanah Ibu, Netizen Pilu Lihat Gambar Hasilnya

Share

Catatan jurufoto ini cukup menyentuh sanubari semua. Selalunya merakamkan foto anak dan ibu bersama, tapi kali ini sangat berlainan kerana si ibu sudah kembali ke alam abadi.

Nukilan Zara Haleena pengasas & prinsipal Camora Arts ini cukup menyebakkan. pengalamannya melaksana sesi fotografi demi menyempurnakan amanah pelanggan, merakamkan foto bayi Allahyarhamah Adlean Nael’da membuatkan netizen pilu.

Dalam sedih dan pilu, air matanya tidak dapat dibendung lagi tatkala dia menyiapkan bayi ini untuk sesi fotografi, terasa janggal & kehilangan kerana ibu bayi ini tiada lagi.

Biasanya kedatangan akan disambut arwah, siap pegang tangan ajak masuk. Tapi kali ini memberi salam pun rasa sebaknya.

Air mata mengalir tak dapat ditahan. Selalu tak sabar tengok baby tapi kali ini aku seakan mengelak untuk menatap baby Eva Miranda.

Akhirnya air mataku mengalir tapi cepat-cepat dikesat. Suaminya nampak tengang & tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yang tahu.

Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye..

Masa hamil dah sakit, dia tetap gagahkan diri siapkan barang-barang bayi yang akan digunakan selepas lahir. Lepas bayi lahir, semua dah ada tersedia. Kini Ava Miranda sudah 5 bulan. Kami cipta semula (re-create) family potraits.

Sumber: Zara Haleena

IKLAN