“Mommy Sayang Fatima Melebihi Segalanya.” Fazura Batalkan Hasrat Percutian

Share

Demi anak tersayang, selebriti, Fazura dan Fattah Amin membuat keputusan membatalkan hasrat membawa puteri kesayangannya, Fatima Aisya bercuti ke luar negara. Ini berikutan penemuan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak.

Menerusi perkongsian Fazura, dia memuat naik sekeping gambar memaparkan berita luar negara yang melaporkan tentang penyebaran virus Omicron.

Kata Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, demi keselamatan puteri kesayangannya, dia sekeluarga tidak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat.

“Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya,” tulisnya.

Perkongsian Fazura yang bertindak bijak tidak melakukan sebarang pergerakan keluar negara untuk bercuti turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau meninggalkan komen ringkas dengan meletakkan emoji tanda bagus seperti memuji tindakan yang dilakukan Fazura dalam melindungi keluarga tersayang.

Selain Noor Hisham, ruangan komen hantaran pelakon dan usahawan itu juga dibanjiri ratusan respons daripada rakan artis dan peminat yang bersetuju dengan tindakannya.

“Ya, lebih baik duduk rumah,” kata Nad Zainal.

Hujung November lalu, dunia sekali lagi diancam bahaya apabila berlakunya penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang menular ke banyak negara di seluruh dunia.

Keadaan tersebut membimbangkan masyarakat dunia susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian Omicron sebagai Variant of Concern (VOC) yang diklasifikasikan lebih berbahaya dan cepat merebak.

Kredit: Kosmo

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

IKLAN