Setiap ibu yang ada anak kecil pasti akan melalui fasa anak sedang melasak, menyepahkan rumah, makan tumpah dan macam-macam lagi. Momen ini akan dilalui dalam tempoh beberapa tahun sahaja sebelum anak boleh berfikir dengan baik.
Begitu juga yang dilalui oleh influencer dan jurusolek popular, MUA Bellaz yang mempunyai empat orang anak yang masih kecil dan masing-masing turut mempunyai ragam berbeza. Mungkin orang tengok MUA Bellaz tenang-tenang saja urus anak namun hakikatnya sama seperti ibu lain juga.
Menerusi perkongsian MUA Bellaz di instagramnya baru-baru ini, dia berkongsi kisah anak-anaknya yang turut sama menyepahkan rumah dan tetap kena kemas juga kerana tidak mempunyai pembantu rumah.
Geram memang geram tapi nak marah pun tak boleh juga sebab anak bukan faham sepenuhnya lagi kecuali kita yang kena ajar dan didik sebaiknya.
“Gamaknya anak ku ni tau mak dia nak buat look suri rumah malam ni.. Sebelum live tadi mereka ada minta KFC. Bellaz order siap-siap sebelum live. Lepastu habis live ku turun dari tingkat atas ke bawah, tengok masyaAllah habis bersepah mereka buat.
Ads
“Allah anak, padahal baru kemas, tak sempat seminit dua habis bersepah semula. Terus tak ada mood nak bergaya melawa,” tulisnya.
Bellaz berkongsi kehidupannya secara real sebagai ibu suri rumah kerana inilah realiti sebenarnya. Orang nampak Bellaz make up cantik je.
Sesekali bila ditunjukkan keadaan sebenar, ramai yang menyokong Bellaz dan memahami kehidupan sebenar suri rumah yang sentiasa perlu urus anak dan rumah tangga sepanjang masa.
Ads
Perkongsian Bellaz telah mendapat maklum balas positif dan ramai memuji Bellaz. Walaupun berduit, hidup senang, bab menguruskan anak dan rumah tangga dia masih uruskan sendiri.
Selebriti, Chef Wan baru-baru ini kelihatan gembira kerana dapat bersama-sama menyambut ulang tahun cucu ketiganya, Putri Arianna Natasya yang kini berusia 8 tahun.
Sambutan hari jadi tersebut diadakan secara sederhana dan di hadiri oleh ahli keluarga terdekat di restoran milik Chef Wan iaitu De. Wan 1958.
Chef Wan turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada cucu tersayang ditambah dengan emoji berbentuk hati.
“Wishing my 3rd grandchild and 2nd grand daughter Arriana a happy 8th birthday.
lots of wonderful greetings from Atok. Love u Arriana.❤️❤️🌹🌹💋”
Putri Arianna Natasya merupakan anak kepada Chef Riz hasil perkahwinan bersama Shikin Maembong yang juga kakak kepada selebriti terkenal Emma Maembong.
Namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah setelah empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kehadiran Shikin Maembong di restoran De. Wan juga membuktikan bahawa silaturahim mereka kembali terjalin dengan baik setelah melalui beberapa episod yang tidak menyenangkan.
Rata-rata warga maya mengucapkan selamat ulang tahun buat cucu Chef Wan. Ada juga yang tertarik dengan wajah kacukan anak Chef Riz dan Shikin. Ibu Shikin Maembong merupakan warganegara Scotland yang berkahwin dengan Ismail Maembong.
afiyya_amanda’s profile picture arianna ni muka chef riz versi omputeh. comel sgt. hepi besday arianna
ilovejellybunny’s profile picture Mat saleh hbis.. mest cun beso nanti
ifatifah_’s profile picture Happy birthday untuk cucu2 dato..semoga segala kebaikan dan kebahgiaan utk mereka ❤️❤️
Figura yang satu ini sememangnya cukup dikenali sebagai seorang bapa yang cukup penyayang. Malah keakraban pengacara popular, Awal Ashaari bersama dua anak perempuannya, Lara Alana dan Lila Amina sememangnya tak mampu disangkal lagi. Melekat bagaikan magnet.
Mengenali bapa penyayang yang cukup hebat ini di atas pentas pengacaraan, siapa menyangka Awal Ashaari tidak mampu untuk berpisah lama dengan dua anak perempuannya, malah cukup sensitif bila berbicara soal anak.
Malah untuk berpisah lama dengan dua orang kesayangannya itu terasa cukup sukar buat Awal. Berkongsi cerita meninggalkan Lara dan Lila ketika mengerjakan umrah beberapa bulan yang lalu, Awal yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 ini berkongsi kisah dua buah hatinya menerusi sesi Live yang cukup menyentuh hati semua.
Akui Awal, dia punya cara sendiri bagi mengawal emosinya yang terlalu rindukan anak ketika berjauhan.
“Sebenarnya Awal dengan Scha ni kami ada dua ‘coping mechanism’ yang berbeza. Macam Scha kalau dia nak pergi ke mana-mana dia sedih waktu nak berpisah tapi dia ok sebab dia sentiasa call anak-anak,” ujar Awal memulakan bicara.
Lain pula kisahnya dengan bapa kepada dua cahaya mata ini yang punya terapi sendiri bila terlampau rindukan Lara dan Lila.
“Bagi Awal pula, saya sensitif dan sangat beremosi, lebih-lebih lagi nak berpisah dengan anak. Bila berpisah dengan anak, saya tak nak ada drama dan tak nak nampak kesedihan itu.
“Bila pergi umrah hari itu, jujurnya saya buat video call hanya tiga kali sahaja. Masa Scha buat video call dengan anak-anak pun saya akan cuba mengelak untuk cakap dengan anak-anak.
“Setiap kali kalau tinggalkan anak, ada benda yang saya buat. Contoh hari ini hari terakhir dengan anak, saya akan ambil baju dia masukkan dalam zip lock dan zip supaya bau tak hilang.
“Bila dekat sana, malam-malam kalau rindu, saya akan bukak dan bau dalam-dalam. Barulah saya rasa tenang. Lepas tu saya akan terus rasa ok. Itu cara saya dan saya buat ni dari Lara kecil dulu sampailah sekarang,” ujar Awal bercerita.
Berbeza tapi saling melengkapi
Akui Awal lagi, dia dan Scha sememangnya berbeza dalam mendidik anak-anak namun saling melengkapi. Scha sememangnya lebih tegas dan menjaga disiplin rutin harian anak-anak manakala dia sendiri lebih santai namun bertegas bila perlu.
“Saya ni kalau dengan anak saya lebih suka go with the flow. Saya lebih relaks dan lebih banyak terapkan bermain, bergurau dan body contact dengan anak-anak. Anak-anak kalau tak ada satu hari saya jadi macam resah.
“Perasan tu macam nak cepat balik, nak bau dan gomol anak tu lebih sebab kita buat semua itu hari-hari.
“Saya tak tegas tapi garang, kalau menjerit dari atas semua akan menikus hilang. Semua dah tahu kalau daddy datang maksudnya serius,” ujar Awal lagi ketika ditanya sisi kebapaannya bersama anak-anak di rumah.
Awal yang menjadi penerima anugerah Pa&Ma Gala Award bersama 19 selebriti mama dan papa lain turut berkongsi rasa kesedihan hatinya bila anak-anak semakin membesar.
“Bila kita ada anak ni, kita rasa masa berlalu sangat pantas. Saya rasa macam tak cukup dan masih tak puas lagi spent time masa dengan mereka. Kalau boleh saya nak ulang balik masa, saya nak kurangkan kerja, kurangkan keluar dan nak duduk dengan mereka.
“Saya dan Scha juga paling takut tunggu masa anak-anak ada life sendiri itu nanti datang dalam hidup kami. Kalau boleh nak simpan anak-anak duduk dengan kami sampai bila-bila tapi kami tahu semua itu tak mungkin akan terjadi,” luah Awal sebak.
Terdahulu, Awal dan Scha Al Yahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lila Amina.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Bila anak asyik nak berkepit 24 jam mulanya satu kerja pun tak dapat dihabiskan. Namun lain pula kisahnya dengan pelakon, Raja Ilya yang tidak kisah mengendong anaknya setiap masa.
Malah kata Raja Ilya lagi yang selamat melahirkan bayi sulungnya, Talita Love Grant pada Julai lalu, dia tidak kisah malah rela berkepit dengan anaknya 24 jam.
Menerusi Instagramnya, Raja Ilya turut memuat naik videonya bersama Talita yang dikendongnya ketika mengemas rumah.
Walaupun mengakui tugas sebagai ibu mencabar namun anak ia bukan alasan. Bahkan dia gembira menikmati perjalanannya menjadi seorang ibu.
“Motherhood memang sukar tapi tough tapi berbaloi.
“Ramai kata jangan dukung sangat baby, nanti dorang terbiasa and tak mau tido dalam buaian. Totally Agree, tapi what I felt is purely love and comfort.
“Menunggu lama kehadiran anak selama bertahun-tahun buat saya tak kisah nak dukung 24 jam and tatap muka dia 24 jam or dia terbiasa dengan cuddle and tak nak tido dalam buaian,” kongsi Raja Ilya.
Malah katanya lagi, dia selesa bersama Talita yang kini berusia dua bulan ketika melakukan apa jua aktiviti.
“Saya rasa tiada apa yang lebih baik untuk saya buat selain daripada berada dengannya dan peluk dia. I don’t mind at all.
“Dia baru 2 month old tapi alhamdulillah she pickup cue so well and we both learning about each other cue,” kongsinya lagi.
Bahkan kata Raja Ilya lagi, sebolehnya dia tidak mahu melepaskan momen berharganya bersama anak kecilnya itu ketika dia membesar.
“Masa berlalu dan saya tidak mahu terlepas sebarang momen, Ilya nak sentiasa ada dengan dia setiap masa dia perlukan saya. I want to give her my love and support all the time,” katanya lagi.
Terdahulu, Raja Ilya selamat melahirkan bayi sulungnya, Talita Love Grant pada Julai lalu.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.