Muat Turun Aplikasi MySejahtera Dahulu Baru RM50 Akan Dikreditkan Dalam e-dompet. Ikut Langkah Ini

Share

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bahawa kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet seluruh rakyat Malaysia bermula Julai 2020.

“Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia
memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang
bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet
pengguna.

“Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.”

Anda perlu muat turun aplikasi MySejahtera dahulu bagi membolehkan RM50 dikreditkan ke dalam akaun e-dompet masing-masing. Bagi yang ingin memohon boleh ikuti langkah dibawah.

  1. Muat turun aplikasi MySejahtera. Klik daftar di sini

 

 

2. Isi maklumat. Pilih bahasa sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Pilih negara Malaysia, kemudian isikan nombor untuk dihubungi.

3. Klik dalam ruangan ‘saya bukan robot’.

4. Tekan daftar.

5. Isikan nombor telefon yang boleh dihubungi

6. Tekan “Hantar OTP”. OTP akan dihantar ke sms inbox anda. Salin kembali OTP yang diterima dalam ruang OTP.

7. Tekan hantar

8. Isikan kesemua maklumat peribadi anda dalam ruangan yang bertanda *

 

9. Masukkan kata laluan

10. Masukkan kembali kata laluan tadi

11. Sahkan

Tekan link di bawah untuk memuat turun MySejahtera permohonan

Jangan lupa muat turun juga aplikasi e-dompet.

Sumber gambar: Bernama

IKLAN