Kita rasa sudah memberikan yang terbaik pada anak, peluk dan cium setiap hari dan tunjukkan kasih sayang sebaiknya. Tanpa sedar semua ini masih tidak cukup untuk anak kecil kita. Semua ini buat anak makin stres dan kesannya mulalah anak tidak dengar cakap dan suka memberontak.

Jangan dibiarkan. Anak mahukan lebih perhatian dari kita. Menurut Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan, perbaikilah hubungan kita dan tambahkan bonding demi anak yang kita sayang. Semua ini perlahan-lahan dapat memperbaiki minda anak kita.


BAIKI BONDING DEMI ANAK

Ibu dan ayah, kalau ada masalah, jangan bergaduh depan anak. Kalau setiap hari kita bergaduh di hadapan anak-anak, dah tentu emosi anak akan terganggu. Sama macam tak selesanya kita dengar suara bos kita di pejabat terjerit-jerit, kan?

Mudah Memberontak & Suka Lawan Cakap Kesan Dari Anak Kurang Kasih Sayang, Perbaiki Hubungan Kita Dengan Anak!

Anak-anak yang terbiasa dengan suasana yang penuh amarah, penuh herdikan, cacian dan makian menerima kesan yang amat besar terhadap kesihatan mental mereka.

IKLAN

Terdapat kajian yang membuktikan, anak yang dilahirkan dalam persekitaran yang tidak sihat ini, menyebabkan mereka membesar dengan hormon kortisol yang banyak dalam badan.

Mudah Memberontak & Suka Lawan Cakap Kesan Dari Anak Kurang Kasih Sayang, Perbaiki Hubungan Kita Dengan Anak!

Apa yang kortisol ni buat dalam badan anak kita?
1) Kortisol ialah sejenis hormon yang terhasil bila manusia stres.

IKLAN

2) Jumlah yang sedikit, membantu anak fokus menyelesaikan sesuatu tugas. Jumlah yang berlebihan membuatkan anak mudah gementar. Rasa gementar menjadi antara punca anak hilang kayakinan diri.

3) Kortisol yang berlebihan terhasil ketika mereka kerap dikritik, dimarahi, diperli dan dibeza-bezakan dengan orang lain, kerap dicubit dan dipukul.

4) Antara kesan kortisol yang tinggi dalam badan anak-anak:
i) Mudah memberontak dan melawan
ii) Masalah tingkah laku
iii) Kurang motivasi untuk berusaha
iii) Learning deficit & cognivite delay (masalah dalam akademik)

IKLAN

Mudah Memberontak & Suka Lawan Cakap Kesan Dari Anak Kurang Kasih Sayang, Perbaiki Hubungan Kita Dengan Anak!

5) Sekiranya penghasilan kortisol secara berlebihan berterusan sehingga dewasa ia akan memberi kesan :
– kawalan emosi yang lemah (panas baran)
– Kurang ketahanan terhadap tekanan
– Masalah kemurungan dan enzieti
– Masalah penyesuaian diri dalam komuniti.

Walaubagaimanapun, kerana sifat otak ini mudah dibentuk seperti plastesin, kortisol ini boleh dikurangkan dengan memberikan suasana penuh kasih sayang dalam keluarga. Keharmonian hubungan kekeluargaan menambahkan jumlah hormon oksitoksin dalam badan anak. Oksitoksin juga disebut hormon cinta. Ia memberi kesan rasa bahagia kepada seseorang.

Artikel berkaitan: Rasa Dah Cukup Bonding Dengan Anak, Rupanya Tak, Bukan Material Anak Perlu Tapi Kasih Sayang! 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI