Mencium anak-anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar. Anak-anak yang sering dicium dengan penuh kasih sayang merasai dirinya dikasihi.
Berdasarkan pengalaman Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose dia menegaskan jangan segan untuk mencium anak walaupun mereka sudah besar. Sekiranya mereka sering dicium semasa kecil, anda akan mendapati bila mereka sudah remaja, perkara itu jadi kebiasaan bagi mereka.
Ads
Namun, dengan anak remaja dan anak-anak yang telah berusia 8 tahun ke atas, jika hendak menciumnya dikhalayak ramai, bertanyalah dulu.
Bukan apa, hanya sekadar menghormati dirinya. Kerana ada sesetengah kawan-kawan yang jarang dicium oleh ibu bapa mereka akan mengolok-olokan dan mengejek-ejek anak anda dan mengelarnya manja atau yang sepertinya. Kekadang ini akan membuat anak anda stres.
Ads
Namun, berdasarkan pengalaman Ibu, jika kita sudah sangat rapat dengan anak-anak dan kita asuh sikap yakin diri tinggi ke dalam dirinya, semua ejekan kawan tidak mencederakannya. Malah, selamba sahaja dia akan mencium anda dan dengan bangga mengatakan; ” Ini mak/bapa saya. Saya sayang dia!” . Dan kawan-kawan yang hendak mengejek pun terkedu.
Kuasa ciuman sangat kuat, dia menjadikan anak mudah mendengar kata. Bukan kerana mereka takut anda, tapi kerana mereka sangat sayang dan hormat kepada anda. Mereka berasa terhutang budi.
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia, belajarlah ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Biasanya kebanyakan ibu-ibu membeli barangan dapur untuk stok 2 minggu atau sebulan sekali. Keperluan pelbagai jenis sos, kicap dan sebagainya antara yang sentiasa ada di dapur. Ini untuk memudahkan kerja semua ibu bila nak menggunakannya.
Bagaimanapun, tiap kali kita membeli stok tersebut, hanya melihat tarikh luput dan arahan penyimpanannya tak dititikberatkan sangat. Sebab itulah, kadang-kadang walaupun tarikh luput lama lagi, barang tersebut dah rosak atau berkulat.
Melalui perkongsian Facebook seorang ahli teknologi makanan, Sazly Tulih, beliau kongsikan sebab mengapa pentingnya baca arahan penyimpanan pada label sesuatu produk. Ikuti perkongsian beliau.
Baca Label (Arahan Penyimpanan)
“Kenapa ya? Memang sudah lama guna jenama ni. First time kena macam ni. Kalau ikutkan tarikh luput lambat lagi. Dah guna sekali, hari ni nak masak kicap ikan. Sekali buka dah tumbuh kulat plak, nasib tak masak lagi. Sikit je nak share dengan tuan puan hari ni.”
Begitulah sedikit luahan rasa Puan Y berkenaan sos tiramnya yang dah berkulat walaupun baru sekali guna dan tarikh luputnya lambat lagi nak expired.
Kalau kita perasan, ada penyataan “Arahan Penyimpanan” pada botol tersebut. Jadi ikut la arahan itu. Untuk pengetahuan semua, apa-apa makanan yang telah dibuka kotaknya, plastiknya, botolnya ataupun tinnya, Tarikh Akhir, Guna Sebelum, Makan Sebelum dan Baik Sebelum telah berubah dan bergantung kepada tempat simpanan kita.
Oleh kerana bungkusan makanan yang telah dibuka, keadaan makanan itu adalah berlaian daripada keadaannya yang asal. Banyak faktor yang menyumbangkan kepada kerosakan makanan kita yang perlu diambil kira antaranya adalah suhu yang telah berbeza, udara, kelembapan, masa dan kebersihan persekitaran yang menyumbangkan kehadiran makroorganisma seperti bakteria dan kulat.
Banyak kaedah penyimpanan yang dicadangkan bergantung kepada jenis dan sifat makanan tersebut antaranya:
Sedikit tambahan, pada Peraturan 14(a), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dinyatakan
a. ”Tarikh akhir” berhubungan dengan sesuatu bungkusan makanan, ertinya tarikh selepas makanan itu, apabila disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya, tidak mungkin lagi mengekalkan ciri-ciri kualiti yang biasanya diharapkan oleh seseorang pengguna.
b. ”tarikh ketahanan minima” berhubungan dengan sesuatu bungkusan makanan, ertinya tarikh hingga mana makanan itu, apabila disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya, akan mengekalkan apa-apa kualiti tertentu yang diakui secara tersirat atau nyata.
Nasihat saya,
1. Baca arahan penyimpanan
2. Jangan menggunakan bekas makanan asal setelah dibuka seperti makanan dalam tin seperti susu pekat manis.
3. Salin bekas makanan asal kepada bekas makanan yang bersih dan kedap udara.
4. Tutup semua bekas makanan dengan sempurna setelah digunakan.
5. Sentiasa amalkan Lihat dan Hidu sebelum menggunakan bahan mentah.
6. Adalah lebih baik, labelkan setiap bekas makanan dengan nama produk dan tarikh akhir supaya tak terlupa.
7. Jangan beli produk makanan yang jarang dimakan dengan kuantiti yang banyak atau saiz yang besar.
Jadilah pengguna yang bijak.
Kredit Gambar: FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ada anak kecil, sofa, karpet, kusyen memang tak boleh elak dari kesan kotoran akibat makanan atau minuman tumpah. Tambah pula, material tersebut berasaskan kain. Jadi bila ada kesan tumpahan tersebut, lagi nampak jelas tompokannya.
Kadang nak marah pada anak kecil pun bukan dia faham lagi. Sebagai alternatif untuk bersihkan kesan kotor pada sofa atau karpet boleh gunakan cara ini. Tak perlu nak upah orang bersihkan atau beli pencuci mahal.
Berikut dikongsikan tip Nurul Wahyu. Berkesan dan jimat bajet!
Tipnya cuma bersih guna air panas
Bagi yang ada sofa warna cerah tapi kotor jangan susah hati. Ada cara untuk bersihkan kembali.
Caranya:
1. Sediakan air panas kemudian ambil kain bersih lalu rendam dalam air panas. Disebabkan air panas, kita kena tahan sikitkan. Boleh juga guna sarung tangan plastik yang tebal.
2. Kemudian lap kain panas tadi di permukaan sofa yang kotor itu. Ulang sampai kotoran hilang.
3. Seterusnya lap dengan kain kering. Boleh juga buka kipas untuk cepat kering atau gunakan pengering rambut.
4. Bila dah kering, kita akan lihat kesan kotor atau tompokan pada sofa dah hilang.
Boleh juga guna cara ini untuk kotoran degil
Satu lagi cara boleh gunakan pencuci ini
Kemudian gunakan berus yang disertakan untuk bersihkan kotoran degil. Biarkan sekejap dan ambil kain bersih lap dan tekan bahagian yang digosok itu.
Ulang sampailah kotoran hilang. Cara ini sesuai untuk sofa yang terkena kotoran degil. Selain bersihkan sofa, boleh juga guna untuk karpet dan kusyen kereta. Harganya satu tin pun tak mahal lebih kurang RM6 saja.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Rezeki dapat anak lelaki atau perempuan, semuanya rahsia Allah. Tak kisahlah walaupun berderet anak lelaki atau perempuan masing-masing ada rezekinya. Yang penting semua anak-anak kita sihat.
Dalam hal ini juga, tanggungjawab ibu bapa sangat besar. Dengan cabaran hari ini memerlukan kesabaran tinggi mendidik anak menjadi khalifah yang terbaik dan elok budi pekertinya.
Buat ibu bapa yang ada anak lelaki ini pesanan untuk anda agar anak lelaki kita dapat menjadi anak penyejuk hati semua.
KEPADA ANDA YANG ADA ANAK LELAKI..
Orang kata penat jaga anak lelaki. Tak duduk diam lari sana sini. Bukan setakat berlari, tapi bergusti, Haiihhh, orang kiri kanan pun perli perli.
Biar dia main lumpur sampai kotor kaki, Biar dia aktif tak henti, kerana percayalah satu hari nanti, apa yang dia dapat kini, dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Banyak kelebihan buat anak lelaki, yang ramai tak tahu tapi Allah dah beri, sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari, dialah harapan ibu ayah dan family, bimbing dan sayanglah dia agar success dan happy.
Orang kata anak lelaki tak reti duduk diam, baguslah tu, bila tak duduk saja dan menganyam, jangan disuruh diam sampai ke malam, takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi, tambah-tambah bila peluk ciumnya tak henti-henti, di selit kasih sayang ayah mithali, jangan terkejut satu hari nanti, Bila anak yang aktif lari sana sini ini, disayangi masyarakat dan planet bumi.
So, jangan pukul dan maki anak lelaki kerana dia tak putus membentuk diri. Untuk dia kumpul dan punya identiti, yang bukan saja buatkan ibu ayahnya happy, malah menjadi saham akhirat buat mommy daddy.
Dialah anak lelaki mithali, jangan biar dia main dan lari sendiri, tapi ciumlah dia berulang kali, kata sayang dan rindu lagi dan lagi, agar dia terus rasa dihargai, punya ibu dan ayah seperti ini.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti.
Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biar pun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Semoga suatu hari nanti apabila kita telah meninggal dunia dan mereka yang akan mengimamkan solat jenazah kita.
Kredit: The Tazkirah Iman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.