Setiap pagi mengambil sarapan yang berat seperti nasi goreng, bihun goreng, mi dan sebagainya adakalanya membosankan. Sesekali apa kata mama cuba sediakan sarapan ringkas buat anak-anak. Tempoh PKP yang disambung lagi pastinya membuatkan mama mulai buntu untuk memikirkan idea dan menu untuk memasak.
Roti Pizza yang ringkas dan paling mudah disediakan ini boleh mama cuba untuk anak-anak di rumah. Dalam masa yang pantas, sarapan hebat dengan keju meleleh ini tersedia buat keluarga. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Syazlieyn Kamaluddin ini. Terbaik!
Simple breakfast tapi mesti ramai yang suka.
Ads
Bahan-bahan:
Roti
Telur
Cheese
Sosej – tak perlu rebus
Tambahan:
Sos dan mayonis
Ads
Guna kuali biasa ja, letak minyak sikit agak-agak tak melekat.
Nugget sememangnya cukup digemari oleh anak-anak kita. Sifatnya yang mudah dibawa ke mana sahaja dan senang untuk goreng menjadikan ia sebagai pilihan utama. Namun menyediakan sendiri di rumah pastinya lebih sedap malah kandungannya terjaga dan lebih sihat buat anak-anak kita.
Resipi nugget homemade yang satu ini memang istimewa. Bukan hanya disediakan mengikut resipi berkhasiat bahkan diolah kreatif oleh Puan Yasreen Balqish Al Idrus buat anaknya, Emir Ashmal Sufi. Bukan seperti resipi biasa tetapi dijadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa yang lebih kreatif agar mampu menarik perhatian si comel.
Resepi ada dibawah, sesuai untuk anak-anak. Ibu dan ayah pun boleh joint sekali.InsyaAllah bagus sebab tiada bahan pengawet dan msg.
Semua bahan dikisar bersama sedikit air.
Sayur sayur yang digunakan. Boleh gunakan sayur-sayuran lain seperti jagung atau sengkuang.
Bahan yang telah dikisar.
Saya masukkan serbuk ikan bilis bagi menggantikan garam dan serbuk perasa.
Sedikit tepung gandum dan tepung pulut.
Setelah digaul bersama sayur² stim dalam 20 minit.
Kemudian boleh di tekap menggunakan acuan.
Sebelum digoreng, celupkan dengan telur dan kemudian celupkan dalam serbuk roti. Saya gunakan serbuk roti kosong, tanpa pewarna.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika mama pening untuk naikkan berat badan anak, mama boleh cuba letak keju sebagai makanan tambahan dalam menu yang anak mama makan dan mama akan lihat hasilnya memandangkan keju sangat tinggi kandungan lemaknya.
Kalau mama buntu, mama boleh cuba resipi ini.
Salah satu feberet anak saya, makaroni cheese goreng..cuba lah mana anak-anak mama suka kan.
Bahan-Bahan:
1.Makaroni (Direbus)
2.Cheese(Beqa Tatura Cream Chesee) (3 SB)
3.Susu Full Cream GoodDay (1 Cawan)
4.Bawang Holland (sikit saja)*
5.Bawang Putih (2 ulas)*
6.Isi Ayam (tak kisah banyak mana)*
7.Carrot atau tak kisah sayur apa *
8.Unsalted Butter / Minyak Masak * (2/3 SB)
9.Tomata* (sedikit)
10.Celery* (sedikit)
11.Air masak (3/4 cawan)
Cara penyediaan:
Cheese elok sangat-sangat untuk tambah berat baby ya..anak saya 2 hari nak masuk 8 bulan..tapi saya dah ajar 7 bulan lebih cheese.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jemu dengan bubur, sesekali olah pemakanan bayi kita dengan gabungan pasta pula supaya mereka dapat merasai pelbagai jenis rasa. Jika anda memilih pasta, sos pasta ala karbonara yang dihasilkan sendiri dengan cara sihat antara yang boleh dicuba buat si comel.
Resipi sos pasta dengan gabungan sayuran sihat serta air rebusan ayam ini nampak cukup sedap dan menyelerakan. Malah nak buatnya juga teramatlah mudah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Herny Green melalui grup Geng Memasak Untuk Anak ini. Ringkas!
Sos Pasta Ala Carbonara -no milk no cheese (7-9bulan)
Ramai juga yang berminat cara buat sos pasta ni. Bau sedap rasa pun sedap. Ni resepi anggaran je.
Butter 2 sudu teh
Garlic 3 ulas
Bawang holland separuh
Bunga kubis 1/2 cup
Kentang 1/2 cup
Air rebusan ayam 2 cawan @ isi ayam 1/4 cup + air kosong
Rebus bunga kubis dan kentang. Ketepikan. Panaskan kuali dan tumis bawang putih dan bawang holland bersama butter sampai wangi (jangan hangit).
Masukkan air rebusan ayam atau air kosong bersama isi ayam.
Bila ayam dah masak, campurkan kentang dan bunga kubis. Blend kan.
Sos ni boleh disimpan dan tuang atas pasta.
Sedap sangat, anak suka!
Panduan Pemakanan Untuk Bayi 6 Bulan
Susu Ibu – seperti jadual biasa atau mengikut permintaan bayi.
Bubur Nasi – 1 kali untuk 3 hingga 5 hari pertama. Berikan 2 kali pada minggu berikutnya dan 3 kali kemudiannya. Tambahkan khasiat dengan sumber protein berupa sup ayam dan puri sahaja di dalam bubur.
Puri – Selang selikan dengan puri buah yang dilenyekkan bersama susu ibu atau juga biskut yang turut sama dihancurkan.
Bayi 7 Hingga 8 Bulan
Susu ibu seperti biasa mengikut permintaan bayi.
Bubur Nasi – Bubur nasi pula perlu dipekatkan dan diberikan 3 kali sehari. Tambahkan juga dengan dengan sumber protein seperti ayam, sayur-sayuran yang dipotong kecil supaya anak dapat merasa tekstur makanan itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.