Panik, terkejut dan menggigil satu badan. Itu antara reaksi spontan bila tengok anak tiba-tiba tidak sedarkan diri dan muka jadi biru dan tak bernafas.
Situasi ini bukan drama semata, tapi realiti yang dah berlaku pada ramai ibu ayah. Dalam saat cemas seperti ini, satu saja ilmu yang boleh menjadi penyelamat nyawa adalah Teknik CPR.
Ramai ibu ayah tiada kesedaran untuk belajar teknik CPR ini kerana merasakan ia adalah tugas doktor saja. Tapi sebenarnya, bila anak tiba-tiba tak sedar diri, kita tak boleh tunggu 5 hingga 10 minit untuk bantuan sampai. Nyawa anak dalam tangan kita sendiri.
Kalau tahu langkah-langkah asas CPR untuk bayi dan kanak-kanak, insyaAllah kita boleh bantu anak sebelum apa-apa jadi lebih teruk. Untuk mak ayah, apa kata ikuti perkongsian dari Dr. Nursaidah Md Said dari Klinik Myfamily, Johor Bharu yang berkongsi teknik CPR.
Tanda bahaya mak ayah kena aware
* Bayi tiba-tiba batuk kuat atau senyap lepas menyusu
* Muka berubah jadi biru, terutama sekitar bibir dan hujung jari
* Badan lembik dan tak beri respon bila dipanggil dan ditepuk badan dan kakinya.
* Nafas tersekat-sekat atau terhenti langsung
Ads
Jangan tunggu lama, terus mulakan CPR jika anak tidak bernafas dan tak sedarkan diri!
Langkah asas CPR untuk bayi & kanak-kanak
Menurut perkongsian Dr Nursaidah lagi menerusi video Dunia Bayi Pa&Ma, ibu dan ayah juga perlu mempunyai ilmu untuk mencuba lakukan CPR. Namun jangan takut.
1. Muka anak biru dan tak respond, panggil nama anak, tepuk tapak kaki dan tepuk bahunya.
2. Cari lantai yang rata dan letak anak di atas lantai.
3. Bukak baju bayi, cari nipple line anak untuk buat tekanan.
4. Gunakan dua jari atau dua ibu jari untuk buat tekanan pada dada.
Ads
5. Letak dua jari dan mulakan 30 kiraan, kedalaman 1 inci setengah dan hembus pada mulut.
6. Tegakkan dagu bayi dan hembus kuat pada mulut 2 kali.
7. Ulang langkah (5 & 6) sehingga 5 kali pusingan.
8. Pusing dan iringkan bayi bila bayi menunjukkan petanda yang baik. (muka akan berubah jadi pink, mula batuk)
Ads
Tambah Dr Nursaidah lagi, untuk kanak-kanak boleh menggunakan satu tangan sahaja pada bahagian atas dada.
* Untuk bayi bawah 1 tahun: Gunakan dua jari, tekan dada sebanyak 30 kali dan beri 2 hembusan nafas mulut ke mulut-hidung.
* Untuk kanak-kanak: Gunakan satu tangan atau dua jika perlu
Ulangi sampai bantuan sampai atau anak mula bernafas semula.
Sayang anak bukan sekadar beri makan, pakaian dan kasih sayang. Sayang anak juga bermaksud kita sanggup ambil tahu dan sedia bertindak bila anak dalam bahaya.
CPR mungkin nampak remeh, tapi bagi anak yang tiba-tiba tidak sedarkan diri, CPR adalah harapan terakhir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
6 jenis vaksin ini diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Ia berupaya melindungi lebih dari 11 penyakit berbahaya.
Perkongsian daripada Dr Amirul Amzarpatut diketahui oleh semua ibu bapa. Vaksin diibaratkan seperti hadiah yang sangat bermakna buat anak sebagai adalah usaha untuk mengelakkan si kecil daripada dihinggapi penyakit berjangkit yang berbahaya seperti difteria, cacar, pertussis dan sebagainya.
JOM KENAL VAKSIN MALAYSIA
Dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, ada 11 penyakit yang dilindungi oleh vaksin-vaksin tersebut (12 kalau di Sarawak). Jom kita kenal vaksin penyakit-penyakit itu secara ringkas.
Diberi seawal lahir, ia mencegah dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous meningitis. Kalau tak vaksin, dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan cacat otak kekal dan 1 dari 5 akan mati.
Diberi dengan dos 3 siri iaitu seawal lahir, 1 bulan dan 6 bulan. Ia mencegah dari jangkitan virus hepatitis B. Virus ini kalau kena pada bayi, 95% daripada mereka tidak akan dapat melawan jangkitan ini dan menjadi pembawa kronik. Akibatnya mereka akan membesar dengan virus itu dan kelak boleh menjadi penghidap kanser hati. Bukan tu saja, pasangan dan keluarga mereka juga boleh dijangkiti kelak.
Duntuk diphtheria. Corynebacterium diphteriae adalah bakteria yang menjangkiti tekak sehingga boleh menyebabkan kematian. Macam mana boleh mati? Bayangkan tekak anak anda tersumbat sehingga mereka tak boleh bernafas. Kematian akibat diphtheria adalah lebih tinggi pada kanak-kanak bawah 2 tahun dan mereka yang tidak divaksin. Kuman ini juga boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan kegagalan organ. Bayangkan tekak anak anda disumbat dengan span bersalut lendir kuman sampai tak dapat bernafas, macam tu lah bila mereka dijangkiti.
Tuntuk tetanus. Bahasa Melayunya dipanggil kancing gigi. Orang selalu salah faham ingat kancing gigi ni kalau kena besi karat je. Sebenarnya kuman ini boleh ada di mana-mana dan di dalam tanah. Kita beri vaksin ini bagi melindungi dari kuman ini yang mudah masuk melalui luka. Kalau dijangkiti, pesakit akan mengalami kekejangan yang amat teruk sehingga boleh patah tulang sendiri. Rawatannya melibatkan kos yang mahal kerana memerlukan suntikan immunoglobulin. Kadar kematiannya adalah tinggi pada mereka tidak pernah melengkapkan sekurang-kurangnya 3 dos suntikan.
aPadalah untuk Pertussis. A tu untuk acellular. Dulu kita pakai whole cell pertussis vaccine. Tapi sekarang dah tukar kepada yang lebih selamat dan baru. Jangkitan pertussis ini digelar batuk 100 hari. Budak boleh kena, orang besar pun boleh kena. Budak kalau kena, memang dahsyat. Boleh tengok muka dia bertukar dari normal, ke merah, putih dan seterusnya biru pada satu masa. Ianya boleh membunuh. Kalau dah ambil vaksin, walaupun dijangkiti, ia tidak akan serius.
IPVadalah inactivated polio vaccine. Dulu kita pakai OPV, oral polio vaccine. Oral polio ni murah, sen sen je. Tapi banyak masalah. Maka KKM pun belanja lebih sikit untuk beli IPV bagi mencegah polio. Hasilnya, alhamdulillah polio dah tak ada kat Malaysia. Tapi baru-baru ni ada satu kes di Indonesia. Kalau masuk ke Malaysia, yang mula-mula kena adalah bayi kecil yang belum divaksin atau orang yang menolak vaksin. Kalau kena, risiko lumpuh adalah tinggi. Dan poliomyelitis tiada ubat. Otot pernafasan anda pun boleh lumpuh. Bayangkan, kalau kena polio, anda nak bernafas pun kena guna tenaga dan fikir macam mana nak bernafas tu.
HiBadalah vaksin untuk hemophilus influenza type B. Ni bukan vaksin influenza untuk flu yang ambil setahun sekali tu. Ini adalah vaksin bagi mencegah kuman HiB. Kuman ini biasanya menyerang selaput otak dan mengakibatkan kecacatan otak dan pekak.
Haa, yang ni banyak kontroversi. Bermula dari kajian Dr Andrew Wakefield, satu dunia gempar vaksin ini menyebabkan autism. Tahu tak kajian Andrew Wakefield tu dah ditarik balik? Dan tahu tak tiada satu kajian pun berjaya mendapatkan keputusan sama macam kajian dia. Malah, kajian pada lebih 1 juta kanak-kanak membuktikan vaksin ini atau merkuri dalam vaksin tidak menyebabkan autism.
Mpertama adalah untuk measles. Measles ni orang panggil demam campak. Dia datang dengan demam dan ruam. Selalu juga ada mata merah dan batuk selsema. Tapi, banyak lagi jangkitan virus lain yang hampir datang macam measles. Kita gelarkan viral exanthem. Viral exanthem ini adalah demam dan ruam akibat jangkitan virus. Ia tak sebahaya measles. Dan masyarakat selalu salah faham, anak dah ambil vaksin tapi masih kena demam dan ruam. Walhal demam dan ruam itu sebab virus lain. Measles ni, perlu vaksin. Ia sangat mudah merebak. Dan ia boleh membunuh. Di Filipina sekarang, angka kematian akibat measles dah cecah 200 orang. Dan pada 2018, semua kematian akibat measles di Malaysia adalah dalam kalangan yang tidak menerima vaksin.
Mnombor 2, mumps. Ianya adalah sejenis jangkitan disebabkan virus paramyxovirus. Ia boleh menjangkiti kelenjar air liur dan menyebabkan beguk. Biasanya ia tidak merbahaya. Tapi, salah satu komplikasinya adalah kemandulan. Jangkitan beguk ini boleh menyebabkan telur anda bengkak tak kisahlah anda lelaki atau wanita dan seterusnya menyebabkan kemandulan.
Runtuk rubella. Ianya juga demam dan ruam. Ianya juga secara umum tidak merbahaya, tetapi, jika dijangkiti sewaktu mengandung, anak dalam kandungan akan lahir cacat otak, kepala kecil, mata buta, jantung berlubang dan pekak. Memang cacat. Bayangkan kalau berlaku wabak, dan isteri awak yang tengah mengandung pulak ada dalam lokaliti wabak tu. Baik semak mak pak mertua tu antivaksin ke tidak.
Ini vaksin baru. Ianya diperkenalkan bagi mencegah jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV ini adalah penyebab utama kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita. Tahu tak, kanser pangkal rahim ini adalah kanser kedua paling kerap berlaku pada wanita di Malaysia? HPV virus lah penyebab utamanya. Sebab itu kita vaksin kan anak gadis kita seawal 13 tahun. Sebab, kita tak tahu siapa yang ada jangkitan ini kerana pada kebanyakan masa, ia tiada simptom sampailah berlaku perubahan kanser pada pangkal rahim.
Ianya vaksin khas untuk Japanese Encephalitis dan hanya diberi untuk Sarawak sahaja. Sebab apa, sebab risiko jangkitan masih tinggi di sana berbanding di semenanjung. Virus ini adalah bawaan nyamuk. Ianya boleh menyebabkan bengkak pada otak. Kecacatan otak kekal boleh berlaku pada 30% pesakit dan kadar kematian boleh mencapai setinggi 50%.
Jadi, ini lah kesemua vaksin yang disubsidi penuh oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak dapat dibendung dan kesihatan masyarakat terutamanya generasi akan datang, terjaga.
Tolak vaksin, dan kita akan lihat wabak berlaku, anak-anak kita lahir dengan kecacatan atau cacat akibat jangkitan serius. Saya pasti semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Maka vaksinkan lah anak anda.
Amalan mencukur rambut bayi baru lahir dilakukan oleh ramai ibu bapa pada hari ini. Ramai ibu bapa moden hari ini akan melakukan amalan mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah selepas beberapa bulan bayi dilahirkan.
Acara tersebut sekaligus meuar-uarkan kepada kenalan dan saudara-mara tentang kelahiran bayi dalam keluarga mereka selain melahirkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.
Tapi ramai papa mama didapati lebih mengikut trend untuk membuat majlis aqiqah dan cukur jambul yang ‘glamour’ dan penuh bertema tanpa mengetahui kebaikan di sebaliknya.
Sebenarnya cukur jambul atau cukur rambut? Biasanya dalam majlis tersebut acara cukur jambul hanya dijadikan simbolik sebelum si bayi akan dicukurkan rambut sepenuhnya selepas itu.
Dalam Islam sendiri sudah menyediakan garis panduan yang betul untuk amalan mencukur rambut bayi afdhal dilakukan pada hari ke-7 selepas dilahirkan, ia sunat diiringi dengan kenduri aqiqah iaitu dua ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor kambing untuk bayi perempuan.
Hukum mencukur rambut hingga botak adalah sunat. Rambut yang dicukur tadi akan ditimbang dan beratnya perlu dikira mengikut harga emas atau perak semasa kemudian disedekahkan jumlahnya kepada fakir miskin.
Bagaimanapun jika anda hanya membuat amalan cukur jambul sahaja ia tidak dikira sunnah bahkan tiada pahala diperoleh daripada amalan tersebut.
Mencukur rambut bayi baru lahir mempunyai kelebihan terhadap kesihatan bayi sendiri. Jadi, papa dan mama mesti lakukannya ya!
1. Bersihkan daripada kekotoran
Ketika proses lahir, bayi melalui jalan keluar dari rahim ibu yang sudah tentu membawa segala kekotoran yang melekat pada rambutnya. Jadi dengan membuang rambut asal tersebut ia dapat menghilangkan segala kekotaran yang ada.
2. Aliran darah akan meningkat
Apabila kulit kepala bayi sudah bersih, aliran darah ke kepala akan meningkat membuatkan keperluan khasiat yang diperlukan oleh kepala akan mencukupi.
3. Rambut tumbuh sihat
Bila nutrisi yang diperlukan kepala cukup maka rambut juga akan tumbuh lebih lebat, sihat dan kuat.
4. Mengurangkan risiko kerak kepala
Dengan mencukur rambut bayi, masalah kerak kepala dapat dihindarkan. Kerak kepala adalah kepingan kerak berwarna kekuningan dan agak berminyak pada rambut bayi.
5. Mudah mengesan masalah kulit kepala
Bayi kerap berpeluh jadi dia berisiko untuk mendapat masalah kulit kepala seperti bisul, luka atau jangkitan. Oleh itu bila sudah botak, kuranglah risikonya dijangkiti selain mudah untuk mama mengesan sebarang masalah yang ada.
6. Visual bayi lebih jelas
Jika bayi mempunyai rambut lahir yang lebat dan panjang mungkin boleh menutup matanya sekaligus menghalang pandangan visualnya lebih jelas. Selain itu rambut panjang juga dibimbangi akan terkena pada kornea mata bayi lalu mengganggu matanya.
7. Bayi lebih selesa
Kadang kala rambut yang panjang dan lebat akan mencucuk-cucuk sekitar telinganya. Akibatnya bayi merasa gatal dan terganggu lalu asyik menangis sahaja.
Bayi yang lahir dengan rambut yang lebat memang nampak comel dan sudah tentu papa dan mama rasa sayang nak potong. Jangan risau sebab rambut bayi akan cepat tumbuh lepas rambut yang asal dibotakkan. Malahan ia tumbuh lebih sihat dan lebat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terima kasih Allah! Itu yang keluar dari mulut seorang ibu apabila berdepan dengan detik cemas selepas anaknya terselamat dan masih dipanjangkan umur lagi setelah tercekik ketika makan buah epal.
Pengalaman yang dikongsikan oleh Fatin Fas di facebooknya itu benar-benar meninggalkan trauma buat ibu dan anak ini. Nasiblah dalam keadaan kelam kabut, si ibu cepat bertindak dan sekurangnya dapat menyelamatkan nyawa anaknya berusia 11 bulan.
Ya Allah Ya Tuhanku, bagai nak gugur jantung ibu dik!
Tragedi oktober.
14/11 genap Hud usia 11 bulan. Ngam juga berat 11kg. Kebetulannya. Sama tarikh abahmu warded patah lutut excident di langkawi 2 tahun lepas.
Lps asar gitu, mcm biasalah sebelum suap heavy food utk dinner ibu bagi lightfood dulu. Entah kenapa td tergerak ht nk bg epal. Buah epal k. Ibu potong lah epal nipis2.bagi satu kat hud sementara nk mkn heavyfood td. Sebelum tu terdetik dah nk steam kn dlu epal td. Hud actually dh leh mkn finger food. Cuma Ya Allah tak sangka Hud boleh lekat epal.
Muka dah kebiruan
Allahuakbar, selang sekejap xtau la tersedak sebab ibu bg air lpstu, terus Hud xleh bernafas, org ganu panggil ‘berlohok’ . Ibu ingt mcm biasa la lps mnum air Hud ni sbb hud kadang dia suka mcm sedak air, lg2 bila gelojoh.. Sekali Hud naik biru part ats especially muka.
Allahuakbar PANIK!!! Hud xleh bernafas! Sekali aku angkat tarik dr krusi mkn baby. Ya allah kaki kiri dia pulak lekat.
Badan lembik, tak respon
Allahurabbi hud lembek dh ni! Goncang xjalan. Panggil tepuk sama no respon. Dik jgn bt ibu gini dik! Time tu ibu xkira ibu tarik smpai ibu jatuh trduduk bersila tepuk2 hud bg sedar dgn hrpn kluar la epal td! Allah xjlan. Kpala xleh fikir dh ni. Sambil panik call suami.
Ibarat mati hidup semula
Ibu bangun pegang pinggang hud trus bg tonggeng skli tepuk blkg. Sekali jolok jari tarik epal td. Ibu dpt rsa epal tu doh smpai half tekak hud. Trus muntah skli darah pucat. Darah sbb ibu trpaksa jolok dik. Ampun nak. Ye sakit ibu tahu. Mcm mati hidup smula. Ibu peluk hud kuat2 bg betul2 respon. Tp hud mcm lali layu xlarat. Ibu try bg minum dia taknak mgkin sbb tekak luka td. Allahu. Ampun dik!
Ngam babahjoe smpai pastu. Terus g kecemasan dungun. Masa otw dlm kereta, alhamdulillah Hud respon mcm biasa.
Dugaan oktober bt ibu. Ibu jenis apa aku ni. Maafkan ibu nak. Betul2 cubaan bt ibu. Ibu xtau la kenapa hud kena lalui ni .
Hud dah slmt x-ray dan warded untuk di monitor dan observed. Minum gak susu td sikit. Dhla xsmpt mkn petang. Dahaga dan lapar mungkin.
Doakan kesembuhan Hud Iskandar bin Mohamad Aiezul Izsham.
Sementara itu, dalam perkongsian terbarunya, Fatin memberitahu Hud dah sihat dan dibenarkan keluar wad setelah beberapa hari dipantau oleh doktor. Cuma masih nampak dia fobia nak makan mungkin masih teringat peristiwa tersebut.
Alhamdulillah, Hud sihat
Hud da discharged. Trima kasih yg mendoakan… Alhamdulillah hud sihat aktif balik. Cuma fobia dia nk mkn. Dan daku lagi la bertambah fobia.
Peringatan untuk semua
Moga dijadikan pengajaran buat diri sendiri dan mommy2 lain. Terima kasih ats nasihat semua. Klo ikutkan bknnya puting baby tu xde cuma entah. Klo ikutkan jgk mmg niat di hati nk steamkan dlu epal tu. Tp sekelip mata benda ni jadi.
Perancangan Allah nk bg pengajaran supaya berhati2 lepasni.. Semoga kwn2 mommy2 ambik iktibar.
Sumber: Fatin Fas
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!