Isteri mana tak sedih lihat suami yang dinikahi kini terlantar koma tanpa sebarang tindak balas positif. Tambah pula dalam keadaan diri yang baru saja melahirkan anak. Tanpa insan tersayang di sisi terpaksa kuatkan diri berjuang di bilik bersalin sehingga lahirlah seorang anak perempuan yang ditunggu selama ini.

Lagi sedih apabila suami terlantar koma asbab daripada demam sahaja. Bukanlah sebab sakit kronik atau pun kemalangan. Kini hanya doa yang tak putus agar ada keajaiban dari Allah SWT.

Menerusi catatan yang ditulis oleh Puan Natipah Abu, NGO yang banyak membantu pihak kurang berkemampuan, dia berkongsi keadaan bapa kepada dua anak ini. Lagi sedih anak perempuan ini masih belum diberi nama kerana si isteri ingin menunggu kepulangan suami.

Amirul ..
hari ni, kalau awak sihat .. mesti awak gembira sgt dik. Sbb hari ni awak dpt anak ke dua .. baby gurl tau dik.

Awak kan dah ada anak lelaki ..
Mesti awak suka dpt anak perempuan ni

IKLAN

Amirul ..
Lama sgt dah awak tidur, dik.
Bangunlah dik .. kesian Midah. Tiga bulan lebih dah dia tunggu awak, dik. Bangunlah cepat dik … kesian sungguh pada Midah, dik .. dia tunggu awak dlm linangan air mata tau dik .. Sedihnya hati dia dik, awak tak dpt nak qamatkan baby awak tu dik … luluh hati dia tatap wajah anak tu tanpa awak di sisi dik ..

Mula Demam, Tak Sangka Suami Koma 3 Bulan. Bayi Belum Ada Nama, Isteri Setia Tunggu

Amirul ..
Awak tahu tak .. mak awak pun dah tak ada tau. Kakak awak, Intan tu … tak sampai hati nak bagi tau awak, dik. Mak awak dah pergi .. setelah genap seminggu dia jaga awak kat wad dulu . Kakak awak takut awak sedih kalau tau semua tu, dik. Awak tu bukan hanya kesayangan mak awak .. tapi awak juga kesayangan kakak awak.

Amirul ..
Awak tahu tak .. sejak awak kat wad .. hari-hari kakak awak pergi tengok awak tau , dik. Sbb awaklah satu-satunya adik dia .. kesian dia tau. Dia trauma sgt tau .. Dia takut nanti awak pun tinggalkan dia juga ..

IKLAN

Amirul ..
Awak bangunlah ya dik .. baby gurl awak belum ada nama .. Midah kata .. dia tunggu awak balik utk letak nama kat anak dara awak tu. Kami dah beli semua keperluan baby gurl awak tu dik .. cantik tau dik …

Amirul ..
Awak lelaki yg baik dik .. susah nak jumpa lelaki mcm awak dik. Dalam usia muda .. awak korbankan masa muda awak .. kawin dgn Midah yg dah janda anak dua tu .. Awak baik tau dik .. kami sgt kagum dgn awak, dik ..

Amirul ..
Kuatlah dik ya .. bangunlah dik yaa .. kami mendoakan kepulanganmu ke pangkuan keluargamu .. cepatlah sembuh ya dik …

IKLAN

Semoga Allah permudahkan segala urusan ke atas Mohd Hisham Ammrirul Rahim dan sembuhlah dia seperti sedikala hendaknya …

Kredit: Natipah Abu

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI