Secara normalnya, gigi pertama bayi akan mula tumbuh ketika usianya masuk 6 bulan. Gigi pertama biasanya akan tumbuh di tengah bahagian bawah, gigi lain akan tumbuh mengikut perkembangan usia mereka. Tapi, macam mana pula kalau dah masuk 9 bulan, gigi bayi masih belum tumbuh? Adakah normal?
Kredit: Freepik
Apabila masuk usia 9 bulan, mama mungkin akan nampak tanda-tanda perkembangan anak yang semakin pesat, termasuk pertumbuhan gigi pertama. Namun jika gigi pertama anak tidak muncul-muncul sehingga usianya 9 bulan, mama tentu risau kan? Ikut penjelasan ini.
Faktor Penyebab Bayi 9 Bulan Belum Tumbuh Gigi
Waktu pertumbuhan gigi setiap bayi tentunya tidak sama, ada bayi yang sudah tumbuh gigi di usia 6 bulan malah ada juga yang giginya sudah ada sejak lahir (natal teeth), tetapi ada juga yang masih belum tumbuh gigi walaupun sudah mencapai usia 1 tahun.
Kredit: Freepik
Ada beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan waktu tumbuh gigi pada bayi termasuk belum tumbuhnya gigi pada usianya 9 bulan, antaranya:
1. Faktor genetik
Faktor genetik berperanan besar dalam menentukan cepat atau lambatnya pertumbuhan gigi pada bayi. Jika mama atau ahli keluarga memiliki sejarah lambat tumbuh gigi, maka kemungkinan besar anak anda juga akan mengalami hal demikian.
Begitu juga sebaliknya, jika mama atau ahli keluarga mempunyai sejarah pertumbuhan gigi yang cepat, maka anak anda mungkin juga akan mengalami pertumbuhan gigi yang cepat.
2. Cedera pada mulut bayi
Faktor lain yang juga penyebab gigi lambat tumbuh antaranya trauma fizikal atau cedera pada mulut. Cedera teruk pada kawasan mulut dan wajah mungkin akan mengganggu proses pertumbuhan gigi anak anda.
3. Kekurangan nutrisi
Bayi yang kekurangan nutrisi juga cenderung mengalami keterlambatan pertumbuhan gigi. Tidak hanya gigi, kekurangan nutrisi juga dapat mengganggu banyak aspek pertumbuhan dan perkembangan bayi.
4. Penyakit tertentu
Dalam kes yang jarang terjadi, terlambatnya pertumbuhan gigi pada bayi 9 bulan disebabkan oleh keadaan tertentu, seperti berat badan bayi yang terlalu rendah, hipotiroidisme, dan anodontia.
Tanda-Tanda Jika Si Kecil Akan Tumbuh Gigi?
Kebanyakan ibu bapa muda mungkin kurang jelas bagaimana untuk memantau pertumbuhan gigi anak. Untuk memudahkan anda, cuba perhatikan beberapa tanda berikut yang biasanya terjadi kepada si kecil, seperti;
-Mengeluarkan air liur lebih banyak.
-Menggigit barang-barang yang ada di sekitarnya.
-Gusi membengkak.
-Nafsu makan berkurang.
-Merenggek, sukar tidur
-Demam.
Perlu diingat, tanda-tanda pertumbuhan gigi yang ditunjukkan oleh setiap bayi biasanya berbeza-beza. Malah ada juga yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk gigi tumbuh. Keadaan ini juga normal dan tidak perlu bimbang.
Biasanya, bayi 9 bulan yang belum tumbuh gigi masih dalam kategori normal. TETAPI jika gigi pertama bayi masih belum kelihatan lagi sehingga usia mencecah 18 bulan, segera mendapatkan nasihat pakar dan mencari punca penyebab.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya selepas menyusu lidah bayi akan kelihatan putih akibat sisa-sisa susu yang melekat. Jika dibiar tidak dibersih boleh menyebabkan jangkitan kulat susu pada lidah dan membuatkan bayi rasa tidak selesa/sakit untuk menyusu.
Sebab itulah ibu disarankan untuk sentiasa membersihkan mulut bayi selepas menyusu. Paling kurang sehari sekali yang disarankan oleh doktor gigi. Cara membersihkan lidah bayi dengan menggunakan kain napkin dan air suam. Bersihkan sehingga hilang warna putih pada lidah bayi dan gusi.
Namun tular satu posting dimana ada ibu yang berkongsi cara membersihkan lidah bayi menggunakan air kencing bayi. Perkongsian tersebut mendapat riaksi daripada ramai pakar antaranya Dr. Muhammad Izzat, Pakar Kesihatan Wanita & Kehamilan.
Ni namanya oral thrush – kulat dalam mulut. Orang melayu panggil kulat susu. Kenapa namanya kulat susu? Sebab keadaannya macam warna susu, tapi ianya bukan disebabkan oleh susu.
Kalau kite lap bahagian putih2 tu kalau hilang putih tu, tu bukan kulat. Tapi sebaliknya ianya adalah lebihan susu. Maka boleh lap bersih guna kain napkin yg bersih.
Kalau dah cuba lap, tapi tak ilang-ilang gak putih-putih tu, bukan la disebabkan susu. Tu disebabkan oleh kulat. Kulat dalam mulut ni biasa sangat berlaku, 1 dalam 20 babies. Biasa jumpa kat baby berusia 4 minggu, kadang-kadang baby besar sikit pun boleh ada. Baby yg tak cukup bulan lahir sebelum 37 minggu lagi senang dapat kulat mulut ni.
Disebabkan kulat mulut ni tak berbahaya, maka selalunya tk payah buat pape. Pastikan mulut sentiasa bersih je lepas menyusu. Nanti dia hilang sendiri. Cuma kulat mulut ni kadang-kadang boleh sebabkan baby sakit dalam mulut dan taknak menyusu, ni kena jumpa doktor untuk pemeriksaan. Ada ubat antikulat boleh sapu dalam mulut – ni kena jumpa Dr.
Baby yg ada kulat mulut ni boleh pindahkan jangkitan kulat kat puting mak, kalau baby menyusu badan. Kalau puting mak dah merah, berdarah, bengkak, sakit perlu jumpa Dr untuk rawatan.
Yang pastinya, rawatan untuk kulat mulut baby ni BUKAN sapu air kencing baby tu sendiri dalam mulut. Jangan mengarot !
Minggu ke-36 dah berlalu tapi bayi masih songsang. Paling banyak yang difikirkan ialah kaedah bersalin, normal atau caesarean?
Menurut Dr Norleen Salleh, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.
Lazimnya doktor akan mendiagnosis kandungan berada dalam keadaan songsang apabila menjelang minggu ke-36 melalui ujian imbasan. Pengesahan pada waktu ini agak membimbangkan kerana bayi semakin membesar dan agak sukar untuk bergerak dan mengubah kedudukan kepalanya ke bawah.
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
Kedudukan bayi yang songsang boleh diubah dengan cara tertentu bergantung pada keadaan ibu, bayi, tali pusat dan uri. Prosedur External Cephalic Version (ECV) iaitu proses memusingkan kepala bayi ke bawah boleh dilakukan pada minggu ke-32 hingga 36 di hospital oleh doktor pakar yang mahir dengan menggunakan bantuan pengimbas ultra bunyi untuk melihat kedudukan uri, tali pusat dan anggota badan bayi.
Alat untuk mengukur degupan jantung bayi turut digunakan untuk mengetahui tahap kesihatan bayi. Ramai yang mengatakan prosedur ini menyakitkan dan ia mempunyai risiko yang tertentu. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mencetuskan kontraksi dan menyebabkan kelahiran.
Urutan tradisional dilarang sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada uterus, putus tali pusat, uri lekang, tumpah darah, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.
Ibu juga boleh berusaha dengan mengamalkan kedudukan bersujud (kedudukan melutut dan kepala direndahkan). Tarikan graviti boleh membantu menggerakkan kepala bayi ke bawah. Kedua-dua cara iaitu prosedur ECV dan bersujud boleh dilakukan namun peratusan berjaya adalah rendah sekiranya tali pusat bayi pendek atau berbelit.
Tidak semua kandungan songsang boleh dilahirkan melalui cara normal. Pembedahan Caesarean adalah alternatif utama. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kelahiran normal melalui serviks yang dibolehkan oleh para pakar perbidanan.
Perlu difahami bahawa kelahiran bayi songsang dengan kaedah normal mempunyai risiko komplikasi tali pusat (cord accident) seperti cord prolapse iaitu tali pusat yang terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi.
Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan tali pusat tidak berfungsi dengan baik dan bayi berkemungkinan tidak mendapat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Tali pusat juga boleh menjerut leher bayi dan boleh menyebabkan bayi lemas. Risiko tali pusat berpintal juga perlu diambil kira.
Selain itu, kedudukan kepala bayi di atas juga boleh menyebabkan ia tersangkut di saluran serviks. Hal ini kerana bahagian kepala adalah yang paling besar boleh menyebabkan asphyxia (lemas) yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian.
Menurut Dr Norleen, doktor yang merawat akan memberikan kaunseling pasangan terbabit tentang cara terbaik yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan dan situasi semasa. Alternatif melahirkan terbaik bagi kehamilan songsang ialah pembedahan caesarean. Pembedahan ini akan dicadangkan apabila kehamilan mencecah usia minggu ke-37 di mana bayi telah matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja bergelar ibu pada Selasa lalu, kini peminat sudah mula tidak sabar menantikan Mira Filzah dan suaminya berkongsi wajah anak kesayangan mereka di Instagram.
Pun begitu, menerusi Insta Story Mira malam tadi, akui Mira dia dan suami masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru malah masih kepenatan melalui rutin baru itu.
Malah kongsi Mira lagi yang kini masih berada di hospital, dia memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap kiriman mesej di aplikasi Whatappsnya kerana masih kepenatan dan memberi keutamaan kepada bayinya.
“Dua-dua penat. Will keep on updating from time to time (Inshallah) bila everything dah slowly on track.
“Mira tak dapat lagi nak reply WhatApps and DMs satu persatu. Sorry tau.
“Thanks you for all the duas. Good night everyone,” tulis Mira berkongsi.
Meninjau di Instagram Wan Emir, suami kesayangan Mira yang kini sudah pun bergelar bapa turut meluahkan penghargaan kepada semua yang turut mendoakan isteri dan anaknya.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai pastinya perkongsian gambar Emir yang sedang memangku anak lelaki mereka di samping gambar Mira yang tersenyum riang.
“Emir & Mira (dan 👶🏻❣️) ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan🌷
“And an endless love and thanks to Ibu Papa & Mak Abah for showing us what it means to become a good parent — nilai pengorbanan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya.
“Moga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb. Bismillah,” kongsinya lagi.
Selamat berpantang dan semoga Mira cepat-cepat sihat.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!