Semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Tiada seorang pun minta untuk dilahirkan tak sempurna. Anak yang dilahirkan istimewa ini sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa untuk hidup.
Itulah luahan Dr Atiyah Azmi, anak kepada Prof Dr Muhaya di laman instagram miliknya, itulah moto kehidupan Muhammad sejak dalam rahim mamanya ketika dalam kandungan. Walaupun Muhammad menghadapi pelbagai cabaran kesihatan dilalui, dengan rahmat Allah, Muhammad berjuang dengan penuh semangat.
Melalui perkongsiannya, meskipun Muhammad belum menunjukkan kemajuan untuk duduk dan angkat kepala sendiri, namun boleh lihat usaha dan semangatnya untuk berbuat demikian bila meniarap dan berusaha untuk praktis dengan lebih lama.
Malah, Muhammad juga seperti bayi biasa, pantang bila dengar orang ketawa atau cakap kuat sedikit, Muhammad juga akan kuatkan suara sebagai tanda membalas respon mamanya.
Dr Atiyah juga selitkan pengajaran yang perlu diambil oleh orang ramai, bagi yang sedang tertekan dan murung, ingatlah kembali diri tentang apa tujuan dilahirkan, teruskan maju menjalani kehidupan dengan harapan dan berkejar berbuat kebaikan kerana tidak ada seorang pun tahu bila masa mereka akan tamat sebelum ke alam kekal abadi.
Ads
Semangat untuk hidup… Rasanya itulah moto kehidupan Muhammad, sejak dalam rahim Mama Tiyah dapat rasakan anak yang dikandung ni punya semangat yang tinggi. Walau pelbagai cabaran kesihatan yang dilalui, dengan rahmat Allah.. Muhammad berjuang dengan penuh semangat. Walaupun Muhammad belum dapat duduk dengan sendiri, kepala nak angkat sendiri namun nampak usaha dan semangat Muhammad untuk angkat kepala bila meniarap dan berusaha nak biar lama. Bila dengar orang ketawa atau cakap kuat sikit, Muhammad pun juga akan kuatkan suara ? tanda membalas kami. Allahuakbar. Bismillahi MasyaAllah. Memang luar biasa semangat anak-anak istimewa, anak syurga ni. Kita je yang juga datang dari syurga, dah terlupa dan alpa dengan hal dunia. Rasa tertekan dengan hal dunia dan kehidupan yang tidak akan henti. Sedangkan mereka yang diberi mata hati yang terang, menjalani kehidupan setiap hari dengan penuh yakin akan dicukupkan rezeki, mendapat rahmat Allah dan tenang serta redha dengan situasi diri. Jika ada yang sedang tertekan dan murung, ayuh ingatkan diri kembali tentang apa tujuan kita dilahirkan. Renungkan berapa lamakah masa yang kita ada? Jom kita terus maju menjalani kehidupan dengan harapan dan berkejar berbuat kebaikan. Kerana tidak ada seorang pun yang tahu bila masa mereka akan tamat… untuk memasuki alam yang kekal abadi. ❤️ Coretan Mama Tiyah
Bagi ibu bapa yang dianugerahkan anak-anak istimewa ini, jangan pernah berputus anak untuk mendidik dan melayani anak anda. Anggap Tuhan sangat menyayangi anda sehingga menurunkan ujian yang begitu bermakna buat ibu bapa. Pa&Ma kongsikan tip untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa:-
#1 Kekal Positif Dalam Mendidik Anak-Anak Istimewa
Ads
Anak-anak istimewa sama juga seperti anak-anak biasa, sepanjang perjalanan membesar ada proses pembelajaran yang tertentu. Jika ibu bapa terapkan positif untuk anak-anak, InsyaAllah mereka turut rasa positif ibu bapa dan perkembangan mereka juga akan semakin baik.
#2 Jangan Malu Dengan Anak Anda
Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini mengalami kesukaran dan rasa rendah diri untuk membawa anak keluar. Ini kerana mereka khuatir orang ramai merendahkan dan pandang aneh anak mereka. Bangkit ibu bapa semua! Sebenarnya anda perlu berbangga kerana anda diuji sebegini. Malah anda perlu mengambil langkah jujur untuk menerngkan situasi anak kepada orang ramai supaya mereka peka dengan dunia sebenar.
Ads
#3 Berikan Kebebasan Untuk Anak Bergaul
Ini juga menjadi masalah terbesar untuk ibu bapa. Disebabkan anak-anak ada kekurangan, mereka menyekat untuk anak-anak berkomunikasi dengan orang lain. Jika begitu, sampai bila-bila mereka tidak akan berkembang. Kan? Ibu bapa boleh berikan mereka kebebasan untuk berkawan, tetapi anda jangan pernah lepaskan mereka dari pantauan anda.
#4 Tetapkan rutin yang konsisten
Misalnya waktu makan, bermain dan tidur. Dengan mengekalkan rutin ini, mereka lebih peka dengan apa yang perlu mereka lakukan untuk kehidupan seharian mereka. Malah, ini juga akan mengajar mereka untuk lebih berdisplin dalam menguruskan perihal diri.
Orang kata doa ibu itu tiada hijabnya. Doa seorang ibulah paling mujarab, kerana ibu telah mengandungkan dan melahirkan anak. Pengorbanan yang tiada gantinya.
Rugi kalau ibu-ibu tidak menadah tangan memohon doa dari-Nya buat anak-anak. Doakan anak-anak setiap hari tanpa jemu agar mereka berjaya dunia dan akhirat, agar mereka bahagia selamanya. Amalkan doa ini sebelum tidur.
Sebelum tidur, doakan untuk anak-anak
Sebutkan nama anak satu-persatu
Doa ibu, kebahagiaan anak-anak
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini. Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone. So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini pelakon Mawar Rashid dikecam netizen hanya kerana dia memuat naik video bersama anak tirinya di Instagram dengan kapsyen My Lil Raden, you’re the sweetest! Just like your papa.
Ada netizen yang mempertikaikan mengapa dia memanggil anak tirinya sebagai ‘my little Raden’ kerana Mawar bukan ibu kandungnya.
Pelakon yang popular dalam drama Tundukkan Playboy Itu akhirnya membuat post reply dalam Instagramnya bagi berkongsi luahan hatinya agar tidak menimbulkan salah faham di kalangan netizen.
Menurut Mawar dia memang jujur dan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya dan menjadi caranya untuk berkongsi gambar atau video dan meluahkan perasaan cinta dan sayangnya terhadap individut tersebut terutamanya anak-anak tirinya.
Malahan pelakon cantik ini sudah menganggap anak-anak tirinya seperti anak kandung sendiri.
“Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan diantara anak kandung saya dan anak-anak tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata dan adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian.”
Mawar memberitahu dia menggunakan laman Instagram sebagai satu galeri albumnya untuk menyimpan kenangan terindah bersama orang tersayang.
“Seperti mana saya post tentang suami saya, tentang ibu dan ibu mertua saya, keluarga saya dan keluarga Raf juga. Tiada niat yang lain selain itu. Kerana cara saya, saya akan menyimpan kenangan yang membahagiakan saya.”
Sangat Hormat Ibu Kandung Anak-Anak Tirinya
Sebagai anak yang turut dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, aktres berusia 23 tahun ini amat memahami perasaan mereka.
Mawar cukup memahami perasaan seorang ibu tunggal dan menghormati bekas isteri suaminya, Maria Suleiman.
“Saya tahu ibu kandung kepada anak-anak tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang single mother yang cekal dan anak-anak ini lah dunia akhiratnya, sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak-anak ini seperti anak saya sendiri.”
“Dan apabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak-anak saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati ibu kandungnya. Saya amat menghormati ibu kandung anak-anak saya ini.”
Mummy saya juga seorang single mother dari saya berumur 5 tahun, saya memahami perasaan seorang single mother. Dan saya tahu betapa payahnya membesarkan anak-anak sebagai single mother.
Mummy saya menjaga kami 7 orang adik-beradik, tanpa bantuan sesiapa. Susah payah and pahit getir mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Adik ipar kepada Dato Fazley Yaakob ini turut melahirkan kesyukuran dan rasa bangga kerana suaminya Raf Yaakob telah menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anaknya dengan hebat sekali.
“Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kerana dia menyayangi mereka dengan sepenuh jiwa dan raganya. Dan dia sentiasa meletakkan mereka lebih dari segala-galanya.
Alhamdulillah. Semoga kami sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. InsyaAllah, Amin.”
Pasangan sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu.
Setiap perkahwinan yang dibina menjadi bukti cinta antara pasangan suami isteri. Namun masih ramai lagi yang tak memahami satu sama lain sehingga ada je yang tak puas hati.
Kita kena faham pasangan kita bukanlah datang dari latar belakang yang sama. Masing-masing ada cara tersendiri. Jadi nak tak nak, kita mesti terima. Jika ada kekurangan, tegurlah elok-elok. Itu semua akan dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, setiap suami dan isteri, Tuhan memberikan satu bekal untuk dia bawa sepanjang hidup berumahtangga ini.
Suami, Tuhan beri sabar.
Isteri, Tuhan beri redha.
Nak menjadi suami yang sabar, memang Tuhan hadirkan isteri bersama sikapnya yang cukup mencabar.
Nak menjadi isteri yang redha pula, memang Tuhan berikan suami yang sangat menguji iman dan jiwa.
Kalau suami mahu belajar sabar, maka jiwa dan hatinya sebagai suami akan perlahan-lahan di bina dan akhirnya dia benar menjadi suami yang paling baik buat anak isterinya.
Kalau isteri mahu belajar redha, maka perlahan-lahan jiwa dan hati seorang isteri hidup dan terus kuat menghadapi apa pun yang datang dari suami.
Itulah hasil dari mereka yang menjadi suami isteri. Bukan hanya menjadi wanita dan lelaki.
Rumah tangga adalah tempat proses untuk menghasilkan manusia yang hamba. Yang memberi lebih dari meminta.
Yang kuat dengan Tuhannya. Yang mahukan syurga. Yang menangis dengan dosa.
Bukan yang riang berlari-lari di tepian pantai dan mengira bulan bintang sahaja.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.