Kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd. Noor berasa sedih apabila ramai generasi muda sekarang tidak fasih berbahasa Melayu dengan baik.

Sehubungan itu, bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku kepada putera kesayangannya, Jebat Jayden, Noor Nabila menerapkan penguasaan bahasa Melayu sejak kecil.

Nabila Lebih Selesa Jebat Cakap Melayu, Tahu Loghat Kelantan & Pulau Pinang

Katanya, adalah menjadi satu perkara yang pelik sekiranya seseorang itu tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Muka Melayu tapi cakap pelat, tak naklah begitu. Bahasa Melayu kan bahasa kita.  Tak pandai cakap Melayu, pelik sebenarnya. Perlu tahu cakap Melayu dan itu cara saya besarkan anak. Apabila saya jumpa ramai anak-anak tak boleh berbahasa Melayu, saya berasa sedih.

Nabila Lebih Selesa Jebat Cakap Melayu, Tahu Loghat Kelantan & Pulau Pinang

“Untuk Jebat juga, perlu tahu cakap (loghat) Kelantan dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ikut bapa dia (Sharnaaz).

“Nanti dia dah masuk sekolah, dia akan cakap bahasa Inggeris. Sharnaaz pun pilih cara begini,” kata Noor Nabila, 38.

IKLAN

Nabila Lebih Selesa Jebat Cakap Melayu, Tahu Loghat Kelantan & Pulau Pinang

Melentur buluh biarlah dari rebungnya dan itulah yang dipraktikkan Noor Nabila demi memastikan Jebat Jayden mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

“Kita memang cakap Melayu di rumah. Adik-beradik di rumah pun cakap Melayu. Mak cik dia cakap bahasa Inggeris tapi kebanyakan masa, Jebat memang cakap bahasa Melayu.

Nabila Lebih Selesa Jebat Cakap Melayu, Tahu Loghat Kelantan & Pulau Pinang

IKLAN

“Faliq (adik bongsu) masa kecil cakap Melayu tetapi sekarang apabila dah masuk sekolah, dia secara automatik cakap bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap Melayu langsung.

Nabila Lebih Selesa Jebat Cakap Melayu, Tahu Loghat Kelantan & Pulau Pinang

“Jadi, saya tak nak (Jebat) jadi begitu. Saya tak nak dia mahir berbahasa Inggeris tetapi tak tahu berbahasa Melayu. Tak boleh. Sebaiknya biarlah seimbang,” ujarnya lagi.

Kredit: Kosmo

IKLAN

Nabila Lebih Selesa Jebat Cakap Melayu, Tahu Loghat Kelantan & Pulau Pinang

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI