
Hari pertama persekolahan memang penuh debaran bukan saja buat anak-anak, tapi juga ibu bapa. Suasana pagi yang sibuk, wajah-wajah kecil yang masih mengantuk, beg sekolah baru, dan harapan besar untuk tahun yang lebih baik.
Menariknya, sesi persekolahan 2026 kali ini jadi lebih bermakna apabila penyanyi popular, Nabila Razali atau mesra disapa Bella, meluangkan masa menyantuni warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jasmine, Kajang sekitar jam 10 pagi.
Kehadirannya disambut meriah oleh pelajar, guru serta kakitangan sekolah sekali gus menceriakan suasana hari pertama sekolah dengan aura positif dan penuh semangat.
Dalam kunjungan istimewa itu, Nabila Razali
turut mempersembahkan lagu terbaharunya, #BalasBaik, sebuah karya yang sarat dengan mesej kebaikan, empati, hormat-menghormati dan saling menghargai.Lagu yang berwarna-warni dan mudah difahami itu ternyata dekat di hati kanak-kanak, malah sesuai dijadikan medium pendidikan nilai murni.
Menurut Nabila, hari pertama sekolah adalah permulaan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
“Hari pertama sekolah adalah permulaan baharu yang sangat penting, terutamanya buat adik-adik yang sedang membina jati diri dan masa depan mereka. Saya berharap lagu #BalasBaik dapat menjadi peringatan bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil, mampu memberi kesan besar kepada orang lain.”
Tambahnya lagi, sekolah merupakan tempat terbaik untuk menyemai nilai empati, toleransi dan kasih sayang sejak usia muda.
“Kalau kita dibiasakan untuk membalas sesuatu dengan kebaikan, saya percaya persekitaran sekolah dan masyarakat akan jadi lebih harmoni. Itu juga mesej utama yang ingin saya sampaikan melalui lagu ini.”
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila Razali turut meluahkan rasa teruja melihat semangat anak-anak sekolah.
Menjengah ruangan komen, ramai ibu bapa meluahkan rasa gembira melihat impak positif lawatan tersebut terhadap anak-anak mereka.
Antara komen yang mencuri perhatian:
Jelas sekali, kehadiran Nabila Razali bukan sekadar hiburan semata-mata, malah memberi kesan emosi dan motivasi kepada kanak-kanak.
Inisiatif ini membuktikan bagaimana seni dan muzik boleh digunakan sebagai platform pendidikan yang berkesan bukan hanya untuk menghiburkan, tetapi juga membentuk nilai dan karakter generasi muda.
Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar, guru dan kakitangan sekolah, meninggalkan kenangan manis buat semua yang terlibat.
Artikel ini membuktikan bahawa lagu #BalasBaik oleh Nabila Razali bukan sekadar karya seni, tetapi juga satu inisiatif mendidik generasi muda untuk terus membalas kebaikan dengan kebaikan.
Sumber: IG Nabil Razali & Harian Metro