“Bukan tak nak ajar anak masak, tapi tulah, tengok dapur berkecah sana sini rasa sakit mata”. Begitu rungutan ibu tatkala anak mahu bersama-sama memasak. Sesekali apa kata kita abaikan dapur yang kotor dan berkecah ini. Banyak manfaat dan kelebihan pada anak yang tak pernah kita jangkakan.

Malah menurut Pn Wawa Shauqi, penulis keibubapaan, memasak bukan sekadar bonding sahaja bahkan anak boleh belajar pelbagai perkara mengikut peringkat umur mereka.

Nak Ajar Anak Masak Tapi Risau Dapur Berkecah, Kotor Sikit Je, Asal Anak Dapat Pengalaman & Ilmu!


Kelmarin, saya up satu gambar di story. Anak saya yang ni sedang ayak tepung. Bersepah-sepah tepungnya. Kemudian, ada beberapa orang pm saya. Lebih kurang begini katanya.

“Ya Allah Puan. Saya tak boleh tengok anak buat sepah gini. Nanti saya yang jadi rimas.”

Bertenang. Awak normal. Saya pun gitu. Tapi itulah. Saya ni malas wak.

Bila saya tengah mood nak memasak, saya malas nak cari masa extra untuk buat aktiviti lain dengan anak. Jadi solusinya, saya ajak anak buat kerja sekali.

Nak Ajar Anak Masak Tapi Risau Dapur Berkecah, Kotor Sikit Je, Asal Anak Dapat Pengalaman & Ilmu!

Memang bila ajak anak memasak sekali, kerja jadi lagi lambat. Dapur akan jadi lagi berkecah. Tapi bila difikirkan balik, saya dapat 2 in 1. Selesai kerja rumah. Bonding time dengan anak pun dapat! Kan dah jimat masa.

Takut berkecah? Alah wak. Bukan susah mana pun. Anak buat kecah kat satu tempat tu je. Dah setel, kutip peralatan lain, kemudian lap mana yang berkecah.

Kutip dengan lap tu tak sampai 5 minit pun sebenarnya! Kita je kadang takut terlebih. Jadi kalau kita mula buat kerja, anak sibuk nak capai juga perkakas masak kita, jangan sesekali halau dia pergi.

Nak Ajar Anak Masak Tapi Risau Dapur Berkecah, Kotor Sikit Je, Asal Anak Dapat Pengalaman & Ilmu!

IKLAN

Ajaklah buat kerja bersama. Banyak sangat manfaat anak boleh dapat tau!

1. BELAJAR AMBIL GILIRAN
Budak sekarang tak ramai yang ada skill ni. Mana yang suka potong cakap orang, suka berebut mainan, suka potong barisan, haaa… Inilah masanya nak faham konsep ‘giliran’.

Saat kita tunjuk kat anak cara potong sayur (contohnya), saat tu dia dah belajar untuk memerhati sebelum ambil giliran buat sendiri. Lagi baik kalau proses melibatkan adik beradik yang lain. Jadi mereka belajar, sebenarnya tak perlu berebut pun bila buat aktiviti bersama.

2. SELF ACTUALIZATION
Anak akan rasa diri sangat bernilai bila kita beri mereka peluang buat kerja rumah. Rasa diri berfungsi inilah yang meningkatkan motivasi anak untuk addict buat kerja rumah tanpa disuruh.

3. TAMBAH VOCAB
Untuk anak yang vocab kurang, inilah peluang untuk mereka tambahkan vocab. Secara tak langsung, mengurangkan risiko speech delay.

“Ini serai. Se… Rai!” Lagipun, taknak jadi macam pak-pak engkorang. Dah tua, tapi halia dengan kunyit dan daun inai dengan daun kari pun tak tau beza!

4. MERANSANG KOMUNIKASI
Anak zaman sekarang sangat sinonim dengan masalah communication breakdown. Sebab jarang sangat ada peluang berkomunikasi.
Bila masak tu, cuba cakap dengan anak macam kita ni chef yang bercakap depan kamera.

IKLAN

“Sekarang kita masukkan garam. Kemudian gaul, gaul dan gaul.” Sesekali, dapatkan respon anak. Bagi mereka pun ikut buka mulut.

Nak Ajar Anak Masak Tapi Risau Dapur Berkecah, Kotor Sikit Je, Asal Anak Dapat Pengalaman & Ilmu!

5. MERANSANG DERIA
Sensory play untuk otak bijak? Inilah masanya! Beri anak teroka bahan masak. Ambil serai, bau. Ambil lemon, jilat. Ambil ikan, sentuh sikit sisik dia. Tak pun korek mata dengan mulut ikan tu. Tapi jangan ambil bawang, gonyoh mata pulak ya. Berpada-padalah sensory nya pun! juga.

6. MELATIH FOKUS & MENDENGAR ARAHAN
Anak yang susah fokus pun kita boleh bantu.

“Ok sekarang nak potong lobak. Tapi kena buang kulit dulu. Mana satu alat kita nak pakai?”

“Kita nak ambil bawang 7 biji, jom kira sama-sama cukup tak?”

“Waktu nak kupas ni, pegang kuat macam ni, pastikan pisau tak dekat pada tangan.”

IKLAN

Kalau takut bagi pisau, bagilah pisau plastik yang ikea-kids tu.

Nak Ajar Anak Masak Tapi Risau Dapur Berkecah, Kotor Sikit Je, Asal Anak Dapat Pengalaman & Ilmu!

7. MELATIH KAWAL BADAN
Biasa bagi anak umur 2 tahun merosakkan mainan kan. Sebabnya kawalan anggota badan masih lemah. Tuang air bersepah. Pecahkan telur, merecik satu rumah. Tapi itulah proses yang perlu dilalui anak. Jadi bila mereka dibiasakan mengendali pelbagai peralatan, lama-kelamaan, tangan mereka jadi cekap buat kerja.

Jangan lupa, bila mereka membantu, bukan hasil yang kita patut harapkan. Tapi PROSES yang mereka lalui.
Perkecilkan expectation, be easy on yourself and have fun with your kids.

Tak perlu serah kerja yang susah pun. Tolong cedokkan kunyit, koyakkan sayur, taburkan garam, kacau makanan pun sebenarnya dah cukup.Walau jantung kita rasa dicengkam melihat gulai lemak ditabur serbuk teh, kek coklat ‘dihias’ bunga lawang sesat, tapi sabar la mak, senyumlah ibu.

Mereka tak nampak salah yang mereka dah buat tapi hati mereka senyum puas dapat menghasilkan masakan hasil air tangan kalian bersama.

Bila dah tau betapa besar kebaikan yang anak dapat, kita lagi rela bagi anak pegang pisau dari bagi mereka pegang fon.
Kan?

Love,
Mak Serai, Anak Bawang.

Artikel berkaitan: Memasak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembut, Biar Dia Biasa Dengan Dapur, Banyak Kelebihannya

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI