
Kita selalu dengar pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Begitu jugalah dengan tabiat kewangan. Bila anak-anak mula belajar menabung sejak kecil, mereka bukan sekadar mengumpul duit, tetapi sedang membina disiplin, sabar dan rasa bertanggungjawab terhadap masa depan mereka sendiri.
Anak-anak kita lahir dalam dunia yang penuh dengan impian besar, tapi juga cabaran yang tak dijangka. Bila mereka belajar menyimpan sejak kecil, mereka bukan sekadar kumpul duit syiling dalam tabung, tapi sedang belajar tentang sabar, nilai usaha dan rasa tanggungjawab. Ia ibarat benih kecil yang kita semai, yang satu hari nanti akan tumbuh jadi pokok kukuh untuk melindungi masa depan mereka.
Buat Anak Faham Tentang Simpanan
Lebih awal mereka faham nilai simpanan, lebih mudah mereka membina disiplin kewangan bila dewasa nanti. Anak yang tahu menghargai wang akan lebih bijak membuat keputusan, lebih berani melangkah dan lebih yakin menguruskan impian mereka.
Sebagai ibu bapa, kita boleh jadi pencetus kepada langkah besar ini. Salah satu cara paling mudah dan bijak adalah melalui pelaburan sejak kecil. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), baru-baru ini memperkenalkan program ASNB Bijak yang direka khas untuk pelabur muda.
Seronok menyimpan untuk capai impian si kecil
ASNB Bijak bukan sekadar akaun simpanan biasa. Ia adalah peluang untuk anak-anak kita membina asas kewangan yang kukuh sejak awal usia. Kini, semua pelabur cilik, berusia 17 tahun dan ke bawah, secara automatik dapat menyertai ASNB Bijak. Mereka bukan sahaja boleh melabur dalam mana-mana unit amanah, malah boleh menikmati pelbagai tawaran, hadiah, program yang menyeronokkan.
Malah, untuk anak-anak bukan bumiputera, mereka diberikan keutamaan untuk melabur dalam ASM 3 menyediakan peruntukan khas , inisiatif agar semua anak Malaysia boleh sama-sama merasai manfaat pelaburan jangka panjang. Bayangkan, dengan satu langkah kecil hari ini, anak kita sudah berada di laluan yang betul menuju kestabilan kewangan di masa depan.
Ajar Anak Menabung & Dapat Ganjaran!
Apa yang menjadikan ASNB Bijak menarik ialah ia menjadikan proses menabung sesuatu yang menyeronokkan. Anak-anak bukan saja dapat melihat simpanan mereka berkembang, malah mereka akan lebih teruja dengan ganjaran eksklusif seperti hadiah alu-aluan, kempen istimewa, dan pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama maskot Along Bijak yang comel dan mesra.
Ditemani Angah dan Achik, mereka kini kembali dengan misi baharu untuk membantu anak-anak Malaysia memahami pentingnya menyimpan dan menjadi celik kewangan sejak kecil.
Menariknya, Along yang dahulu terkenal sebagai maskot pendidikan kewangan kanak-kanak pada era 90-an kini muncul semula bukan sekadar untuk mengimbau kenangan, tetapi untuk meneruskan legasi mendidik generasi baharu.
Kini, Along, Angah dan Achik bersedia mengajar anak-anak kepada ibu bapa yang suatu ketika dahulu membesar bersama mereka.
Jadi Gen Bijak & Menang
Jadikan pengalaman anda melabur untuk kesayangan lebih berwarna dengan kempen “Jadi Gen Bijak & Menang”. Hanya dengan pelaburan minimum RM100, anda sudah melayakkan diri untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti pas tahunan ke Legoland, baucar buku dan barangan sukan, semuanya bermanfaat untuk seisi keluarga.
Ini bukan saja membuatkan anak-anak lebih seronok menabung, tetapi juga memberi mereka motivasi tambahan untuk konsisten dalam perjalanan kewangan mereka.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Negara Bersama ASNB
Sempena Hari Kanak-kanak sedunia pada bulan November ini, ASNB akan berkerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat kebangsaan di Stadium Merdeka pada 23& 24 November ini.
Program ini dianjurkan untuk menghargai kanak-kanak yang merupakan tunggak negara serta menghubungkan keluarga dengan kepentingan literasi kewangan.
Pelbagai aktiviti menarik bagi seisi keluarga dan ambil peluang ini untuk bawa anak-anak ke sana untuk berhibur dan berlibur, sekaligus tanamkan semangat menabung dengan cara yang menyeronokkan dan penuh kenangan indah.
Pelaburan Hari Ini, Manfaat Hari Esok
Setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak bukan hanya ketika menuntut ilmu, kesihatan, kasih sayang, dan juga masa depan kewangan yang stabil. Dengan merancang simpanan masa depan mereka sejak awal, kita sebenarnya sedang memberikan anak-anak satu hadiah yang tak ternilai iaitu keyakinan untuk menguruskan kehidupan mereka dengan lebih baik bila dewasa kelak, barulah mereka membesar menjadi Generasi Labur yang bijak mengatur kewangan.
Ibu bapa pula tidak perlu risau tentang susah nak pantau, kerana dengan aplikasi myASNB, semua urusan boleh dilakukan dengan mudah dan selesa di hujung jari.
Hari ini mungkin mereka hanya kenal Along Bijak, esok lusa mereka akan faham erti pelaburan sebenar dan menghargai usaha kecil kita yang memberi impak besar.
Mulakan perjalanan kewangan anak anda bersama ASNB Bijak, dan biarkan anak-anak melangkah dengan lebih yakin ke masa depan yang cerah.