Muslim mother and son relaxing at the home

Mendidik anak pastinya satu hal yang tidak mudah. Ikatan kuat kasih sayang antara ibu dan keluarga membuatkan anak semakin mudah diasuh. Semuanya berkat kasih sayang yang kuat. Namun bagaimana nak mendidik anak, anak sentiasa patuh dan mempunyai ikatan kasih sayang yang kuat?

Semua ini mama boleh lakukan dengan dua cara mudah untuk anak-anak kita. Perkongsian Yusniza Yaziz dan tip mudah yang dikongsikan olehnya ini mama kena cuba. Kita mungkin nampak remeh tetapi sebenarnya banyak kelebihannya. Lebih-lebih lagi bila ibu yang melakukannya sendiri pada anak-anak.

Ikat Kasih Sayang Ibu Dan Anak-anak


1. Amalkan memberi anak-anak minum air Yassin yang dibacakan sendiri oleh ibu.

2. Amalkan menyuap anak-anak makan.

Bagi para wanita yang mengamalkan Al-Mathurat setiap pagi dan petang bermakna sehari 2 kali lah dia amal surah Yassin. Jadi tak ada masalah kan nak buat air Yassin untuk beri minum anak-anak. Tak payah suruh orang lain buatkan air Yassin, para ibu boleh usahakan buat sendiri air Yassin tu dan boleh selitkan doa untuk anak-anak semasa bacaan Yassin tu.

IKLAN

Bukankah doa seorang ibu adalah doa mustajab buat anak-anaknya? Ambik peluang tersebut wahai para ibu. Suburkan kasih sayang anak-anak dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran supaya anak-anak taat dan baik akhlak.

Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang, Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan!

Amalkan menyuap makanan ke mulut anak-anak. Yang kecik selalunya memang ibu suapkan. Walaupun ada anak yang dah besar dah pandai suap makan sendiri, ibu cuba usahakan menyuap makanan walaupun sesuap dua ke mulut anak tersebut.

Kita ingat balik orang tua-tua kita dulu sepinggan nasi digaul bersama kemudian mak akan suap nasi tersebut ke mulut anak-anak makan sama-sama. Kalau ada 6 orang anak, 6 orang anak lah duduk bersila makan sekali, mak suap nasi sorang demi sorang dari sepinggan nasi tadi.

IKLAN

Kesannya , kasih sayang antara ibu dan anak-anak tu kuat sehinggalah anak-anak besar dan ada kehidupan masing-masing. Kasih sayang antara adik beradik pun kuat. Tak ada nak bermusuh adik beradik.

Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang, Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan!

Tak ada nak berdengki sesama adik beradik. Sebab dari kecil mak dah ajar susah senang sama-sama, makan sama-sama. Jadi kasih sayang antara ibu dan anak-anak dan sesama adik beradik tu jadi kuat dan rapat.

IKLAN

Tak macam zaman kita sekarang. Sorang anak makan kat meja makan. Sorang makan kat depan TV. Sorang lagi makan kat luar dengan kawan. Nak duduk semeja makan sama-sama tunggu waktu sahur bulan Ramadhan saja itupun kalau bangun sahur lah.

Jadi tak hairan jika ia salah satu faktor renggang hubungan antara ibu dan anak-anak dan anak-anak tak rapat, suka bergaduh dan saling berdengki sesama adik beradik. Kita sama-sama ambil ikhtibar. Jadi ibu, cubalah usahakan suap anak-anak makan sebagai salah satu usaha mengikat kasih sayang antara anak dan ibu.

Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang, Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan!

Nak anak-anak jadi baik, jadi anak-anak soleh solehah kena bermula dengan mengikat kasih sayang seorang ibu dan anak-anak.

Kredit: Yusniza Aaziz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI