Setiap hari isteri balik dengan melangkah longlai kerana terlalu penat bekerja. Dia penat namun bila mana memikirkan kemahuan dirinya dan niat untuk membantu suami dalam menguruskan perbelanjaan rumah, isteri tegar bertahan.
Isteri terus kuat demi memberikan yang terbaik buat anak-anak. Mahu anak-anak terus merasa hidup selesa. Perkongsian Firdaus Shakirin mengenai kemahuan dan pengorbanan seorang isteri ini wajar suami buka mata. Maka hargailah isteri kita sentiasa. Dia reda bantu suami sebaiknya!
Walaupun bekerja bukan kewajipan isteri, tapi ramai isteri yang “tak berani” nak berhenti keje.
7 sebab kenapa isteri “tak berani” berhenti keje :
1. Pendapatan isteri lebih dari suami.
Barang dapur isteri beli, keperluan harian isteri beli, duit pengasuh isteri bayar, yuran sekolah isteri bayar, minyak kereta isteri isikan, bil internet, bil air, bil elektrik smua atas isteri…komitmen dan bebanan bulanan isteri tu lebih banyak disebabkan pendapatan si isteri lebih tinggi dari si suami.
2. Isteri berbelanja tak mengharapkan duit suami.
Nak beli skincare, nak beli barang kemas, nak beli tudung/baju, nak shopping online, ada duit boleh beli, tak perlu meminta-minta, tak perlu mengemis. Teringin nak makan apa-apa, boleh beli sendiri. Kos maintenance diri sendiri dibiayai oleh duit sendiri.
3. Takut menjadi beban kepada suami.
Bila dah berhenti, takut tak dapat menolong suami dengan duit. Nak beli apapun, tunggu suami yang bagi duit, kalau terlebih guna duit yang suami bagi, rasa dah menyusahkan suami atau menyebabkan suami kekurangan duit. Bila suami mengeluh tak cukup duit, rasa bersalah sebab tak boleh bantu dia.
Ads
4. Takut suami lepas tangan.
Walaupun tak patut ada mentaliti macam ni, tapi kebiasaannya setiap isteri akan fikir jugak. Hanya dia yang mengenali suaminya. Nanti kalau suami tak tunai nafkah, nanti kalau suami tak bagi duit belanja, nanti kalau suami culas tentang kewajipan dia, maka siapa yang akan tanggung keluarga, siapa yang akan beli keperluan harian dan sebagainya.
5. Isteri boleh menolong keluarganya sendiri tanpa perlu menyusahkan suami.
Nak hulur duit kat orang tua pun tak segan, nak beli apa-apa kat orang tua pun dibolehkan. Nak bawak orang tua berjalan, melancong, nak bagi duit kat adik belajar, semua guna duit sendiri dan untuk keluarga sendiri.
6. Kerjaya yang diminati / Jaminan masa depan.
Susah nak dapat keje bahagian tu dan bila dah dapat, bukan senang-senang boleh berhenti. Keje pulak bidang yang memang dipelajari dan diminati. Passion tu sentiasa ada setiap hari bila keluar pergi keje. Nanti dah tua, ada duit simpanan, ada pencen tak perlu nak harap anak-anak tanggung.
Ads
7. Suka berdikari dan ada duit/harta sendiri.
Memang sejenis yang nak ada duit/harta sendiri dan berdikari dengan kaki sendiri. Tak nak mengharapkan siapa2-siapa untuk dia menjalani kehidupan harian dia. Dia nak bekerja sebab dia ada matlamat dan impian yang ingin dicapainya.
Apapun alasan dan sebab tak nak berhenti, bila dah jadi suami isteri, dah berumahtangga, ada anak-anak, kadang-kadang kepentingan anak-anak dan famili tu bypass semua alasan dan sebab yang kita ada diatas ni.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/hanabishi-multi-cooker-with-steamer-1l-ha1330-20054952″ style=”flat” background=”#2dd6ef” color=”#ffffff” size=”6″]Hanabishi Multi Cooker With Steamer[/su_button]
Ads
Duduk berbincang dan rancang kewangan keluarga sebelum buat apa-apa keputusan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan dua anak bersendirian bukan tugas yang mudah buat Fasha Sandha. Tambah lagi dengan anak-anak yang sedang membesar dan mempunyai perangai masing-masing.
Bagaimanapun, Fasha mengakui dia sedang cuba mengajar dua orang anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima menjalani kehidupan yang lebih bersederhana dan gemar menggunakan cara lama untuk mendidik anak-anaknya.
“Saya sedang sedaya upaya untuk mengajar anak-anak menjadi sederhana sebab mereka buka mata sahaja sudah berada dalam kehidupan yang selesa.
“Tetapi saya selalu ajar mereka macam mana untuk jalani kehidupan seperti orang biasa. Kadang-kadang saya bawa mereka naik kemudahan awam seperti LRT.
“Tujuan saya nak bagi mereka rasai kehidupan sebenar kerana saya juga dari latar belakang orang biasa-biasa sahaja sebelum ini,” katanya.
Banyak Komunikasi, Hadkan Gajet
Bukan setakat menjalani kehidupan bersederhana, Fasha juga sentiasa berkomunikasi dengan anaknya.
Malah, dia hanya memberikan Rayfal dan Raysha menggunakan gajet dalam seminggu dua kali sahaja.
“Saya sentiasa lebihkan komunikasi dengan mereka seperti membaca buku cerita sebelum tidur.
“Selain itu, saya hadkan penggunaan gajet. Seminggu dua kali dan tak akan biarkan mereka guna sepanjang hari. Sehari dalam satu jam sahaja,” katanya.
Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Sumber: Mstar & Ig Fasha Sandha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya tugasan menyediakan makanan di rumah adalah menjadi tanggungjawab wanita, iaitu kaum isteri. Tetapi sebenarnya, pada pandangan mata seorang wanita melihat lelaki rajin memasak adalah lebih hot.
Lelaki rajin memasak vs bertukang
Berdasarkan satu kajian, dikatakan lelaki rajin memasak adalah lebih menarik pada pandangan individu wanita berbanding lelaki yang melakukan tugasan pertukangan atau yang bersifat kelakian.
Ini adalah berdasarkan kajian dilakukan oleh saintis daripada London ke atas 20 pasangan Australia untuk menentukan jenis tugasan apa yang boleh meningkatkan keghairahan individu wanita terhadap individu lelaki.
Responden lelaki yang terlibat dikehendaki melakukan tugasan seperti pertukangan sendiri sehinggalah kepada tugasan membuat kek, membancuh kopi serta mengisar bahan masakan. Manakala responden wanita pula dinilai dari aspek tindak balas fisiologikal, emosi dan mental.
Hasil kajian
Daripada kajian yang dilakukan, didapati sebanyak 57.5 peratus responden wanita lebih terangsang apabila pasangan mereka membancuh kopi atau membuat kek berbanding melakukan tugasan pertukangan menggunakan gerudi atau gergaji, iaitu sebanyak 55 peratus.
Individu wanita terlibat juga dikatakan lebih gembira apabila pasangan mereka memasak berbanding melakukan tugasan rumah yang lain, termasuk menggosok baju atau memasang perabot.
Kajian juga menunjukkan tujuh daripada 10 wanita lebih menyukai apabila menerima kopi yang dibancuh sendiri oleh pasangan berbanding pemberian hadiah atau pelukan kasih sayang daripada pasangan.
Apa kata pakar
Menurut pakar perhubungan dan sexologist, Dr Nikki Goldstein, beliau tidak terkejut dengan hasil penemuan yang diperolehi daripada kajian. “Sebagai wanita, saya bersetuju dengan hasil kajian.”
Walau bagaimanapun, beliau mengakui perkara ini mungkin memberikan kejutan kepada lelaki. Ini kerana kebanyakan lelaki berasa bahawa seseorang individu wanita akan terangsang dan ghairah apabila melihat lelaki melakukan tugasan berbentuk kelakian.
Bagi Dr Nikki, melihat lelaki berada di dapur dan menunjukkan tahap kreativiti mereka merupakan satu perkara yang menarik. Ia memerlukan lelaki berfikir diluar kotak dan ini sudah tentu amat menarik bagi wanita.
Lelaki boleh melafazkan ‘Saya sayangkan awak, saya peduli tentang”, tetapi apabila mereka melakukan sesuatu seperti membancuh kopi, ia menunjukkan bahawa mereka mengambil berat.
Dr Nikki menyarankan agar setiap pasangan untuk meluangkan masa bersama di dapur untuk menguatkan hubungan. Dalam masa yang sama ia membantu untuk setiap pasangan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian bersama.
Kesimpulan
Sebenarnya, individu lelaki memang merupakan antara mereka yang sangat hebat ketika di dapur. Lihat sahaja kebanyakan tukang masak sama ada di kedai makan biasa, restoran mahupun hotel, adalah lelaki.
Jadi, kaum lelaki sekalian, why not untuk anda sekali sekala menunjukkan skil memasak kepada pasangan anda? Manalah tahu ia mungkin boleh membantu mengeratkan lagi hubungan dan si dia bertambah sayang kepada anda. Tiada salahnya mencuba, bukan?
Kalau nak kukuhkan hubungan dengan anak rajin-rajinlah peluk. Sama juga dengan pasangan. Kajian dapati secara purata kebanyakan pelukan hanya sekadar 3 saat. 3 saat tidak memadai.
Nak keluarkan hormon oxytocin, mesti lebih dari 6 saat dan ke atas. Kajian yang dipetik dari Harvard Health Publishing sebut 6 saat sudah cukup power. 6 saat akan keluarkan oxytocin dan serotonin pada level maksimum. Serotonin penting untuk stabilkan mood. Oxytocin ni penting untuk bonding.
Penting untuk attachment. Penting untuk social connection. Penting untuk kuatkan sistem imun.
Lebih power lagi bila oxytocin ni boleh rendahkan jangkitan penyakit termasuklah sepsis, atherosclerosis, dan obesiti.
Nampak tak? Boleh rendahkan risiko obesiti. Mungkin ramai tak tahu oxytocin adalah antara neurohormon yang keluar ketika kita kenyang. Bila kenyang, rasa ingin makan lagi jadi kurang. Bila kurang makan, kuranglah lapisan lemak sana sini.
Oxytocin juga rendahkan tekanan darah. Kajian yang libatkan 59 wanita dapati mereka yang peluk pasangan lebih stabil tekanan darah. Berbanding dengan mereka yang sekadar sentuh pasangan mereka.
Pada ayah ibu yang ada anak autisme rajin-rajinlah keluarkan oxytocin ni. Kajian dapati oxytocin ni enhance brain function anak autisme.
Kenapa jadi begitu? Oxytocin bertindak dengan re organize brain circuit anak anak. Jadikan mereka lebih peka dengan social environment mereka. Bahasa mudahnya ialah improve social intelligence.
Jadi ayah ibu bolehlah cuba. Peluk tu panjangkan sikit. It is as simple as 6 seconds. Itu saja untuk nikmat berganda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah. Bagi Zul Hakim Zulhaimi, cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susah dan akhirnya, lebih bermakna.Kalau...