Sungguh bukan mudah nak menyusukan bayi sebaik sahaja selepas melahirkan anak. Tak semua bernasib baik mempunyai susu yang banyak. Belum habis lagi sakit bersalin terpaksa pula berjaga untuk menyusukan anak. Namun ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat ibu untuk memberikan makanan buat anak tercinta.
Doktor Redzal Zainol berkongsi pengalaman berjumpa dengan ibu yang menyusu anak di wad. Menurutnya, masing-masing ada ‘struggle’ yang tersendiri.
Ads
Memang Tak Mudah Susukan Anak Lepas Bersalin
Ada Beberapa Faktor Buat Ibu Rasa Susah Nak Menyusukan
Ads
Doktor Redzal juga sempat menitipkan pesanan agar para suami membantu isteri dalam berpantang dan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan sepanjang isteri berpantang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi impian setiap ibu berkerjaya yang menyusukan bayi untuk mempunyai pengeluaran susu yang stabil (maintain) walau pun sudah mula bekerja semula selepas tamat cuti bersalin.
“Puas sudah Anis memerah tetapi penghasilan susunya semakin sedikit. Stok susu ibu perahan menyusut ekoran pengumpulan susu di pejabat yang semakin sedikit. Dahulu boleh mengumpul 20oz sehari, kini hanya mampu mengumpul 10oz atau kurang. Anis cukup risau jika perkara ini berlarutan kerana tempoh penyusuan eksklusif kepada bayinya masih panjang.”
Mungkin ada yang mengalami situasi yang dialami Anis. Menurut kaunselor laktasi, Faliyana Muda, kebanyakan ibu mengalami masalah untuk memerah payu dara setiap tiga hingga empat jam sekali apabila mula bekerja.
KEKANGAN MASA
Ia lazimnya dialami selepas cuti bersalin kerana tuntutan tugas dan kekangan masa. Hal ini dan beberapa faktor lain berkemungkinan besar menjadi penyebab penghasilan susu oleh payudara menjadi perlahan dan sedikit.
Menyedari risiko penghasilan susu yang bakal menjunam selepas kembali bekerja ibu-ibu yang menyusukan perlu lebih kreatif dalam menangani isu ini menggunakan pelbagai kaedah.
Elakkan daripada merasa perlunya tempat spesifik untuk memerah.
Gunakan kemudahan yang ada seperti nursing cover yang boleh menutup bahagian dada ketika memerah. Maka sesi memerah tidak dirasakan sesuatu yang membebankan ibu-ibu kerana boleh memerah di mana sahaja.
Menggunakan peralatan bantuan memerah seperti Freemie iaitu alat untuk menakung susu ibu yang boleh digunakan dengan mana-mana pam yang mempunyai tubing. Dengan adanya alat ini dan pam payudara yang boleh dicas, proses memerah masih boleh dilaksanakan dengan bebas tangan semasa ibu bekerja.
Kebanyakan ibu mengalami masalah untuk memerah payudara setiap tiga hingga empat jam sekali apabila mula bekerja kerana kekangan masa & tugas.
Emosi cemas dan tertekan perlu dijauhi sebaliknya cari jalan penyelesaian dengan tenang. Misalnya sekiranya tidak boleh memerah kerana suntuk masa atau perlu berkursus, cuba cari jalan untuk melakukannya dengan cara lain. Misalnya memerah semasa berkursus tanpa perlu ke surau dengan cara memakai nursing cover, jaket atau menutupnya dengan tudung.
Lakukan stimulasi pada payudara. Perlu difahami penghasilan susu bergantung kepada supply and demand. Permintaan tinggi akan menyebabkan penawaran (penghasilan susu) meningkat. Cara untuk mengelakkan penghasilan susu ibu merudum ialah dengan sentiasa memberi stimulasi payu dara sama ada dengan menyusu secara terus ataupun memerah.
Wujudkan sesi memerah yang konsisten setiap tiga jam sekali dan jangan hanya memerah apabila merasa payudara sudah penuh. Sesi perahan yang dilakukan bukan semata-mata untuk mendapatkan susu ibu perahan tetapi adalah satu cara memberi signal kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu.
Proses untuk menghasilkan susu baru tidak akan nampak dalam jangka masa singkat. Perlu diketahui, sekiranya hari ini ibu menambah sesi perahan, peningkatan penghasilan susu tidak akan dapat dilihat keesokannya. Ia akan mengambil masa seminggu atau dua minggu bergantung kepada individu.
Dapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti suami, ibu bapa, rakan-rakan, adik beradik, pengasuh dan majikan. Beri penjelasan dan penerangan kepada orang di sekeliling supaya mereka memahami dan menyokong amalan penyusuan susu ibu yang sedang anda lakukan.
Fikirkan yang indah dan keseronokan semasa memerah. Tinggalkan segala masalah buat seketika. Relaks dan perahlah payu dara dengan gembira. Tatap gambar dan video bayi anda semasa memerah bagi membantu hormon oksitosin iaitu hormon kegembiraan yang membantu penghasilan maka susu bertambah. Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penghasilan susu merosot.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Linda Hashim telah selamat melahirkan anak ketiganya, bayi perempuan yang sangat comel pada isnin minggu lepas. Berita gembira ini dikongsi beliau baru-baru ini buat semua peminatnya menerusi akaun instagram.
Beliau yang mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Beego dikurniakan 2 cahaya mata Perempuan, Jelita Clarissa 5, dan Anggun Cassandra 3.
Salam semua..alhamdulillah cukup lah seminggu kelahiran puteri ke3 kami. Syukur ya allah kau permudahkan segala urusan kami. Sgt mudah sgt senang sangat sekejapan, dtg hospital pukul 10pagi terus ke labour check 5cm sudaa.
Golek punya golek menahan sakit sikit tup tup tgh azan zuhur dia nak keluar. keluar la si anak solehah kami ni pada pukul 1.37 tghri isnin 8-4-19 berat 3.12kg..alhamdulillah syukur sangat dgn nikmat allah ni .
Terima kasih juga kat suami yg sentiasa menemani dan membantu walau apa juga keadaan dari baby dlm perut sampai la ke pantang ni. semoga allah saja yg membalas jasa u syg @beego_linda dan kpd doctor sy dr jaafar stuff2 dari KPJ tawakal @kpj_tawakkal terima kasih atas layanan terbaik u all semua dari 1st 2nd and 3rd baby pun tetap sama je layanan baik korg tq
Tak lupa juga mak mertua sy @roshidahelias turut membantu dlm drama ni, bantu jagakan si nopal jelitanggun dgn baik tq mama. tq juga utk semua family kawan2 yg dtg visit..lohh..panjang ucapan ni mcm menang award.ok dah.. lepas ni sy bagi tau nama baby ya..stay tune.
Rata-rata netizen memuji kecomelan Indah Camella dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran bayi perempuannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru-baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
selain mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan untuk mengelakkan penularan penyakit, ibu bapa juga perlu mengambil kira pemakanan yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak agar dapat membantu sistem pertahanan badan mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan juga yang tidak berjangkit.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa jenis sayuran yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan daya tahan si kecil.
.Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.