Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad Sebelum Beli Susu Anak

Share

Mulai 31 Ogos 2025, kerajaan Malaysia memperkenalkan satu lagi inisiatif mesra rakyat iaitu Sumbangan SARA Untuk Semua, di mana setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off yang dikreditkan terus ke dalam MyKad.

Bagi ibu bapa muda, ini adalah satu berita gembira. Walaupun jumlahnya tidak besar, RM100 ini cukup bermakna boleh bantu beli susu anak, pampers, makanan bayi atau barang dapur. Yang penting, kita tahu di mana dan bagaimana nak guna, serta pastikan duit itu memang dah masuk dalam kad kita.

🪪 Ya, MyKad Anda Boleh Guna Sebagai Kad Touch ‘n Go!

Ramai yang masih belum tahu, MyKad sebenarnya ada fungsi Touch ‘n Go (TnG)

— selagi ada logo TnG di belakang kad. Jika ada, maka kad itu boleh digunakan untuk pelbagai transaksi yang menyokong sistem TnG, seperti:
  • Bayaran di kedai runcit & pasar raya

  • Tol dan pengangkutan awam

  • Mesin tambah nilai dan kiosk TnG

Untuk bantuan RM100 ini, wang akan dikreditkan ke akaun TnG yang ada dalam MyKad. Tapi sebelum berbelanja, ibu ayah perlu semak dulu baki TnG dalam kad.

Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad

Berikut langkah mudah yang boleh ibu ayah ikuti:

1. Guna Aplikasi Touch ‘n Go eWallet

Langkah ini paling cepat dan mudah jika anda ada telefon pintar:

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet dari App Store atau Google Play.

  2. Daftar dan log masuk ke akaun.

  3. Pilih menu “TNG Card”.

  4. Klik “Add New Card”.

  5. Masukkan nombor siri MyKad (MFG Number) dan nama penuh.

  6. Tekan Submit dan baki TnG dalam MyKad akan dipaparkan.

💡 Nota: Kalau tak pasti nombor MFG, boleh semak melalui laman web rasmi TnG (www.touchngo.com.my) di bahagian Card Portal.

2. Semak Di Mesin Kiosk Touch ‘n Go

Mesin ini boleh dijumpai di lokasi-lokasi berikut:

  • Stesen LRT/MRT

  • Pusat membeli-belah

  • Terminal pengangkutan

Langkahnya:

  • Letakkan MyKad di pengimbas.

  • Baki akan terpapar secara automatik.

3. Guna Mesin Tambah Nilai TnG

Terdapat di beberapa stesen minyak dan kedai serbaneka:

  • Letakkan MyKad di mesin.

  • Baki akan dipaparkan.

  • Anda juga boleh tambah nilai jika perlu.

4. Melalui Portal Web Touch ‘n Go

Untuk yang lebih selesa semak melalui komputer:

  1. Layari: www.touchngo.com.my

  2. Log masuk ke akaun anda.

  3. Pilih bahagian Card Portal.

  4. Maklumat dan baki akan dipaparkan.

🍼 Gunakan RM100 Bantuan Ini Dengan Bijak

Sumbangan SARA ini boleh digunakan untuk beli:

  • Susu formula anak

  • Lampin pakai buang

  • Makanan bayi dan makanan tambahan

  • Barang asas dapur seperti beras, telur, roti, minyak

Selagi kedai tersebut menerima bayaran melalui Touch ‘n Go, anda hanya perlu tap sahaja MyKad untuk membuat pembayaran.

Walaupun cuma RM100, ia tetap rezeki buat si kecil. Dengan perancangan berhemah, bantuan ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan harian.

Published by
Nana