Bila anak demam kita mulalah susah hati. Bukan apa, sebab anak susah sangat nak makan ubat. Nak paksa, kesian pula.
Sebenarnya ada cara dan langkah terbaik untuk pujuk anak dan cara terbaik untuk beri anak makan ubat adalah dengan cara yang dikongsikan oleh doktor kita ni, Dr Ezairy M Sallih. Mudah-mudahkan kita berjaya berikan anak makan ubat dengan aman.
6 Langkah Mudah
Mungkin ada antara anak-anak kita yang memang susah untuk makan atau minum ubat. Masalah ini biasanya lebih kerap berlaku kepada peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang mengambil berbagai-bagai alternatif bagi memastikan si anak tersayang dapat menelan ubat. Persoalannya bagaimana?
Saya akan kongsi 6 cara berkesan berdasarkan pengalaman para ibu bapa pesakit untuk kita cuba amalkan di rumah :
Ads
1. Guna picagari. Elak menggunakan sudu. Dos ubat yang diberitahu oleh doktor perlu diikuti. Justeru penggunaan syringe atau picagari adalah perlu bagi memastikan anda memberi ubat mengikut kuantiti yang betul dan ia sebenarnya jauh lebih mudah berbanding cara lain. Pastikan juga menggunakan syringe sesuai mengikut kuantiti yang akan diberi. Biasanya 3ml atau 5ml.
2. Teknik yang sesuai dan betul. Saya nasihatkan letakkan anak di dalam pangkuan. Untuk bayi atau anak kecil, pastikan mereka berada di posisi duduk atau separa duduk. Posisi baring menelentang dilihat mudah untuk memberi ubat, namun ia akan meningkatkan risiko ubat untuk masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke peparu. Ini bahaya!
Ads
3. Cari ruang dan kawasan yang tenang. Kita pun kalau nak buat sesuatu perkara perlukan ruang yang selesa. Beri ubat kepada anak pun begitu. Penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mencari ruang yang selesa dan cukup pencahayaan. Memberi ubat sama seperti memberi makan atau minum kepada anak. Sekiranya ruangnya sempit, kita juga akan cenderung memberi ubat dengan cara yang tidak betul. Kuantiti ubat yang bakal diberi juga akan terganggu.
4. Jangan paksa anak anda yang sedang meronta-ronta. Ini akan menyebabkan anak anda tersedak dan muntah. Beri peluang mereka tenang dan beri ubat.
Ads
5. Beri peluang anak pegang picagari ubat dan letakkan ke dalam mulutnya sendiri. Cara ini banyak membantu ibu bapa. Anda kemudian bantu untuk pastikan ubat dimasukkan ke mulut anak anda.
6. Minta nasihat doktor. Anda boleh minta pandangan dan nasihat daripada doktor yang memeriksa anak anda. Beritahu kepadanya bahawa anak anda mungkin jenis yang amat sukar untuk diberi ubat. Perlu dipegang tangan, kaki dan dipaksa baru boleh diberi. Doktor ini tuan puan, manusia juga. Kami akan cuba beri ubat yang paling sesuai dari segeri kekerapan, kuantiti dan jenis kepada anak dan bayi. Yang penting, komunikasi antara ibu bapa pesakit bersama doktor mesti ada.
Semoga perkongsian kali ini mendatangkan banyak manfaat. #Kongsikan kepada orang yang anda sayang.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dalam pantang mesti kita akan pakai stokin untuk elak sejuk dan badan masuk angin. Tapi sebenarnya ada jenis stokin yang boleh di pakai ketika dalam pantang. Doktor kesihatan wanita dan kehamilan berkongsi tentang stokin yang boleh dipakai oleh ibu berpantang dan bila perlu dipakai.
Pantang kan? stoking mana? Manaa?”
Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.
Betul ke?
Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.
Sekadar nak pakai stoking masa tidur utk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.
‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.
Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. Dengan stoking yg ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.
Baca betul-betul, sy cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan.
Stoking biasa yg dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja bole la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja
Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan. Jangan jatuh mcm nangka busuk dah
Meskipun hanya sembilan jam dapat bersama anak yang ‘dipinjamkan’ semula, penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad menyifatkan ia suatu ‘keajaiban’ dan anugerah ALLAH buat dirinya dan keluarga.
Shah memberitahu, semalam doktor di sebuah hospital di Seremban mengesahkan anaknya yang diberi nama Aliff Khalifah, telah meninggal dunia apabila bantuan alat pernafasan dihentikan jam 5 petang.
Namun keajaiban berlaku apabila selepas dipeluk kira-kira 10 minit, bayi berkenaan bernafas kembali.
“Doktor mengatakan oksigen bayi dah lemah…Ya masa kami tengok memang dah lemah. Jadi kami reda bayi dah tiada…
“Bangcah (Shah) dan isteri peluk untuk tatapan terakhir dan doktor yang sahkan bayi pergi jam 5pm.
“Dalam kami peluk 10 minit tiba-tiba bayi bernafas semula sehingga la kami dapat bawa bayi ke rumah. Keadaan dia lemah tetapi kuasa ALLAH,” tulisnya di Instagram.
Namun tiada siapa dapat menidakkan takdir Allah apabila Shah memaklumkan anak syurganya itu telah kembali menemui sang Pencipta pada jam 2 pagi (31 Oktober).
“Innalillahiwainnailaihirojiun, 27.10.2019 hingga 31.10.2019 jam 2 pagi. Kembalinya anak syurga. Dia nak bersama keluarga dulu… Al-Fatihah,” tulisnya.
Adalah suatu perkara biasa bila mana ada wanita hamil berasa takut atau fobia untuk bersalin. Lebih-lebih lagi jika pernah mendengar pengalaman bersalin daripada keluarga, kawan atau melihatnya di media massa dan media sosial.
Tahukah anda perasaan takut itu akan memberi kesan tidak elok kepada proses kelahiran yang bakal berlangsung? Perasaan takut menjadi mesej dan diproses sebagai ketakutan yang amat dahsyat dan memberi kesan buruk kepada emosi ibu dan bayi dalam kandungan
1. Hormon stres terhasil
Apabila perasaan takut tidak dapat dinyahkan daripada fikiran anda, sistem pertahanan badan akan menghasilkan hormon stres catecholamine.
2. Darah dan oksigen sukar melalui plasenta
Apabila hormon catecholamine dirembeskan, saluran darah di sekitar rahim akan menjadi tegang dan sempit lalu menyukarkan pengaliran darah dan oksigen ke plasenta untuk kegunaan bayi.
3.Rahim tidak berkontraksi
Kesan buruk akibat proses ini akan menyebabkan rahim tidak dapat bekerja dalam keadaan normal. Otot di kawasan rahim tidak boleh meregang lalu mengakibatkan bukaan rahim terganggu. Kesannya, anda mungkin perlu melahirkan secara pembedahan caesarean
4. Kekurangan oksigen
Kekurangan bekalan oksigen ke kawasan rahim bermaksud kekurangan bekalan oksigen pada bayi. Lalu boleh menjadi punca risiko bayi lemas sebelum dilahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.