Boleh mula pantang selepas bersalin, tak perlu tunggu balik rumah. Di hospital pun mama boleh mulakannya dengan 6 tip mudah ini.
Walau semoden mana pun, jangan abaikan fasa selepas bersalin. Penjagaan diri selepas bersalin amat mustahak dan tidak boleh diambil mudah. Sejurus selepas bersalin sebenarnya dah boleh mula penjagaan diri agar cepat pulih.
Kadangkala ibu perlu berada di hospital berhari-hari, terutamanya ibu yang melahirkan secara pembedahan. Jangan bazirkan masa yang ada. Ketika ini, ibu bolehlah mula melakukan beberapa langkah pantang yang mudah.
Suami atau ahli keluarga boleh membantu untuk melaksanakannya. Asalkan tidak mengganggu luka pembedahan, tidak meletakkan / menyapu sesuatu pada luka atau memakan herba sembarangan, ia tidak menimbulkan masalah. Yang penting anda selesa dan tenang selepas melahirkan.
#1. SAPU MINYAK HERBA
Sapu minyak herba pada kulit kepala, tengkuk, ulu hati, kaki, tapak kaki dan bahu untuk mengurangkan ketegangan urat pada bahagian terbabit selepas proses meneran atau melegakan bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan caesarean.
#2. MINYAK HERBA PADA BAHAGIAN ARI-ARI
Ads
Digalakkan menyapu minyak herba pada bahagian ari-ari (bagi ibu bersalin normal) untuk merangsang pengeluaran darah bantal dan melegakan rasa rengat.
#3. SIKAT RAMBUT RAPI & MENGIKATNYA
Menyisir rambut dengan rapi ke atas atau ikat tocang tinggi. Ini membantu melegakan dan mengelakkan rasa pening. Mama pun rasa lebih kemas.
Ads
#4. STRAP ON BINDER
Memakai bengkung lembut berpelekat (strap on binder)dengan sapuan minyak herba pada bahagian perut. Selepas bersalin, perut masih tidak kuat dan pemakaian binder ini sekurang-kurangnya memberikan sokongan pada bahagian perut.
Bagi yang bersalin secara pembedahan caesarean, anda boleh memakai bengkung lembut berpelekat tetapi pastikan ia tidak menekan bahagian luka pembedahan. Sapuan minyak herba pula hanya pada bahagian perut sahaja dan tidak perlu terkena luka pembedahan. Tapi jika ibu bersalin caeserean rasa tidak selesa memakai strap on binder, boleh langkau langkah ini.
#5. PAKAI STOKING & BAJU LENGAN PANJANG
Ads
Menyarungkan stoking dan memakai baju berlengan panjang supaya badan tidak mudah sejuk terutamanya bagi yang tidak tahan sejuk penghawa dingin.
#6. MINUM SECARA PERLAHAN
Elakkan meminum air yang sejuk atau berais. Hal ini menjadi pertikaian hebat sesetengah pihak. Tetapi terpulang kepada anda membuat pilihan, lakukanlah apa yang sesuai dengan diri anda.
Sebaik-baiknya minum air suam secara perlahan dan sedikit demi sedikit supaya perut tidak kembung. Kuantiti air tidak perlu dihadkan supaya luka cepat sembuh, perjalanan darah lancar, ibu terhudrat & menggalakkan penghasilan susu ibu.
Selepas pulang ke rumah, teruskan langkah berpantang seperti berurut, bertungku, bertuam dan sebagainya mengikut tata cara berpantang tradisional atau moden mengikut pilihan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan dan model tudung terkenal Mawar Karim memilih untuk pantang minum ais selama setahun lepas bersalin anak sulungnya Maryam, empat bulan lepas.
Nampaknya Mawar memang memilih cara berpantang orang dulu-dulu yang tidak membenarkan ibu lepas bersalin minum air ais langsung.
Walaupun ramai ibu-ibu muda berfikiran moden masa kini tak mempercayai langsung pantang larang orang tua dulu-dulu tetapi nampaknya Mawar tetap yakin memilih kaedah tersebut sebagai salah satu caranya merawat tubuh badan yang kehilangan banyak tenaga dan darah selepas melahirkan anak.
Melihat kepada fizikal Mawar yang cepat turun berat badan selepas melahirkan anak, nampaknya tak sia-sia lah dia berpantang daripada minum ais.
Sebenarnya faktor penting menyumbang proses penurunan berat badan ibu Maryam lebih pantas sudah tentu disebabkan penyusuan susu ibu secara eksklusif yang diamalkan.
Bagaimanapun isteri kepada pelakon Fizo Omar ini mengakui dia masih perlu menurunkan lagi 10 kg untuk kembali mendapatkan berat ideal seperti sebelum ini dan meminta netizen berkongsikan tips yang sesuai untuk ibu menyusu dan bersalin secara caesarean.
Nampaknya ramai ibu-ibu yang berkongsi tips untuk menurunkan berat badan yang boleh diamalkan oleh Mawar yang menyusukan anak.
Bagaimanapun kebanyakan pengikutnya kurang bersetuju jika Mawar masih hendak menurunkan berat badan kerana mereka beranggapan bentuk badannya selepas melahirkan Maryam nampak lebih cantik dan menarik serta sesuai dengan title sebagai seorang ibu.
Bahkan mereka berpesan agar Mawar terus konsisten menyusukan Maryam kerana ia adalah proses menurunkan berat badan terbaik secara semula jadi bagi semua ibu.
Nampaknya ramai betul peminat yang sayangkan ibu jelita dan sentiasa mendoakan dia terus sihat agar dapat menyusu dan membesarkan Maryam dengan sempurna.
Mawar disahkan hamil selepas tiga setengah tahun mendirikan rumah tangga dengan Fizo.
Mawar telah menjalani rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan terkenal, Datuk Dr. Hamid Arshat disebabkan masalah endometriosis dan cyst di ovari kanan.
Mawar kemudian selamat melahirkan puteri sulungnya, Maryam pada 29 Disember tahun lepas.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Daler Yusof yang menimang cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu.
Melalui perkongsian Daler, isterinya, Sakinah Barukul selamat melahirkan anak keempat melalui pembedahan selepas mengalami pendarahan pada usia kandungannya 36 minggu.
“Syukur alhamdulillah berkat doa semua di bulan Ramadan ini. Pembedahan berjalan lancar,” katanya.
Malah kongsi Daler lagi menerusi Instagramnya, anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja.
“Alhamdulillah bayi dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami bersyukur kerana menyambut kelahiran cahaya mata ini di bulan Ramadan.
“Moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat kelak,” katanya lagi.
Berkongsi kisah kelahiran anak keempatnya itu, ujar Daler, isterinya dimasukkan ke hospital selepas bayi mereka berada dalam kedudukan songsang dan mengalami pendarahan.
Terdahulu, Daler dan isteri mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun yang lalu. Pasanagn ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yusof (10 tahun) Amira (8 tahun) dan Abu Bakar (5 tahun).
Selepas lima hari berada dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal, bayi lelaki Abby Abadi yang dilahirkan tak cukup bulan seberat 540 gram kini dilaporkan dalam keadaan yang tidak berapa stabil.
Menerusi update terbaru di instagram suami Abby, Faizal Zakaria, mereka sekeluarga mengharapkan doa orang ramai untuk bagi kekuatan pada baby D agar dapat terus bertahan.
Berita ini agak menjentik hatinya dan Abby selepas doktor memanggil mereka berdua dan memberitahu keadaan terkini baby D.
Pelbagai cara dilakukan oleh Abby serta suami untuk menguatkan fizikal bayi mereka yang dipanggil Baby D dengan dibantu oleh Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza.
Namun begitu, Faizal menjelaskan doktor memberitahu bahawa bayi mereka mengalami pendarahan paru-paru.
Dari hari ke hari , rasa macam tak kuat untuk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D. Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dapat mendoakan kesihatan Baby ye sayang.
Doktor dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah. Abah dan mama ingatkan itu perkara biasa…rupanya… ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama 😭
Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu, hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang.
Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana.
Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar 😭
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bayi pasangan ini kuat bertahan. Mereka berharap agar ada keajaiban yang boleh menyelamatkan Baby D supaya dapat menunjukkan perkembangan positif.
Sumber: Ig Faizal Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.