Boleh mula pantang selepas bersalin, tak perlu tunggu balik rumah. Di hospital pun mama boleh mulakannya dengan 6 tip mudah ini.

Walau semoden mana pun, jangan abaikan fasa selepas bersalin. Penjagaan diri selepas bersalin amat mustahak dan tidak boleh diambil mudah. Sejurus selepas bersalin sebenarnya dah boleh mula penjagaan diri agar cepat pulih.

Kadangkala ibu perlu berada di hospital berhari-hari, terutamanya ibu yang melahirkan secara pembedahan. Jangan bazirkan masa yang ada. Ketika ini, ibu bolehlah mula melakukan beberapa langkah pantang yang mudah.

Suami atau ahli keluarga boleh membantu untuk melaksanakannya. Asalkan tidak mengganggu luka pembedahan, tidak meletakkan / menyapu sesuatu pada luka atau memakan herba sembarangan, ia tidak menimbulkan masalah. Yang penting anda selesa dan tenang selepas melahirkan.

#1. SAPU MINYAK HERBA

Sapu minyak herba pada kulit kepala, tengkuk, ulu hati, kaki, tapak kaki dan bahu untuk mengurangkan ketegangan urat pada bahagian terbabit selepas proses meneran atau melegakan bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan caesarean.

#2. MINYAK HERBA PADA BAHAGIAN ARI-ARI

IKLAN

Digalakkan menyapu minyak herba pada bahagian ari-ari (bagi ibu bersalin normal) untuk merangsang pengeluaran darah bantal dan melegakan rasa rengat.

Nak Berpantang Tidak Perlu Tunggu Balik Rumah, Boleh Mulakan Di Hospital Lagi. Lakukan 6 Perkara Ini!

#3. SIKAT RAMBUT RAPI & MENGIKATNYA

Menyisir rambut dengan rapi ke atas atau ikat tocang tinggi. Ini membantu melegakan dan mengelakkan rasa pening. Mama pun rasa lebih kemas.

IKLAN

#4. STRAP ON BINDER

Memakai bengkung lembut berpelekat (strap on binder) dengan sapuan minyak herba pada bahagian perut. Selepas bersalin, perut masih tidak kuat dan pemakaian binder ini sekurang-kurangnya memberikan sokongan pada bahagian perut.

Bagi yang bersalin secara pembedahan caesarean, anda boleh memakai bengkung lembut berpelekat tetapi pastikan ia tidak menekan bahagian luka pembedahan. Sapuan minyak herba pula hanya pada bahagian perut sahaja dan tidak perlu terkena luka pembedahan. Tapi jika ibu bersalin caeserean rasa tidak selesa memakai strap on binder, boleh langkau langkah ini.

#5. PAKAI STOKING & BAJU LENGAN PANJANG

IKLAN

Menyarungkan stoking dan memakai baju berlengan panjang supaya badan tidak mudah sejuk terutamanya bagi yang tidak tahan sejuk penghawa dingin.

Nak Berpantang Tidak Perlu Tunggu Balik Rumah, Boleh Mulakan Di Hospital Lagi. Lakukan 6 Perkara Ini!

#6. MINUM SECARA PERLAHAN

Elakkan meminum air yang sejuk atau berais. Hal ini menjadi pertikaian hebat sesetengah pihak. Tetapi terpulang kepada anda membuat pilihan, lakukanlah apa yang sesuai dengan diri anda.

Sebaik-baiknya minum air suam secara perlahan dan sedikit demi sedikit supaya perut tidak kembung. Kuantiti air tidak perlu dihadkan supaya luka cepat sembuh, perjalanan darah lancar, ibu terhudrat & menggalakkan penghasilan susu ibu.

Selepas pulang ke rumah, teruskan langkah berpantang seperti berurut, bertungku, bertuam dan sebagainya mengikut tata cara berpantang tradisional atau moden mengikut pilihan anda.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI