Cegah anak jadi picky eater pada peringkat awal boleh membantu mereka mendapatkan nutrien secukupnya. Tidak perlu tunggu lama, tak ada gigi pun boleh!

BILA WAKTU SESUAI?

Menurut Siti Nurhayati Ali Pakar Pemakanan Avisena Specialist Hospital, Shah Alam, masa terbaik memperkenalkan makanan jejari selepas bayi selesa dengan bentuk puri. Makanan jejari boleh diberi agar bayi dapat belajar menyuap makanan mereka sendiri kelak.

Tumbesaran bayi berbezabeza dan tidak ada satu waktu yang sama. Namun secara purata usia bayi antara tujuh dan lapan bulan sudah bersedia untuk makanan finger food atau “mudah dipegang” ini.

Nak Cegah Anak Jadi Picky Eater, Mama Papa Boleh Bagi Makanan Ini Masa Bayi Lagi.  Tak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh!

TANDA ANAK SUDAH BERSEDIA UNTUK MAKANAN JEJARI

IKLAN

Antara tanda-tanda bayi anda bersedia untuk makanan jejari ialah seperti berikut;

  1. Mencapai makanan semasa anda menyuap makanan puri.
  2. Memegang sudu atau mangkuk.
  3. Membawa objekmasuk ke mulut seperti memasukkan sudu ke dalam mulut.
  4. Boleh duduk di kerusi bayi tanpa sokongan

Nak Cegah Anak Jadi Picky Eater, Mama Papa Boleh Bagi Makanan Ini Masa Bayi Lagi.  Tak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh!

BELUM ADA GIGI PUN BOLEH!

Anak saya masih belum ada gigi, bolehkah dia kunyah makanan jejari? Soalan ini seringkali ditanya mama papa yang prihatin. Bayi tidak semestinya perlu ada gigi untuk makan makanan pepejal dan belajar mengunyah. Gusi mereka adalah cukup kuat untuk mengunyah makanan jejari yang merupakan pepejal lembut. 

IKLAN

Asalkan bayi memenuhi empat syarat di atas sebagai tanda bersedia untuk menerima makanan jejari, mama papa sudah boleh boleh berikannya sebagai snek.

 Nak Cegah Anak Jadi Picky Eater, Mama Papa Boleh Bagi Makanan Ini Masa Bayi Lagi.  Tak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh!

BAYI BELAJAR MENYUAP SENDIRI

Ketika mula memakan makanan jejari, kebanyakkan bayi tidak dapat mengenggam makanan menggunakan dua jari dengan baik (pincher grip) tetapi lebih menggunakan fist grip atau four finger grip.

IKLAN

Nak Cegah Anak Jadi Picky Eater, Mama Papa Boleh Bagi Makanan Ini Masa Bayi Lagi.  Tak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh!

Ini adalah pembelajaran normal bayi belajar menyuap makanan. Jadi mama papa jangan risau untuk memberikan makanan jejari. Cuma paling mustahak sentiasa awasi anak dan pilih makanan yang sesuai di mana teksturnya mestilah lembut, mudah ditelan dan bentuknya mudah dipegang.

BOLEH ELAK BAYI MEMBESAR JADI PICKY EATER

Pelbagaikan rasa masam, manis, pahit, kelat dan sebagainya berulang kali agar bayi boleh merasa pelbagai rasa dan ini boleh mengelakkan mereka membesar menjadi seorang yang cerewet makan atau picky eater. Sediakan dalam pelbagai cara menghidang bagi menarik selera si manja.

Nak Cegah Anak Jadi Picky Eater, Mama Papa Boleh Bagi Makanan Ini Masa Bayi Lagi.  Tak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI