Buntu bila memikirkan lauk untuk makan dalam pantang bukan? Mama boleh minta pertolongan suami masakkan resipi ikan tenggiri rebus dengan kunyit dan lada hitam, resipi ini sangat mudah disediakan. Untuk mama yang inginkan tubuh badan lebih sihat dan kurus juga boleh mencuba resipi ini.
Mama fatim nak share RESEPI SIHAT yang selalu mama fatim buat masa dalam PANTANG BERSALIN.
Cuma, resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, ianya sesuai juga untuk MENU SIHAT SEHARIAN sebab tiada langsung penggunaan minyak, dan juga mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk sihat dalaman dan juga untuk pengurusan berat badan, bolehlah masukkan menu ini dalam diet harian.
IKAN TENGGIRI REBUS BERSAMA KUNYIT DAN LADA HITAM
Bahan-bahan:- Ikan tenggiri – 3/4 keping Asam keping – 1 keping Kunyit hidup- 3-4 inci Lada hitam -2 sudu kecil Bawang putih – 1/2 labu Sedikit garam Air untuk rebus (lebih kurang 2/3 cawan)
Ads
Cara-caranya senang sahaja.
Tumbuk kunyit hidup, lada hitam hingga lumat. Bawang putih hanya ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Campurkan ke dalam periuk yang telah diisi air dengan bahan-bahan tumbuk, serta ikan. Rebus dan didihkan sehingga air agak kering, iaitu lebih kurang dalam 20 minit.
Bila dah agak-agak suam, barulah campur dengan garam secukup rasa. Lebih kurang 1 sudu kecil pun sudah memadai, kerana lebih baik kurangkan garam dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. ( jangan tersilap pulak, maniskan minuman)haha!
Ads
Mama fatim ada terbaca, KUNYIT memang MAKANAN YANG HEBAT! Sudahlah ianya sangat bagus untuk rahim selepas melahirkan anak, ianya juga mempunyai pelbagai lagi manfaat yang lain .
Antaranya:-
1) Ia mengandungi bahan yang dapat menghalang racun arsenik yang boleh merosakkan DNA di dalam sel tubuh.
2) CURCUMIN yang terkandung di dalam kunyit juga dikatakan dapat menghalang perkembangan sel kanser seperti yang dilaporkan di dalam jurnal Journal Alternative Therapies In Health.Yang bestnya, bila dicampurkan dengan lada hitam yang mengandungi piperine (bahan pedas dalam lada hitam), ia dapat mengecutkan stem sel Kanser payudara.
Ads
3) Curcumin di dalam kunyit juga dapat menghalang penbentukan sel tumor di dalam pembuluh darah. Bahkan curcumoid yang terkandung di dalam kunyit juga dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel otak. Jadi ia sangat sesuai sebagai salah satu makanan TERBAIK untuk OTAK. Best kan?
4) Kunyit pun berperanan sebagai FAT BURNER Kalau nak kurus, apa lagi, buatlah kunyit muda sebagai ulam kan? Takpun blend la kunyit hidup tu buat jamu. Boleh menghalang pembentukan lemak dan membakar lemak tau! Nak kurus tak?
Aaa.. meh try resepi ni, ada gabungan lada hitam yang bagus kombinasinya dengan kunyit macam yang mama fatim terangkan kat atas tu, ada bawang putih dan asam keping.
Bahan utama pulak ikan, memang mengandungi OMEGA 3, yang SESUAI untuk otak. By the way, lada hitam dan bawang putih boleh juga buat hilang-hilang angin masa dalam pantang tu. Dan juga sebagai antioksida..
Jadi, sesuailah kan sebagai menu harian dan makan masa berpantang. Dahlah boleh bakar lemak, boleh juga mengecutkan rahim selepas bersalin tu, sesuai untuk pengurusan berat badan dan juga sesuai untuk makanan OTAK anak-anak.
Apa lagi, cuba, jangan tak cuba. Hehe!
Sumber: Juriah Halimatun Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses untuk sendawakan bayi selepas menyusu sememangnya penting. Tidak kira pada bayi masih kecil ketika usia lima bulan ke bawah atau juga kurang daripada usia setahun, kedua-duanya harus disendawakan dengan sebaiknya.
Menurut Kaunselor Penyusuan, Puan Einn Fazrin Mohd Hairi, ibu wajib untuk sendawakan bayi sejurus selepas proses penyusuan samada menyusu dengan botol mahupun menyusu secara terus dari ibu, terutama bagi bayi seawal umur 3 bulan kebawah.
American Academy of Paediatrics ( AAP ) juga mengesyorkan agar ibu berusaha untuk cuba sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu walaupun bayi nampak tenang dan tidak meragam. Hal ini disebab kita tidak tahu berapa banyak udara yang terperangkap di dalam perut bayi.
Pun begitu, rata-rata bagi bayi yang sudah sedikit dewasa, tidak perlu lagi untuk disendawakan malah mereka boleh sendawa dengan sendirinya tanpa bantuan ibu.
Bila Bayi Perlu Disendawakan
Antara tanda bayi perlu disendawakan adalah apabila bayi kelihatan meragam lepas menyusu malah rasa gelisah dan tidak selesa. Hal ini disebabkan udara yang turut sama tertelan dan masuk ketika menyusu. Ini akan menyebabkan bayi terasa penuh (gassy) dan tidak selesa.
3 Posisi Sendawakan Bayi
Berikut adalah antara posisi yang sesuai dan selalu diguna pakai untuk sendawakan bayi pada usia satu tahun ke bawah.
1) Posisi Dukung Bahu
Dukung bayi sebelah tangan dan letakkan kepala bayi pada bahu ibu atau ayah. Tepuk dan gosok belakang badan bayi perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini boleh dilakukan secara berdiri ataupun duduk. Boleh juga dukung bayi dengan posisi ini sambil ibu atau ayah berjalan perlahan sekitar rumah. Bayi mungkin akan jeluak atau termuntah susu. Jadi jangan lupa alas bahu dengan kain atau lampin.
2) Posisi Duduk
Dudukkan bayi pada salah satu paha ibu atau ayah dengan membongkokkan sedikit badan bayi. Tahan seluruh dada bayi dengan tapak tangan. Namun hati-hati kerana ini mungkin membuatkan bayi termuntah jika tersalah tekan atau pegang. Gosok dan tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan sehingga bayi sendawa.
3) Posisi Meniarap
Letakkan kain atau napkin sebagai alas di paha ibu ayah terlebih dahulu. Kemudian posisikan bayi di atas peha ibu atau ayah secara meniarap. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi dari badan dengan bahagian muka bayi menghadap lantai. Gosok dan tepukkan bahagian belakang bayi perlahan sehingga bayi sendawa.
Namun tidaklah menjadi masalah sekiranya bayi yang menyusu terus dari payudara ibu mendapat lekapan yang sempurna untuk tidak disendawakan.
Jika bayi mengambil masa yang lama untuk disendawakan, ibu atau ayah boleh mengiringkan bayi bagi mengelakkan sekiranya bayi termuntah susu atau terjeluak masuk ke hidung dan telinga.
Aktres Anzalna Nasir mendedahkan dirinya dimasukkan ke hospital selama lima hari disebabkan mengalami kecederaan di bahagian otot, baru-baru ini.
Jelas Anzalna, kesakitan yang dialaminya itu berpunca akibat jatuh terlentang di rumah.
“Ketika itu, saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan pada masa yang sama Mohamad Eidrees menangis.
“Saya pulak sejenis yang tidak suka membiarkan anak menangis lama dan perlu cepat untuk tenangkan dia.
“Sewaktu mahu berkejar mendapatkan Eidrees, saya jatuh terlentang. Namun, pada masa itu saya terus bangun, dukung dan sempat beri Eidrees makan.
“Tapi selepas masuk ke dalam kereta, badan saya tidak dapat bergerak. Suami terus bawa ke hospital dan setelah berjumpa dengan doktor telah disahkan otot saya bengkak,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir akui keadaan kesihatannya belum pulih dan dikehendaki untuk menjalani rawatan fisioterapi.
“Eidrees tidak boleh dibawa ke hospital dengan keadaan tidak berapa okay lebih-lebih lagi dengan virus yang melanda.
“Boleh dikatakan setiap hari saya menangis rindukan Eidrees. Jadi saya minta ibu bapa datang bawa Eidrees lalu saya turun ke kereta untuk menyusu dan bermain dengannya.
“Kalau ikutkan, doktor minta untuk saya terus ditahan di hospital namun saya menolak.
“Walaupun masih sakit, saya tidak sanggup lagi. Bagi saya yang penting adalah Eidrees, sakit itu tolak ke tepi,” katanya lagi.
Kebanyakkan pil dilarang diambil ketika wanita sedang dalam haid. Keraguan inilah yang sering menghantui wanita, lebih-lebih lagi pengambilan pil asid folik yang membantu wanita untuk hamil. Namun selamatkah pil yang satu ini diambil ketika wanita dalam haid?
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, pengambilan asid folik tidak mengganggu haid wanita yang berkahwin. Malah ia membantu menghasilkan dan menggantikan sel darah merah yang keluar dengan banyak ketika haid. Jadi ia selamat di makan tanpa keraguan.
BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?
“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid?
Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahim. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempunyai zuriat.
Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan seperti kekacang kering, brokoli, bayam dan asparagus.
“Doktor betul ke folic acid ini diambil oleh wanita ketika haid? Bukankah ia akan meningkatkan kesuburan? Saya sedang merancang keluarga dan anak masih kecil. Takut saya hamil pula”
Wanita yang mengambil folic acid sememangnya akan meningkatkan kesuburan mereka tetapi ia bukanlah suatu jaminan di mana wanita yang mengambil folic acid akan lebih mudah hamil dari wanita yang lain.
Ini bermakna jika seorang wanita mengalami masalah kesuburan, pengambilan folic acid bukanlah jalan pendek bagi mengatasi masalah ini. Buat pemeriksaan doctor bagi menentukan masalah yang sebenarnya.
Bagi wanita yang sedang haid, pengambilan beberapa nutrient seperti kalsium, magnesium, zat besi, vitamin k, vitamin B 12, dan folic acid akan membantu penghasilan sel darah merah dan menggantikan darah yang keluar sebagai darah haid.
Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah 400-600 micrograms, bergantung kepada keperluan dan bentuk tubuh.
Jadi kesimpulannya, tidak ada halangan penggunaan folic acid pada masa haid. Ia membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang hilang ketika haid. Dos yang biasa digunakan antara 400-600 microgram untuk sehari.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.