Virus COVID-19 tidak mengambil masa yang lama untuk menjangkiti seseorang. Hanya melalui sentuhan dan droplet (titisan) ketika kita batuk, bersin atau selesema ia menjejaskan sistem imunisasi seseorang.

Pegawai Perubatan, Dr Adelin Md Zin dari Poliklinik Sakura, Alor Gajah, Melaka ada berkongsi info tentang COVID-19 dengan cara yang lebih mudah untuk difahami.

“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat covid19”
“Dr, lepas balik pasaraya barang semua kena tinggal luar rumah 8 jam ke?”
“Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”

Semua dah cuak lepas keluar pernyataan berapa lama Covid19 bertahan pada setiap permukaan yang berbeza. Sabar, tarik nafas….hembus 😄

Nak Cepat Matikan Virus COVID-19, Sabun Tangan 20 Saat Sebelum Sentuh Bahagian Muka

Walaupun dinyatakan berapa jam si Covid19 tu boleh melekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana. Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah :

IKLAN

💧 1. Covid19 menjangkiti kita dalam bentuk droplet (titisan) yang keluar masa kita batuk, bersin, selsema.

💧2. Partikel dia lepas keluar dari mulut atau hidung kita, “melompat” paling jauh pun 1 meter. Lebih dari itu dia akan jatuh ke bawah. Ini lah sebab nya kenapa kena jarak 1 meter setiap orang. Ini juga sebabnya takpe sidai baju kat luar rumah.

💧3. Virus ni kena ada perumah / host / senang cerita “manusia” untuk hidup.

💧4. Bila droplet jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia takde perumah melainkan anda terus pegang muka, hidung atau mata anda masa dia ada kat tangan tu).

IKLAN

💧 5. Cara nak matikan si Covid19 yang paling senang adalah dengan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab tangan anda yang transfer kan Covid19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut anda.

Jadi anda harus ingat TIGA sahaja :

1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda.

2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk Covid19 nyah dari tapak tangan anda.

3. Sumber penularan Covid19 adalah tangan dan droplet anda.

IKLAN

Maka, lepas beli barang, kemas dan cuci tangan anda. Pastikan siapa-siapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan g cium plastik roti gardenia tu pulak sebab barang rare kan.

Ubah etika anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu. Kalau sekarang anda tak ikut saranan KKM mungkin sambutan Aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja.

Nota kaki ❗️
– Esok hari gaji, tolong jangan berpusu-pusu g bank. Kalau anda ada jawatan dekat bank, arahkan ada gap 1 meter setiap customer. Untuk mereka yang dah berusia, minta tolong anak yang keluar ambilkan. Jangan risiko kan mereka 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
– Jangan belanja sakan sangat, beli apa yang patut sebab wabah ni tak tahu sampai bila. Seriously we dont know when it will end.

#stayathome
#fromhyetobyecovid19

Semoga dengan perkongsian Dr Adelin ini sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman kepada anda tentang COVID-19 dengan cara yang lebih mudah. Jaga kebersihan diri dan elakkan berada di luar rumah jika tidak perlu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI