Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) jika kekuningan yang dialaminya berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang.
Prolong jaundice yang dialami mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti bayi menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Namun, ia tidak membahayakan bayi selagi anda tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
Ia mungkin juga disebabkan oleh penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.
Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid, berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing dan orrgan hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts pun boleh menjadi puncanya.
Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembangannya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.
Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing berwarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundis.
Ads
Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6PD, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.
Berikut adalah amalan yang boleh diamalkan ketika anda hamil pagi supaya bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.
1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
Ads
2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
4. Amalkan meminum jus pegaga.
Ads
5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
7. Amalkan pemakanan sihat.
8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.
9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu memainkan peranan penting melakukan yang terbaik buat si kecil. Langkah perlindungan seawal mungkin adalah perlu bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini terjadi kepada kehamilan atau bayi anda.
#1 Pemantauan kesihatan
Setelah mengetahui diri hamil, ibu-ibu perlu mendaftar untuk pemeriksaan pranatal sepanjang mengandung. Pemeriksaan pranatal yang pertama biasanya dilakukan di Klinik Ibu Dan Anak selepas pendaftaran. Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia janji temu seterusnya akan mengikut jadual berikut:
Sebelum 28 minggu – sebulan sekali
28 – 35 minggu – setiap 2 minggu sekali
36 minggu dan keatas – setiap minggu
(Jadual pemeriksaan pranatal ini adalah secara umum dan mungkin berlainan bagi setiap ibu hamil)
Pemantauan awal mampu memastikan ibu terhindar daripada pelbagai risiko kesihatan seperti kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim) serta mendapatkan khidmat nasihat tentang langkah-langkah penjagaan yang wajar diambil kira.
#2 Pemakanan seimbang
Pemakanan seperti mana yang disarankan doktor sepanjang kehamilan adalah penting agar berat badan ibu berada pada tahap yang baik. Ibu-ibu perlu pastikan ambil sajian dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Amalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan. Tidak perlu makan banyak seperti untuk dua orang, cuma pastikan anda ambil makanan yang seimbang. Menurut National Institute for Health and Care Excellence, hanya pada 3 bulan terakhir anda perlukan 200 kalori lebih bagi menyokong kehamilan dan perkembangan si kecil. Walaubagaimanpun, keperluan tahap sajian berbeza mengikut individu. Oleh itu, pemeriksaan doktor dan boleh mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai.
#3 Asid folik
Pastikan ibu mengambil asid folik secepat mungkin atau sebaik-baiknya 3 bulan sebelum hamil. Ia boleh mengelakkan kecacatan nueral tube seperti spina bifida. Menurut Royal College of Obstetricians & Gynaecologist, asid folik perlu diambil sehingga minggu ke-13 kehamilan. Jika anda tidak mengambil asid folik sebelum hamil, ambil sebaik sahaja anda mengetahui diri hamil. Ibu bagaimana pun disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan mana-mana vitamin prenatal.
#4 Kebersihan makanan
Kebersihan makanan dan penyediaan yang tidak tercemar dengan parasit dan bakteria boleh membantu mengelakkan timbul masalah semasa hamil. Menurut National Center for Biotechnology Information makanan yang mentah atau separa mentah seperti sushi berkemungkinan menyebabkan toxoplasmosis manakala telur separuh masak perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bakteria Salmonella.
Listeriosis iaitu jangkitan kuman yang disebabkan oleh kuman listeria (biasanya terdapat didalam air, tanah dan makanan yang tercemar) boleh menjejaskan kandungan! Menurut American College of Obstetricians and Gynaecologists, makanan yang boleh mengandungi listeria ialah susu yang tidak dipasteur, makanan mentah dan keju.
#5 Bersenam
Amalkan senaman sejak awal lagi bagi memastikan kehamilan anda lancar. Ibu jangan pandang mudah bab senaman kerana ia boleh mengelakkan sakit sendi, mengelakkan tekanan darah naik, membantu memudahkan proses bersalin serta memberikan mood yang positif. Keadaan ibu yang tidak sihat, sakit & stres semasa hamil boleh menyebabkan si kecil dalam rahim tergugat.
#6 Berehat
Berehat tidak bermakna anda ibu manja. Sememangnya kehamilan pada beberapa bulan pertama akan menyebabkan keletihan dan ia akan berterusan sehingga trimester ketiga disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah untuk tidur dan sebagainya. Jadi mama, berehatlah secukupnya untuk memastikan perkembangan si kecil dalam kandungan tidak terjejas.
Bagi ibu yang mahukan perlindungan kepada si kecil anda, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) menyediakan perlindungan insurans kepada bayi dan ibu melalui PRUMy Child Plus dengan pelbagai kelebihan seperti:
A)MELINDUNGI BAYI DARI USIA KEHAMILAN 14 MINGGU
PRUMy Child Plus memberikan perlindungan pranatal kepada bayi dalam kandungan seawal 14 minggu. Ini adalah penting kerana apa sahaja boleh terjadi dalam tempoh 9 bulan kandungan.
B)MELINDUNGI BAYI ANDA DARIPADA PENYAKIT JAUNDIS
Perlindungan ini termasuk jaundis yang kerap terjadi kepada bayi baru lahir serta keadaan kesihatan kongenital bayi selepas lahir sehingga berusia 5 tahun. Bagi bayi yang didiagnosis dengan jaundis yang memerlukan rawatan fototerapi dan dimasukkan ke hospital, bayaran penuh RM500 hingga RM1000 akan diberikan (bergantung jenis jenis pelan perlindungan yang diambil).
C) KELEBIHAN UNTUK BAYI IVF
Ini adalah merupakan polisi insurans yang pertama memberikan perlindungan kepada kandungan hasil daripada in-vitro fertilization (IVF) (tertakluk kepada keperluan pengunderaitan)! Precious baby mestilah mendapat keistimewaan ini.
D) PROSES MUDAH UNTUK POLISI SETERUSNYA-EASE
Selain itu, PAMB memberikan laluan khas untuk ibu bapa yang sudah membeli polisi perlindungan PRUMy Child Plus kepada anak mereka. Melalui proses Easy And Simple Enrolment (EASE) ia memudahkan anda mendapatkan polisi untuk anak seterusnya tanpa perlu melalui proses penguderaitan penuh.
Sebelum ini, isteri kepada penyanyi rap iaitu Yonnyboi mengidam kuih akok dari kelantan sahaja. Episod mengidam Nik Nazira belum lagi berakhir dan kini masih lagi teringin beberapa makanan manis dan makanan ‘authentic’ yang lain. Malah kata Yonny lagi, isterinya hanya inginkan makan makanan yang dari khusus dari tempat asal seperti mee kolo di sarawak, akok dari kelantan dan pan mee dari penang.
Nik Nazira berkata kandungan yang kini sudah pun berusia 7 bulan namun sukar buatnya kerana mabuk selalu muntah walaupun sudah memasuki trimester 3 kehamilan.
“Sekarang saya banyak teringin benda manis macam kek”
Menjawab persoalan adakah sudah berjaya menunaikan mengidam isteri sebelum ini, Yonnyboii menjawab sudah.
“Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan,” kongsi Yonny lagi.
Namun dia bersyukur bila mana saudaranya sudi membantu mencarikan kuih akok yang diingini isterinya.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.
Sekiranya ibu sudah melepasi trimester pertama kehamilan, sepatutnya ibu sudah berasa semakin lega dan seronok. Ini kerana tiada lagi mual dan loya seperti dialami di awal kehamilan. Ibu sepatutnya berasa lebih sihat dan bertenaga.
Perubahan bentuk badan juga sedikit demi sedikit kelihatan. Sementara itu bayi dalam kandungan juga telah terbentuk sepenuhnya dan mendapat nutrien daripada plasenta anda sejak awal kehamilan lagi. Bayi akan semakin bertambah membesar pada minggu seterusnya.
Memasuki trimester kedua kehamilan, ada banyak perkembangan yang berlaku kepada bayi anda. Paling ketara bayi semakin bertambah keaktifannya. Biasanya menginjak minggu ke-18, ibu akan mula merasakan pergerakan bayi. Bagaimanapun sekiranya ibu baharu pertama kali mengandung, adakalanya ia sukar menjangkakan bentuk pergerakan tersebut. Jangan risau kerana semakin lama anda pasti dikejutkan dengan tendangan kecil bayi comel anda!
Antara gerakan awalnya dimulakan dengan gerakan kontraksi dan relaksasi otot dada. Gerakan ini bermaksud bayi menghirup dan menghembuskan cecair amniotik (air ketuban) ibu. Air ketuban sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk perkembangan paru-parunya.
Pergerakan kedua yang dilakukan oleh bayi adalah gerakan yang dilakukan oleh kaki dan tangannya. Bayi akan mencakar, menendang dan berpusing. Bahkan pada trimester kedua juga, bayi gemar menghisap jarinya.
Sementara itu pergerakan ketiga yang biasa dilakukan oleh bayi adalah ekspresi wajah. Pelbagai mimik muka dibuat oleh bayi sebenarnya. Jika bernasib baik, ibu boleh melihat ekspresi wajah bayi ketika melakukan pemeriksaan ujian imbasan terperinci.
Tahukah ibu, otak si kecil sebenarnya sudah berkembang dan mampu berfikir walaupun usianya baru 16 minggu. Aktiviti berfikir yang dilakukan oleh janin pada usia ini adalah bermimpi. Dengan adanya kemampuan berfikir, maka rasa sakit juga mungkin dirasakan oleh bayi anda. Jika dia sudah boleh merasakan rasa sakit, maka tidak hairanlah sekiranya bayi boleh membuat ekspresi wajah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.