Bukan mudah untuk menjadi ibu yang penyabar dan tak cepat marah dalam mendidik anak kecil. Macam-macam kerenah dan perangai mereka kadang-kala boleh membuatkan ibu hilang sabar dan akhirnya mudah marah atau memukul anak.
Tips untuk mengawal perasaaan mudah melenting pada anak kecil yang mempunyai pelbagai ragam seperti dikongsi oleh Rabiatul Adaweeyah patut diamalkan oleh semua ibu. Semoga semua ibu dapat meningkatkan tahap kesabaran mereka berdepan dengan kerenah anak yang selalu bergaduh, mengamuk, menyepahkan rumah dan bermacam lagi perangai mereka di luar jangkaan.
1. Banyakkan berdoa
Doa merupakan jalan terpenting dalam menangani apa jua keadaan. Tambahan lagi doa dari seorang ibu mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Berdoalah agar anak-anak kita dilembutkan dan senang dikendalikan, selain itu seorang ibu juga harus berdoa agar diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
2. Sentiasa bersabar
Kesabaran sangat penting bagi seseorang ibu untuk mengatasi karenah anak-anak yang sedang membesar. Melalui kesabaran inilah ibu masih mampu mengendalikan anak-anak melalui pujukan dan nasihat.
Bahkan sabar juga sangat penting apabila seseorang ibu itu berada dalam keadaan beremosi yang memungkinkan dia memarahi anak-anaknya mahupun memukul mereka.
Rasulullah s.a.w telah memberi contoh yang baik melalui kelembutan, dakwah akan lebih mudah diterima. Jadi sabar itu sangat penting untuk menjadikan ibu bapa itu lembut dan terkawal emosinya.
3. Banyakkan mengingati Allah
Banyakkanlah mengingati Allah, dengan mengingati Allah menjadikan kita seorang yang lebih tenang dan membentuk kesabaran dalam diri. Ini sangat membantu dalam memenangi anak-anak. Sentiasa menyebut 99 nama Allah juga menambahkan keberkatan dalam didikan.
Ads
Alunan ayat-ayat al-Quran memang sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Seperti dengan membaca surah Yasin dapat melembutkan hati anak-anak. Selain itu, banyakkan istighfar dan mengingati Allah untuk menjauhkan gangguan syaitan.
4. Memberi pujian
Ibu bapa seharusnya memberikan pujian kepada setiap kejayaan atau tindakan baik yang dilakukan oleh anak-anak. Ini sedikit sebanyak memberi semangat dan galakan kepada mereka untuk meneruskan perbuatan baik itu.
“Wah… rajinnya anak mama, tolong kemaskan barang mainan. Macam nilah Allah sayang.”
Setiap anak sangat sukakan belaian dan kasih sayang, dengan memberi pujian akan membuatkan anak-anak tahu bahawa ibunya sangat mengasihinya.
Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan nakal dan aktif ini hanya sementara. Layanilah karenah mereka tanpa rotan, dan amarah. Pujian kadang-kadang lebih berkesan daripada menghukum.
Ads
5. Ibu yang sihat
Setiap ibu mestilah dalam keadaan sihat, bertenaga dan terkawal emosinya. Oleh itu, seseorang ibu itu mestilah cukup tidur, cukup minum air, tidak manahan lapar serta terbawa-bawa akan permasalahan lain ketika mengasuh anak-anak.
Ini akan membuatkan sesorang ibu itu mudah tertekan dan melepaskan tekanan itu kepada anak-anaknya. Kadang-kadang inilah yang menjadi punca kepada kes penderaan.
6. Fahamkan keadaan anak-anak
Ads
Memahami keadaan anak juga sangat penting. Anak-anak mestilah dalam keadaan sihat, tidak lapar, tidak sakit bagi mengelakkan anak-anak tidak selesa dan menganggu ibu mereka. Contohnya jika anak membuang air besar, sudah pasti mereka merengek lantaran tidak selesa.
Kadang-kala anak-anak sering melakukan pelbagai karenah hanya kerana mereka ingin perhatian dan kasih sayang. Lalu, berilah tumpuan dan masa untuk mereka, seperti menemani mereka membuat kerja sekolah, membawa anak-anak beriadah bersama-sama dan sebagainya.
7. Sentiasa bersyukur dan gembira
Selalunya jika kita mendapat apa yang diinginkan dan gembira mendapatnya mesti kita akan ceria dan riang, bahkan menjaganya dengan baik.
Begitulah juga anak, walaupun banyak ragam dan karenah sebagai ibu haruslah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak dan ada ragam yang tersendiri. Bayangkan hidup tanpa anak-anak, pasti akan rasa kosong dan sunyi.
Bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak, terutamanya sewaktu kanak-kanak yang benar-benar menguji emosi dan fizikal ibu dan bapanya.
Ibu terutamanya haruslah menanam kesabaran yang tinggi dari mula-mula berkahwin agar lebih bersedia untuk menjadi ibu yang penyabar.
Sesungguhnya besar pahala ibu bapa yang mendidik anak-anak ini, apatah lagi jika anak yang dididik itu berjaya di dunia dan akhirat.
Rihana Oksana menyatakan rasa bimbang apabila memikirkan kehidupan seharian anak sulungnya, Tengku Ismail Leon, 4 tahun yang sentiasa dikelilingi wanita seperti nenek, pengasuh, ibu saudara, guru-guru.
“Adakah bagus untuk perkembangan anak lelaki jika membesar dikelilingi wanita?”
“Leon membesar dengan dikelilingi oleh wanita – ibu dan pengasuhnya berada di rumah, nenek dan ibu saudaranya datang melawat. Guru-guru di tadika itu juga perempuan, malah Leo berkawan dengan perempuan – kawan sekolah kegemarannya pun dua orang perempuan berbahasa Rusia dalam kumpulan itu”
Pada awalnya Ratu Cantik Moscow ini bercadang untuk menghantar satu-satunya anak lelaki kesayangan ke sekolah lelaki namun setelah dipertimbangkan dia menukar tempat pilihanya.
“Jadi saya berfikir untuk menghantarnya ke sekolah lelaki. Saya mempunyai masa yang lama untuk memilih tempat, dan selepas menyemak banyak pilihan, saya menyedari bahawa sekolah untuk lelaki bukanlah pilihan terbaik. Dalam kes ini, kanak-kanak itu akan terhad dalam hubungan dengan jantina yang bertentangan, dan saya, bagaimanapun, membesarkan Leon sebagai seorang lelaki sejati.”
“Leo sentiasa membuka pintu kepada semua gadis, biarkan mereka pergi dahulu, membantu mereka menanggalkan jaket, dan di sekolah lelaki dia tidak akan mempunyai peluang untuk mempelajari adab ini dalam amalan. Dan saya juga akan memberitahu dia bagaimana untuk berkomunikasi dengan wanita sejak kecil!”
“Jadi keputusan tentang sekolah telah dibuat semalam – Leon akan ke sekolah campuran (untuk lelaki dan perempuan) pada September depan.”
Rihana pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Muhammad V pada tahun 2018 sebelum berpisah pada tahun 2019.
Bagi kebanyakan kanak-kanak, memori biasanya bermula dengan peristiwa peribadi tertentu seperti kelahiran adik -beradik yang lebih muda atau percutian istimewa. Sebagai ibu bapa, kita pastinya berharap anak-anak mendapat pelbagai pengalaman positif semasa alam kanak-kanak mereka.
Usia memori
Kebanyakan daripada kita tidak boleh mengingat sebarang kejadian yang berlaku sebelum ulang tahun ketiga atau keempat kita. Dan, kadangkala, kita hanya mampu untuk mengingat beberapa kenangan atau memori sekali-sekala. Meskipun kanak-kanak boleh dan mampu membentuk memori pada usia muda, namun ia akan pudar dari semasa ke semasa. Memori-memori ini akan digantikan dengan memori ‘pertama’ yang lebih baru sehinggalah kanak-kanak itu berusia antara umur 7 dan 10 tahun. Pada ketika ini, memori awal mula terbentuk. Pakar merujuk kepada kitaran mengingat dan memadam ini sebagai amnesia di alam kanak-kanak. Kejadian amnesia kanak-kanak ini adalah normal sepenuhnya dan cenderung mempunyai kesan sampingan pada perkembangan tipikal otak yang kanak-kanak alami.
Pakar juga percaya bahawa bayi tidak mempunyai binaan saraf canggih yang diperlukan untuk membentuk dan menahan pembentukan memori yang lebih kompleks. Otak bayi dan anak kecil seolah-olah seperti kolander dengan lubang besar yang cuba untuk mengekalkan cebisan-cebisan kecil memori. Skil bahasa yang lebih banyak boleh membantu kanak-kanak menghuraikan ingatan mereka dengan lebih baik, seterusnya terpahat dalam fikiran mereka.
Bila kanak-kanak mula mengingat sesuatu perkara?
Meskipun baru masuk dua bulan pertama, bayi akan mengenali wajah dan suara yang biasa mereka lihat/ dengar setiap hari. Bayi baru lahir boleh mengenal suara ibu mereka semasa lahir. Bayi yang menyusu badan pula mampu mengenali bau ibu kereka selepas usia seminggu. Jenis pengenalan ini adalah petunjuk pertama memori, walaupun ia berbeza daripada mengingat perincian episod yang berlaku.
Pengenalan memori bayi – kemampuan untuk mengenal individu dan objek yang mereka pernah lihat sebelumnya selepas beberapa waktu – akan semakin meningkat semasa tahun pertama mereka.
Menjelang 9 bulan, bayi boleh mengingat maklumat dengan lebih spesifik seperti di mana letaknya mainan mereka di rumah. Bayi juga boleh meniru perbuatan yang mereka lihat seminggu sebelumnya. Kemahiran ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada usia ini boleh mengingat semula memori. Ini adalah kemampuan untuk mengingat beberapa perincian pada pengalaman tertentu untuk jangka pendek, meskipun mereka tidak mampu untuk mengingat keseluruhan pengalaman. Memori untuk peristiwa tertentu tidak akan berkembang sehinggalah bayi berusia antara 14 dan 18 tahun.
Pengaruh memori kanak-kanak
Perbualan adalah salah satu cara bagaimana ibu bapa boleh memberikan impak yang besar pada memori kanak-kanak, dan bagaimana mereka boleh menyokong perkembangan anak dengan lebih awal dan menguatkan memori. Pakar memberitahu bahawa kanak-kanak yang bercakap lebih kerap mengenai diri mereka mempunyai lebih peluang untuk menajamkan ingatan memori mereka.
Sebagai ibu bapa, anda boleh bertanyakan bayi anda beberapa soalan terbuka untuk mereka menghuraikan pengalaman peribadi seperti, “Cerita lagi pada ibu,” dan “Apa jadi selepas itu?” Ini akan menyediakan anak anda peluang untuk lebih faham akan perasan dan konsep yang berkait dengan peristiwa, seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mengingatinya. Diharapkan bahawa aktiviti ini boleh meningkatkan peluang memori pertama mereka sebagai perkara yang menyeronokkan.
Bersunat, atau khatan, bukan sekadar satu amalan keagamaan atau budaya. Ia kini menjadi satu keperluan kesihatan yang diiktiraf secara perubatan. Video “Sunat Macam Kena Gigit Semut?” oleh Bintang Kecil bersama Hospital Islam Az-Zahrah memaparkan pendekatan moden dan mesra kanak-kanak dalam membantu ibu bapa memahami proses bersunat yang selamat, pantas dan tidak menyakitkan – sekaligus membuang rasa takut dalam kalangan anak-anak.
Teknologi Terkini dalam Prosedur Bersunat
Dalam video tersebut, doktor menjelaskan bahawa teknologi terkini seperti laser (diathermy) digunakan menggantikan kaedah gunting atau pisau tradisional. Kaedah ini:
Mengurangkan pendarahan
Mempercepatkan proses penyembuhan (1–2 minggu sahaja)
Kurang rasa sakit
Sesuai untuk kanak-kanak aktif dan lasak
💡 Tip untuk ibu bapa: Terangkan kepada anak bahawa alat moden digunakan dan ia tidak menyakitkan seperti yang dibayangkan. Tonton bersama video seumpama ini untuk bantu mereka lebih bersedia.
Kepentingan Bersunat dari Perspektif Kesihatan
Doktor menyatakan bahawa sunat membantu mencegah pelbagai penyakit seperti:
Fimosis (kulit zakar terlalu ketat)
Infeksi saluran kencing
Masalah kebersihan pada alat sulit
Risiko penyakit kelamin di masa hadapan
💡 Tip untuk ibu bapa: Gunakan bahasa mudah untuk terangkan kepada anak bahawa bersunat membantu menjaga “kebersihan anggota sulit agar tak gatal dan busuk”.
Peranan Ibu Bapa: Menyediakan Mental dan Emosi Anak
Ramai anak-anak takut untuk bersunat kerana stigma “sakit” yang diwarisi dari cerita orang dewasa. Video ini menekankan:
Ibu bapa perlu memberi penerangan yang betul dan positif
Elakkan menakut-nakutkan anak
Bina semangat anak sebagai ‘pejuang kecil’
💡 Tip untuk ibu bapa: Galakkan anak menonton watak kegemaran seperti Upin Ipin atau Ejen Ali yang ‘berani bersunat’. Jadikan ia pengalaman berani yang membanggakan.
Risiko dan Komplikasi yang Perlu Diperhatikan
Walaupun teknologi kini sangat selamat, tetap ada risiko kecil seperti:
Pendarahan selepas bersunat jika terlalu aktif
Takut untuk buang air kecil, menyebabkan jangkitan
Kencing tak lawas kerana menahan kencing
💡 Tip untuk ibu bapa: Pantau anak selepas prosedur. Pastikan mereka rehat, tidak berlari, dan diberi ubat seperti diarahkan doktor.
Sunat dengan Senyuman
Sunat tidak lagi perlu ditakuti. Dengan sokongan ibu bapa, pendekatan mesra kanak-kanak dan teknologi moden, anak-anak kini boleh menjalani proses ini dengan senyuman – bukan tangisan. Jadikan sunat satu momen keberanian dan kematangan buat mereka, bukan satu trauma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam dunia yang semakin kompleks ini masa hadapan anak-anak bukan lagi ditentukan oleh kebolehan semata-mata, namun dinilai oleh akses yang mereka miliki kepada pendidikan yang berkualiti.