Masih belum bersedia untuk kembali bergelar isteri. Itu yang dikongsikan oleh bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada ketika ditanya perancangan untuk berkahwin lagi.

Akui Shuhada lagi, buat masa ini dia memilih untuk tidak membuka hati kepada mana-mana lelaki kerana masih di fasa trauma dengan perkahwinan terdahulu.

Shuhada yang ditemui selepas perbicaraan kes dakwaan dicederakan bekas suaminya di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada Selasa lalu berkata, dua anaknya, Humaira dan Umar tidak merestuinya untuk berkahwin lain.

“Nak Jaga Emosi Anak-Anak” Masih Trauma, Shuhada Tak Terfikir Kahwin Lagi!

“Anak-anak trauma dan tak izin saya kahwin kerana risau salah pilih pasangan dan menangis lagi.

“Saya memang nak jaga emosi anak-anak sahaja, nak berikan kebahagiaan buat mereka dan tidak mahu mereka membesar dalam keadaan yang tak elok,” katanya.

Tambah Shuhada lagi dia juga masih trauma dengan apa yang dilaluinya kini malah hanya memfokuskan untuk membesarkan dua anaknya dengan baik.

“Nak Jaga Emosi Anak-Anak” Masih Trauma, Shuhada Tak Terfikir Kahwin Lagi!

“Buat masa sekarang ini saya memang trauma dan takut apa yang jadi selepas ini.

“Sekarang ini bukan menjadi keutamaan saya untuk mencari pengganti mahupun kejar dunia sebab yang penting nak didik anak-anak.

“Nak jaga mereka elok-elok sebab tak mahu mereka ulang kesilapan yang sama macam saya dan kalau boleh nak capai cita-cita tertangguh dulu,” katanya lagi.

Terdahulu, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun bercerai talak satu pada 27 Julai lalu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI