Buat julung kalinya Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mengajak semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai minggu POWER UP yang berlangsung secara eksklusif di studio, All Asia Broadcast Centre di Bukit Jalil bermula 28 Jun hingga 1 Julai ini.
Bertemakan “POWER UP! Be in the Right Place to Grow”, PKS akan dibimbing dengan trend dan pemahaman mengenai strategi pemasaran terkini daripada pakar-pakar dalam industri media di samping mempelajari inovasi pengiklanan bersasar (Addressable Advertising) yang pertama di Asia Tenggara.
Inovasi pengiklanan bersasar yang dirintis oleh Astro itu membolehkan perniagaan memanfaatkan sasaran digital menerusi televisyen dengan penggunaan data pihak pertama, malah mampu memaparkan iklan terus kepada isi rumah yang menonton program berkaitan.
Selain itu, PKS juga akan dapat mencapai profil pelanggan Astro yang bernilai tinggi di seluruh negara bagi mempercepatkan pertumbuhan dan melonjakkan kedudukan dalam pasaran.
Ads
Minggu POWER UP Astro itu turut menawarkan PKS pengalaman di belakang tabir termasuk pengelolaan acara yang bersiaran langsung dari studio selain berpeluang bertemu selebriti kegemaran dan menikmati diskaun eksklusif pakej pengiklanan.
Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk menyertai pengalaman hebat di Astro dan menang hadiah bernilai lebih RM1 juta merangkumi 10 set hadiah dengan setiap set terdiri daripada TV Pintar Samsung 65” AU7000 4K UHD dan masa pengiklanan bernilai RM100,000.
Ads
Program yang berlangsung selama empat hari itu mempunyai tiga sesi pada setiap hari dan membolehkan PKS membuat pilihan masa, iaitu antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi dan 2.00 petang.
Setiap sesi terhad kepada 40 pek.
Ads
Untuk maklumat lanjut dan menempah sesi anda, boleh layari quake.com.my atau
Untuk mendaftar, boleh klik https://bit.ly/39G23Y7
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
ABARO, sebuah jenama kasut Malaysia yang berdedikasi dan inovatif, baru-baru ini menamatkan kempen Kembali Ke Sekolah, yang berjaya menyatukan pelanggannya dalam menyediakan keperluan kasut sekolah untuk pelajar yang kurang bernasib baik.
Kuasa tindakan kolektif ini adalah sebahagian daripada inisiatif jangka panjang ABARO, ‘Shoes For You. Hopes For Them.’ ABARO komited untuk menyumbang RM1 bagi setiap pasang kasut sekolahnya yang dijual sepanjang kempen yang berlangsung selama tiga bulan ini.
1,000 Pelajar Dapat Kasut Sekolah ABARO!
Kevin Soh, Ketua Pegawai Operasi ABARO berkata, “Kami cukup gembira kerana inisiatif yang luar biasa ini akan memberikan impak positif kepada kehidupan 1,000 pelajar dari komuniti B40 dan Orang Asli. Pengagihan kasut sekolah kepada 1,000 pelajar ini akan dijalankan secara berperingkat. Oleh kerana ABARO terletak di Klang, bantuan akan disalurkan di kawasan berdekatan bermula dengan dua sekolah rendah di Klang dan satu sekolah di komuniti Orang Asli di Jenjarom.
Sebanyak 300 pelajar akan menerima bantuan kasut sekolah bagi fasa pertama pada bulan Julai nanti. Sumbangan seterusnya kami merancang untuk meluaskan bantuan ini ke sekolah-sekolah di kawasan Lembah Klang yang akan dilaksanakan dalam tahun ini juga.”
Menyatakan penghargaan atas sokongan yang diterima daripada pelanggan yang membolehkan ABARO menangani keperluan mendesak para pelajar yang kurang bernasib baik, serta memupuk rasa tanggungjawab sosial dan komuniti yang kuat, Soh menambah.
Kempen Ringankan Beban Keluarga B40 & Orang Asli
“Kami telah lama memikirkan cara terbaik untuk melaksanakan projek CSR bersama pelanggan demi membantu mereka yang memerlukan. Tahun ini, kami memperkenalkan Kempen Kembali Ke Sekolah ABARO yang mengintegrasikan elemen CSR buat pertama kalinya dan inisiatif ini adalah bukti bahawa banyak yang boleh dicapai apabila kita bekerjasama.
Kempen ini membolehkan kami meringankan beban keluarga B40 dan Orang Asli. Mewakili ABARO, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan setia kami atas penyertaan mereka dalam kempen ini, yang menjadikan sumbangan sederhana ini bermakna dan memberikan impak yang besar.”
Inisiatif ‘Shoes For You. Hopes For Them’ adalah teras kepada DNA ABARO, dan atas sebab itulah ABARO akan terus memperluaskan usaha tanggungjawab sosialnya menerusi kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat bagi membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukan. “Kami di Senheng gembira dapat bekerjasama dengan ABARO untuk inisiatif CSR ‘Shoes For You, Hopes For Them’ pada tahun 2023.
ABARO Kekal Dedikasi Untuk Bantu Yang Memerlukan
Misi kami, “Together, towards better quality of living” adalah sejajar dengan usaha ABARO. Ia amat menggembirakan melihat senyuman di wajah pelajar-pelajar apabila menerima sumbangan, kerana sepasang kasut sekolah baharu bukan sahaja melindungi kaki mereka tetapi membuatkan mereka lebih yakin untuk terus meneroka dunia.
Dedikasi ABARO untuk menjalankan projek CSR ini benar-benar mengagumkan, daripada perancangan sampai proses pengagihan dilakukan dengan penuh sistematik dan teratur.
Usaha ini juga dapat memberi pelajar harapan dan keazaman baharu untuk menempuh kehidupan dengan masa depan yang lebih cerah,” kata Cik Tai Tze Yen, Naib Presiden Pemasaran Dan Komunikasi, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd.
Kasut Sekolah Praktikal Dengan Ciri ABARO DryTechTM & ABARO NameTechTM
Usaha dan dedikasi ABARO ini juga dapat dilihat melalui pelbagai pengiktirafan dan anugerah yang diterima, antaranya ialah ‘Jenama Pilihan Pa&Ma 2023’, Nanyang Superb Brand 2023, dan Sin Chew Business Excellence Awards 2023.
“Di ABARO, kami percaya bahawa kasut sekolah adalah keperluan asas yang melindungi kaki pelajar daripada kecederaan dan basah, terutamanya di negara tropika seperti Malaysia dengan lebih daripada 200 hari berhujan setiap tahun.
Oleh itu, kami mengeluarkan kasut sekolah yang praktikal dengan ciri-ciri seperti ABARO DryTechTM dan ABARO NameTechTM untuk memberikan keselesaan dan perlindungan, supaya pelajar boleh bebas meneroka dunia mereka setiap hari.”
“Seperti kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, kami percaya bahawa usaha kolektif kami boleh mencipta impak yang luar biasa untuk perubahan yang positif. Dalam semangat kami untuk menerajui inisiatif ini dan terlibat secara peribadi dalam menyediakan keperluan kasut sekolah kepada pelajar yang kurang bernasib baik, kami juga menyedari bahawa banyak lagi yang boleh dicapai dengan sumber-sumber tambahan.
Oleh itu, bagi pihak ABARO, saya ingin menjemput lebih banyak syarikat dan organisasi untuk menyertai kami menerusi inisiatif ini dengan harapan bersama-sama kita boleh memberikan impak yang lebih besar dan mampan,” kata Soh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Shah Alam Convention Centre (SACC) kembali memeriahkan bulan Ramadan dengan penganjuran Bufet Ramadan bertemakan Citarasa Orang Kita yang berlangsung bermula 19 Februari hingga 18 Mac. Selain menyajikan pelbagai hidangan berbuka puasa yang menyelerakan, SACC turut mengambil peluang bulan yang penuh keberkatan ini untuk menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama anak-anak yatim sebagai tanda keprihatinan serta usaha berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.
Program CSR ini dianjurkan oleh SACC dengan kerjasama Yayasan Islam Selangor Darul Ehsan (YIDE) serta Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, dengan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. sebagai penaja utama. Melalui program ini, seramai 45 orang anak yatim diraikan dalam satu majlis penuh bermakna yang merangkumi sesi penyampaian sumbangan serta majlis berbuka puasa bersama.
Inisiatif ini membuktikan bahawa penganjuran Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita bukan sekadar acara gastronomi, tetapi turut membawa nilai kemasyarakatan yang tinggi. Majlis ini memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk merasai kemeriahan berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang serta sokongan komuniti.
Selain menikmati juadah berbuka yang lazat, anak-anak yang diraikan turut menerima sumbangan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan daripada pihak penganjur serta rakan penaja. Program ini mencerminkan semangat Ramadan yang menekankan nilai berkongsi rezeki, kesyukuran dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita menampilkan lebih daripada 100 pilihan hidangan tradisional pelbagai kaum yang disediakan oleh barisan chef berpengalaman SACC. Setiap hidangan disediakan dengan teliti bagi memastikan kualiti rasa yang autentik dan memuaskan selera para tetamu.
Antara hidangan menarik yang menanti para pengunjung termasuk Ayam Cili Daun Kesum, Daging Masak Lomak Minang, Ikan Kari Bendi, Stir Fried Squid Celery, Udang Goreng Kunyit dan Siew Pak Choy Garlic. Tidak ketinggalan menu istimewa seperti Kambing & Nasi Kebuli, Sup Periuk SACC serta Nasi Ambeng SACC yang pasti menggamit selera.
Selain hidangan utama, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai sajian dari gerai istimewa seperti Mee Kari Nyonya, Laksa Utara, Teppanyaki, Pad Thai, Pasta, Kebab & Shawarma. Setiap gerai menyediakan hidangan yang dimasak secara segar bagi memastikan pengalaman berbuka puasa lebih istimewa.
Pilihan pencuci mulut tradisional turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera. Pelbagai kuih-muih tempatan serta manisan klasik menjadikan suasana berbuka puasa lebih meriah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita ditawarkan pada harga RM106 nett bagi dewasa. Manakala kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun boleh menikmati hidangan pada harga RM55 nett.
Dengan pilihan hidangan yang pelbagai serta suasana yang selesa, bufet ini menjadi antara pilihan menarik bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman berbuka puasa yang meriah di Shah Alam sepanjang Ramadan.
Bagi mereka yang ingin merancang majlis berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja atau sahabat handai, tempahan awal amat digalakkan kerana sambutan terhadap Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita setiap tahun sangat menggalakkan. Untuk tempahan dan maklumat lanjut melayari semua platform media sosial rasmi Shah Alam Convention Centre di @shahalamconventioncentre.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya bila anak demam, mamalah orang yang paling resah dan susah hati. Takut nak tidur malam dan sebagainya. Bimbang juga suhu anak tiba-tiba naik mendadak dan risiko pada masalah lain ketika demam.
Namun bagi Black, dia mengambil alih kesemua tugas ini dan merasakan ia sebagai satu tanggungjawabnya memantau anak ketika demam. Malah menurut isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau lebih senang dipanggil Cira, Black cukup menitik beratkan hal-hal semacam ni.
Kedua-dua anaknya, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayanna dijaganya dengan rapi bila anak tidak sihat.
” Dulu masa Dayyan kecil, kalau demam dialah yang berjaga malam untuk memantau suhu badan anak setiap jam. Sekarang ada Rindu pun sama. Siap kunci jam, takut tak terbangun. Risau dia kalau tiba-tiba suhu anak naik mendadak,” cerita Cira.
Wah hebatnya cara Black, prihatin dan ambil berat setiap kali anak demam. Malah Black sempat berkongsi cara yang diamalkannya dan isteri untuk meredakan anak suhu panas anaknya.
1. Pertama sekali saya akan check suhu badan anak. Kalau lebih daripada 38 C, itu kita kena berjaga-jaga. Apa yang kita perlu buat?
2. Rendamkan sekejap anak dalam air atau senang cerita mandikan dia. Tapi itu kalau dia nak, kalau anak menangis dan rasa tak selesa boleh gunakan spray dan spray satu badan atau ambil tuala, basahkan dan lapkan pada seluruh badan.
3. Kita kena check dengan orang bertauliah ataupun doktor, saya selalu check dengan doktor saya, macam mana keadaan anak saya bila suhunya 38 C. Dengar apa kata nasihat doktor. Kalau malam tak ada ubat jadi kita kena pantau anak. Kalau siang bolehlah beli ubat.
4. Saya akan berjaga malam sebab kalau suhu anak terlampau panas, malam tu saya akan berjaga untuk pastikan suhu badan anak tak berada di tahap berbahaya.
5. Esoknya barulah saya ke farmasi dapatkan ubat. Inilah cara saya, alhamdulillah sampai besar saya tak pernah bawa Dayyan ke hospital, saya jaga sendiri. Alhamdulillah.
Pandai Hias Rumah
Rupanya di rumah Black bukan hanya pantau dan ambil kisah hal anak bahkan dia turut berkongsi rasa melalui susun atur dan gaya hiasan di rumahnya.
Kata Cira lagi, kesemua dekorasi dalam rumahnya adalah hasil idea Black.
“Bab-bab mengemas, dekor dan menghias rumah, semua jadi kesukaannya. Bukan menukar perabot baru tapi Black cukup kreatif mengolah perabot lama menjadi baru.”
Rupanya kabinet hiasan di ruang tamu yang berwarna hijau klasik merupakan sentuhan citarasa Black. Dia memilih untuk mengecat sendiri dan kemudian gores dengan kertas pasir untuk dapatkan kesan rustik klasik. Memang superb!
Bukan itu sahaja rupanya Black juga pandai bercucuk tanam. Kesemua jenis daun herba dan beberapa pokok lain ditanam dan dijaganya dengan baik. Alahai bertuahnya Cira dan anak-anak.
Kredit: @black.hanifah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!