Bagi ibu yang ingin memutuskan susu ibu tatkala anak berusia 2 tahun kadangkala mengalami kesukaran. Elak daripada menggunakan cara yang memudaratkan seperti mengguna kopi segera dan pewarna!

Ada sesetengah ibu tertanya-tanya cara sebenar yang betul untuk menghentikan penyusuan susu ibu apabila anak mencecah usia dua tahun.

Pada usia yang sudah meningkat, kanak-kanak mungkin sudah kurang menyusu. Tetapi adakah boleh menggunakan bahan seperti pewarna makanan dan kopi segera untuk menghentikannya?

Nak Putuskan Susu Ibu Perlu Secara Semulajadi. Elak Guna Pewarna, Kopi Segera & Bahan Lain

Menurut kaunselor laktasi, Noorfazila Binti Abdul Rahman, menghentikan penyusuan setelah anak berusia dua tahun memang menjadi dilema bagi kebanyakan ibu. Proses ini dipanggil ‘fasa putus susu’.

PERLUKAN KERJASAMA & PERLU BERSEDIA

Proses ini perlu kerjasama kedua belah pihak iaitu ibu dan anak dan biarlah ia berlaku apabila kedua dua anak dan ibu telah bersedia. Ia tidak boleh berlaku secara tiba-tiba kerana proses ini melibatkan emosi anak.

IKLAN

Menggunakan bahan seperti pewarna atau bahan lain bukanlah sesuatu yang baik kerana penyusuan adalah suatu proses semulajadi dan sepatutnya fasa putus susu juga perlu berlaku secara semulajadi.

Saya kongsikan lima langkah yang puan boleh lakukan dalam fasa putus susu ini.

  1. NIAT

Mulakan dengan niat dan tekad. Ibu sendiri perlu bulatkan tekad untuk menghentikan penyusuan jika puan benar-benar memilih untuk tidak meneruskannya selepas anak berusia dua tahun.

Ini kerana, jalinan kasih antara ibu dan anak yang menyusu sepenuhnya dengan ibu memang sangat kuat, sebab itu fasa putus susu tidak akan berjaya jika ibu sendiri tidak rela sepenuh hati menghentikan penyusuan anak.

IKLAN

Nak Putuskan Susu Ibu Perlu Secara Semulajadi. Elak Guna Pewarna, Kopi Segera & Bahan Lain

  1. ANAK BENAR-BENAR BERSEDIA

Waktu terbaik untuk putus susu adalah bila anak benar-benar telah bersedia. Jadi anda boleh mulakan lebih awal dengan kerap bercakap dengan anak supaya anak faham kenapa mereka perlu berhenti menyusu.

  1. BANTUAN SUAMI

Minta bantuan suami untuk melayan anak terutamanya waktu tidur malam. Ini kerana, saat paling kritikal anak mahu menyusu adalah waktu sebelum tidur malam.  Saya menyarankan untuk proses ini, anda biarkan anak tidur dengan suami dan hanya masuk ke bilik bila anak sudah lena.

IKLAN

Nak Putuskan Susu Ibu Perlu Secara Semulajadi. Elak Guna Pewarna, Kopi Segera & Bahan Lain

  1. ALIH PERHATIAN

Sepanjang fasa ini, anda perlu elakkan untuk menawarkan payudara supaya anak terbiasa dengan jadual menyusu yang tidak kerap seperti sebelumnya. Jika anak meminta untuk menyusu, alihkan perhatiannya dengan aktiviti lain. Ajak dia menonton rancangan kegemarannya di televisyen atau offer anak dengan makanan dan minuman yang anak suka.

Pastikan anda perkenalkan pelbagai jenis makanan pelengkap kerana dalam peringkat ini anak sudah boleh diberi makanan keluarga asalkan ia berkhasiat. Apabila anak kenyang dia secara automatik dia akan kurang menyusu.

  1. BERPERINGKAT

Fasa putus susu bukanlah suatu yang mudah untuk seorang anak melaluinya selama 24 bulan tidurnya sentiasa di dakap dan dia sangat bergantung dengan ibunya terutama sebelum tidur. Proses ini perlu berlaku secara berperingkat dan jangan dipaksa berhenti secara tiba-tiba.

Nak Putuskan Susu Ibu Perlu Secara Semulajadi. Elak Guna Pewarna, Kopi Segera & Bahan Lain

  1. DOA

Apa pun yang kita lakukan jangan lupa untuk berdoa kerana yang mengizinkan sesuatu itu berlaku adalah dengan izin Allah swt. Selalulah berdoa moga Allah mudahkan urusan tersebut.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI