Benarlah kata orang, nak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ketika anak-anak masih kecillah kita perlu mendidik mereka dengan adab dan didikan yang mulia. Tak mudah namun kita sebagai ibu bapa wajib memberikan didikan terbaik buat anak agar anak tidak terpesong.

Makin mencabar bila mana dikurniakan anak-anak yang ramai. Ozlynn Wati, isteri kepada Johan Rajalawak tidak terkecuali berdepan dengan masalah mendidik anak-anak. Namun baginya semuanya perlu diajar sejak kecil lagi. Jangan biarkan anak-anak membesar tanpa ilmu.

Aktiviti solat subuh berjemaah bagi keluarga kecil ini sememangnya harus dipuji. Bukan senang nak mengejutkan anak-anak yang masih kecil dan nyenyak tidur. Syabas buat Johan dan Ozlynn.

Menerusi posting terbarunya, Ozlynn sempat berkongsi tipnya mendidik anak-anaknya yang masih kecil. Kata Ozlynn, nak anak berubah, kita pun harus berubah. Itu kata kuncinya. Jom kita contohi.

Dah selalu sangat kain kena tibai.. sampai subuh dia kain pun dah tak pakai. Takpelah asal dia nak bangun solat. So arini kami ada geng #letsngaji yang baru. Chantiq dah join kitaorang, baru la lengkap.

Lepas solat, bagi makan supaya ngaji tak ada la melewehhhhh pemalas. Perkara pertama bila anak-anak bangun tidur aku akan bagi air suam segelas. Lepas tu dorang nak milo aku bagi la, cuma aku cairkan sikit. Cuma siapa nak milo air suam segelas tu kena habiskan. Tadi breakfast ayam drummet jek.. sebab mak dorang malas. Sebelum tu makan epal dulu.

Jujur cakap nak bawak anak-anak buat benda yang baik perlukan kesabaran. Dia macam diri kita sendiri la.. macam mana kita nak stop judge orang?

Pasti akan ada je hati terdetik..ee kenapa dia macam tu? Dan kita akan rasa kita je betul orang salah. Lepas tu kita asyik rasa orang je aniaya kita, sebab kita baik, kita yang bagus. Please stop perasaan tuh, stop blame orang..cuba renung diri sendiri adakah kita sudah cukup bagus atau terlalu bagus sampai orang dengki dengan kita?

Atau baguskah kita hingga boleh nilai diri orang lain. Tak! Kita tidak berhak dan mereka juga tak berhak!! Buang ego!! Jadi yang terbaik kita cuba perlahan-perlahan perbaiki segala kekurangan diri. Jangan sedih.. sekurangnya hati kita belum mati dan kita masih punya “rasa”.

Jadi jangan biarkan anak-anak kita leka sama seperti kita. Budak susah nak patuh pada arahan, kalau ikut pun ada la 2-3 kali pastu lupa balik. So macam mana nak bagi dorang tak lupa? Senang… nak anak berubah.. kita juga kena berubah, budak-budak akan ikut apa yang kita buat.

Baik yang ditunjuk InsyaAllah baik la jadinya. Apapun aku percaya ramai lagi ibubapa yang hebat di luar sana. Jangan kedekut berkongsi ilmu, gunakanlah media social sebaiknya. Pantau setiap pergerakan anak-anak, gadget anak-anak. Kalau boleh kita mak bapak banyakkan masa dengan anak-anak.

Please curi masa tu. Ye anak aku pun nakal macam anak korang. Normal.. cuma yang membezakan samada dengar cakap atau tidak.. tu jek. Pada aku semua ibubapa hebat! Setiap kita ada ujian yang berbeza.. HADAP!!

View this post on Instagram

Dh selalu sgt kain kena tibai.. smp subuh dia kain pon dh x pakai🤣.. xpelah.. asal dia nak bgn solat.. so arini kami ada geng #letsngaji yg baru.. Chantiq dh join ktorg.. baru la lengkap.. lepas solat, bg makan supaya ngaji xde la melewehhhhh pemalas.. perkara pertama bila anak2 bgn tdo aku akan bg air suam segelas.. lepas tu dorg nak milo aku bg la.. cuma aku cairkan sikit.. cuma sape nk milo air suam segelas tu kena abeskan.. tadi breakfast ayam drummet jek.. sb mak dorg malas🤣🤣.. sblm tu makan epal dulu.. jujur ckp nak bwk anak2 buat benda yg baik perlukan kesabaran.. dia mcm diri kita sendiri la.. mcm mane kita nak stop judge org?? Pasti akan ada je ati terdetik.. ee nape dia mcm tu? Dan kita akan rasa kita je betul org salah.. pastu kita asik rasa org je aniaya kita.. sb kita baik, kita yg bagus.. plss stop perasaan tuh.. stop blame org.. cer renung diri sendiri.. adakah kita sudah cukup bagus atau terlalu bagus smp org dengki dgn kita? Atau bgs kah kita hingga boleh nilai diri org lain.. x!!! Kita tidak berhak dan mereka juga x berhak!! Buang ego!! Jadi yg terbaik kita cuba perlahan2 perbaiki segala kekurangan diri.. jangan sedih.. sekurangnya hati kita belom mati dan kita masih punya “rasa”. Jadi jgn biarkan anak2 kita leka sama seperti kita.. budak susah nak patuh pada arahan.. kalau ikut pun ada la 2-3 kali pastu lupa balik.. so mcm mane nk bg dorg x lupa??senang… nak anak berubah.. kita juga kena berubah.. budak akan ikut apa yg kita buat.. baik yg ditunjuk InsyaAllah baik la jadinya.. apapun aku percaya ramai lagi ibubapa yg hebat di luar sana.. jgn kedekut berkongsi ilmu.. gunakanlah media social sebaiknya.. pantau setiap pergerakan anak2.. gadget anak2.. kalau boleh kita mak bapak bykkan masa dgn anak2.. plsss curik masa tuh.. ye anak aku pun nakal mcm anak korg.. normal.. cuma yg membezakan samada dgr ckp atau tidak.. tu jek.. pada aku semua ibubapa Hebat!! Setiap kita ada ujian yg berbeza.. HADAP!!

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Tinggalkan Komen