Disleksia atau dyslexia kerap kali dikatakan sebagai tidak pandai. Anak yang mengalaminya akan dilabel kurang bijak sedangkan ia adalah satu gangguan saraf yang berlaku yang menyebabkan keupayaannya terbatas.
Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.
Kesedaran mengenai disleksia dalam masyarakat kita masih belum meluas dan ia kerap menimbulkan persepsi negatif kepada si kecil. Ketidakupayaan mereka mencapai satu tahap yang telah ditentukan menyebabkan kanak-kanak dilabel dengan pelbagai tanggapan yang salah.
Apakah sebenarnya disleksi? Ikuti perkongsian Dr Rozanizam Zakaria, doktor psikiatri dan pensyarah perubatan mengenai disleksia.
Nama saya Aina, saya lapan tahun. Dulu saya minat sekolah, saya suka cikgu ajar melukis, buat aktiviti di padang dan belajar mengira. Tapi saya tak pandai membaca. Semua orang boleh baca dengan laju, tapi saya selalu susah nak baca. Kawan-kawan selalu gelakkan saya. Cikgu selalu tegur sebab saya tulis terbalik. Saya rasa saya tulis betul, tapi asyik dapat pangkah.
Saya tak boleh beri tumpuan sebab banyak sangat yang cikgu tulis di papan hitam saya tak dapat ikut. Saya tak sempat salin, jadi saya tak tahu apa kerja sekolah. Ada budak kata saya bodoh, sebab tu saya duduk kelas belakang. Bila kena baca di depan kelas, saya jadi takut. Saya rasa nak muntah, nak pitam atau mungkin rasa nak pengsan. Saya tak tahu apa yang saya rasa.
Ads
Saya takut dan tak mahu pergi sekolah. Saya menangis dalam bilik dan tutup pintu. Mula-mula mak pujuk, lepas tu mak marah. Ayah pun paksa tapi saya tak mahu pergi sebab saya takut. Cikgu datang sekolah pujuk, tapi saya takut dan saya malu. Kawan-kawan mesti kata saya budak malas sekolah.
Sebulan lepas tu, mak bawa saya jumpa doktor. Doktor buat ujian IQ, dia minta saya main puzzle, lukis-lukis, tiru bentuk dan jawab soalan. Doktor beritahu mak IQ saya ‘normal’. Doktor suruh saya tulis dan baca. Masa tu baru saya tahu, saya ada DYSLEXIA. Baru saya tahu, saya bukan budak tak pandai….saya cuma ada DYSLEXIA
___________________________________________________ 7 INFO MENGENAI DYSLEXIA
1. Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.
Ads
2.Ia disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya.
10% kanak-kanak sekolah mempunyai gejala dyslexia.
3. Bukan semua kanak-kanak dyslexia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.
4. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini.
Ads
5. Bagi yang mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran arus perdana, mereka perlu dirujuk ke kelas khas dysleksia yang termasuk dalam program pendidikan khas integrasi yang disediakan kementerian.
6. Mengajar kanak-kanak dyslexia memerlukan kreativiti.Mereka mudah hilang fokus. Maka pengajaran perlu menggunakan pelbagai pendekatan – seni, aktiviti, warna, bentuk, games, puzzle dan sebagainya.
7. Dyslexia tidak sepatutnya menghalang mereka berjaya seperti kanak-kanak lain. Dengan pengajaran yang bersesuaian, apabila mereka dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis, mereka biasanya boleh mengikuti proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain.
Pelakon Hairul Azreen, 28, tidak kisah dikecam, sebaliknya mengakui berbangga dapat mendidik anaknya, Yusuf Iskandar supaya berani melakukan aktiviti lasak.
Hairul berkata, sebagai bapa, dia begitu menitikberatkan kemampuan diri dan cara didikannya itu sentiasa dipantau isterinya, Hanis Zalikha yang sering mengingatkan aktiviti bersesuaian untuk dilakukan anak kecil.
“Saya gembira dengan pendedahan yang diberikan kepada Yusuf. Saya ajar dia melompat sampaikan emak saya sendiri marah, tetapi Hanis ada untuk mengingatkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai langkah berhati-hati,” katanya.
Biarpun tidak mempunyai banyak pengalaman memandangkan Yusuf adalah cahaya pertamanya, Hairul berpuas hati apabila permata hatinya itu membesar menjadi anak yang lasak.
Kecenderungan Yusuf itu juga membuatkan Hairul terfikir untuk meneroka lebih jauh potensi anaknya itu. Pada masa sama, Hairul turut bersyukur melihat perkembangan positif anaknya dalam pembelajaran.
“Dalam hal berkaitan akademik, saya serahkan tanggungjawab itu kepada Hanis. Saya lihat Yusuf cepat belajar. Tanpa saya sedar, dia sudah boleh mengenal abjad dan sekarang mula belajar mengira,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ibu ayah nak bina keyakinan diri pada anak, ia sebenarnya akan menjadi pencetus anak menjadi seorang yang pandai. Sesungguhnya kejayaan anak bukan sahaja bergantung kepada kepandaian membaca dan menulis tetapi mesti ada sikap yakin diri dalam diri atau kata lain self-esteem. Sikap ini penting ada dalam diri kerana ia menjadi penanda aras dalam pergaulan anak dengan rakan sebaya. Apabila keyakinan anak rendah, ia akan menjejaskan sikap ingin tahu dalam dirinya.
Self-esteem ini terbentuk melalui pengalaman dan situasi-situasi yang telah kita lalui dan ia dapat mempengaruhi tindakan, pemikiran dan keyakinan diri seseorang. Individu yang memiliki self-esteem yang rendah selalu berasa inferior dan canggung.
Adalah penting bagi manusia untuk mempunyai harga diri yang positif. Mereka ini lebih cenderung untuk mencapai kejayaan. Jadi bagaimanakah kita sebagai ibu dan bapa dapat membantu anak-anak kita agar mereka nanti dapat membesar sebagai individu yang memiliki self-esteem yang tinggi? Tips-tips berikut mungkin dapat dijadikan panduan:
1. Berikan kasih sayang tanpa syarat
Terima anak anda seadanya dan sayangilah dia tanpa mengira apapun kelebihan, kekurangan, kebolehan mahupun kelemahannya. Selalulah memeluk dan mencium anak dan beritahu yang anda sayangkan dia. Apabila anak anda perlu dihukum, pastikan dia tahu itu adalah kerana perbuatannya bukan kerana siapa dirinya.
2. Berikan perhatian
Luangkan sedikit masa setiap hari khusus untuk anak-anak. Berinteraksilah dengan mereka tanpa sebarang gangguan lain khususnya alatan elektronik seperti tv dan handphone. Ia membuatkan mereka merasa bahawa diri mereka adalah penting dan berharga.
3. Ambil risiko
Galakkan anak-anak untuk meneroka perkara baru seperti mencuba makanan berbeza, mencari kawan baru atau belajar mengayuh basikal. Walaupun kemungkinan untuk gagal tetap ada, tanpa mengambil risiko, peluang untuk berjaya adalah sangat tipis. Jadi biarkan mereka bereksperiment tanpa campur tangan dari anda. Bina self esteem mereka dengan mengimbangkan perasaan anda untuk melindungi mereka dan kepentingan mereka untuk menguasai kemahiran baru.
4. Biarkan kesilapan terjadi
Membuat silap adalah perkara biasa dalam kehidupan. Ia boleh menjadi pengajaran berharga untuk membina keyakinan anak-anak. Apabila anak-anak berbuat kesilapan, ajar mereka untuk berfikir apa yang boleh mereka perbaiki supaya kesilapan yang sama tidak terjadi lagi. Dengan cara ini, self-esteem mereka tidak akan tergugat. Mereka juga dapat belajar menerima kesilapan dengan positif.
5. Raikan hal-hal positif
Semua orang suka apabila diberi galakan. Jadi pastikan anda berusaha untuk menyebut perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan pada setiap hari. Ia dapat membuatkan mereka sedar akan keupayaan dan kemampuan diri sendiri.
6. Jadi pendengar yang baik
Apabila anak-anak cuba memberitahu anda sesuatu , berhenti dan dengarlah apa yang mereka katakan walau anda mungkin tidak mengerti sepenuhnya percakapan mereka. Mereka perlu tahu yang perasaan dan buah fikiran mereka adalah penting dan bermakna buat anda.
7. Jangan membanding-bandingkan
Jangan sekali-kali membandingkan anak anda dengan adik beradik mereka atau sesiapa sekalipun. . Biarkan anak tahu bahawa anda menghargai keunikan diri mereka. Ia akan membuatkan mereka juga menghargai diri sendiri.
8. Hulurkan empati
Jika anak anda berasa kecewa kerana dia tidak dapat melakukan sesuatu seperti rakan yang lain, tunjukkan empati anda. Beritahu anak anda bahawa dia masih mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Anak-anak perlu faham bahawa setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
9. Berikan galakan
Setiap anak-anak perlukan dorongan dari orang yang mereka sayangi. Sesuatu yang memberitahu mereka ‘ Saya percayakan anda, saya melihat usaha anda. Teruskan’ . Galakan bermakna anda memperakui setiap usaha mereka, bukannya hanya apabila mereka beroleh kejayaan.
Dalam pada mendidik anak-anak, ibu bapa juga perlu berusaha untuk meningkatkan self-esteem mereka sendiri. Anak-anak merupakan pemerhati yang baik. Setiap tindakan anda dapat mempengaruhi mereka. Jadi berilah contoh yang terbaik untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukanya ibu dan ayah kalau ada anak-anak yang sedari kecil dah boleh membaca. Sebenarnya kalau nak anak cekap membaca tidak semestinya hanya dengan latihan membaca sahaja.
Menurut Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, Terapis Cara Kerja di Gym Academy, ibu dan ayah perlu membuat latihan bagi cekapkan pergerakan mata. Aktiviti sebegini dapat membantu anak punya fokus mata yang baik sekaligus membantu mereka untuk membaca di awal usia.
Main baling bola merupakan aktiviti yang boleh mama papa praktikkan dengan anak-anak untuk membantu mereka cekap membaca. Ikut perkongsian beliau:
Tahu tak, MAIN BALING BOLA boleh bantu anak CEKAP MEMBACA?
Kita selalu rasa kalau nak bagi anak membaca, latih membaca je lah kan?
Kita ajak anak duduk, ambil buku, minta anak kita mengeja dan baca.
Hmm… Tulah kesilapan kita.
Kita selalu rasa untuk membaca, anak kena dilatih membaca je.
Tapi….
Sedar tak kita kalau anak nak membaca, anak kena ada fokus mata yang cekap?
Ada anak yang selalu ter”skip” perkataan atau baris masa membaca.
Anak-anak ni kita selalu kata mereka cuai.
Tapi, sebenarnya, mungkin mereka kurang latihan untuk cekapkan pergerakan mata tu.
Cekap pergerakan mata ni ada dua :
Kecekapan anggar jarak
– ni penting untuk anak boleh anggar jarak dari satu huruf ke satu huruf. Anak boleh kenal pasti jarak antara perkataan tu dengan baik.
Barulah anak tak terskip perkataan. Untuk menulis pun penting ni supaya anak boleh tulis dengan kemas.
Kecekapan anggar masa
– ni penting supaya anak tak baca kelam-kabut.
Mata anak akan boleh nak fokus dari satu huruf ke satu huruf tanpa tergopoh-gapah nak baca huruf atau perkataan seterusnya.
Main BALING-TEPUK-SAMBUT akan bantu latih kedua-dua kecekapan mata ni.
Caranya:
1. Anak baling bola ke atas,
2. Tepuk tangan sekali sementara bola masih di atas,
3. Tangkap/sambut bola dengan baik bila bola turun ke bawah.
Boleh cuba pada anak bermula usia 5 tahun ke atas.
SHARE INFO ni supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya ya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.