Mendidik anak bukan hanya isteri bahkan suami iaitu ayah berperanan lebih besar untuk menegur anak. Ibu mungkin sudah terbiasa memarahi anak, namun ayah yang jarang-jarang marah anak punya kesan yang lebih besar pada anak.
Menurut Mohd Fhais, yang sering berkongsi tip keibubapaan, ayah berperanan besar untuk membentuk adab anak kecil. Lebih-lebih lagi bila berbuat tidak baik pada ibu. Biar anak tahu ibu perlu dihormati!
Ada sekali tu saya ternampak anak saya lepuk kepala isteri. Terus saya datang dan pegang tangan anak saya. Istighfar panjang masa tu.
Puncanya dia meragam teruk sebab baru bangun tidur je. Bukan serius sangat pun. Tapi dengan anak anak memang saya ambil serius bab menghormati ibu ni.
Lepas saya pegang tangan dia, terus saya letakkan tangan dia di dadanya. Itu antara teknik grounding untuk tenangkan diri.
Ads
Bila anak dah tenang akan saya cakap benda yang sama, “Tak boleh pukul mama!”
Saya tak jelak untuk “remind” benda ni berulang ulang kali pada anak.
Masa anak usia bawah 7 tahun ni la peluang kita nak didik adab ‘hormat’ pada ibu.
Ads
Fitrah kanak-kanak ni mereka lebih, – dengar cakap ayah – takut cakap ayah – hormat pada ayah
Sebab itu la untuk mendidik anak anak tentang adab memang tugas ayah.
Kalau sejak kecil kita tak ambil berat soal adab ni, nescaya menjelang usia 7 tahun ke atas bukan sahaja ibu tapi dengan ayah sekali anak akan senang hilang hormat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Rita Rudaini melalui instagramnya telah meluahkan bukan mudah untuk menjadi ibu bapa kerana banyak yang harus diuruskan tambahan pula beliau sekarang memegang status sebagai ibu tunggal.
Beliau memuatnaik gambar kedua-dua anaknya dengan kepsyen yang panjang meluahkan peranannya sebagai ibu tunggal. Perkongsian tersebut mendapat tanda suka sebanyak 24 ribu daripada peminatnya.
Hidup sebagau ibu dan bapa banyak yang harus saya uruskan
Hidup sebagai ibu dan bapa pada anak-anak, banyak yang harus saya uruskan, sediakan dan fikir kan. Semuanya saya kena pikir sendiri, tugas dan tggjwb saya dah double triple.
24jam Fikir Anak-Anak Tanpa Fikir Diri Sendiri
24jam berfikir tanpa ada masa untuk fikir pasal diri sendiri, tanpa ada masa untuk rest, untuk diri sendiri, nak beli itu ini untuk hadiah diri sendiri pon dah sy tak pernah pikir lagi sejak ada dua nyawa lagi dalam hidup saya.
Kalau Apa-Apa Terjadi Pada Saya
Masa umpama tidak cukup untuk sy. Setiap masa jugak saya selalu fikir, kalau ada apa-apa terjadi pada saya, macam mana mereka nanti? Sebab tu saya dah bersedia awal-awal dan berterima kasih banyak-banyak kepada En. @rizuanahamad kerana membantu saya untak masa depan kedua nyawa saya ini.
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Kepada semua, nasihat saya, tak kira lah ibu tunggal ke, ibu tinggal ke, or masih berkeluarga, malang tidak berbau sediakan lah payung sblm hujan kerana xsemestinya panas smpai ke ptg.
Terdahulu beliau telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak ternama negara, Aidil Zafuan dan telah berpisah pada tahun 2013.
Selepas berpisah, Rita mengambil alih tugas membesarkan dan mendidik dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.
Menjadi seorang ibu tidaklah mudah. Kadang-kadang akan hilang sabar dek kerana keletihan dan banyak tekanan yang dirasai. Tak kisahlah sama ada ibu bekerja mahupun suri rumah, kedua-duanya akan melalui perkara yang sama.
Banyak sangat buat kerja, mulalah rasa stres. Terlalu penat sehingga jatuh air mata, ingatlah kita manusia biasa. Menangis dan stres adalah perkara normal yang kita rasai.
Kebanyakan ibu lebih suka memendam perasaan, ia sebenarnya tak bagus untuk emosi mereka. Sebenarnya tak salah untuk memberitahu apa yang kita supaya orang lain lebih peka dengan keadaan kita.
Penulis keibubapaan, Wawa Shauqi ada berkongsi tentang hal ini. Ikuti penjelasan beliau ini;
Jadi mak ni, ada waktu yang saya akui, saya lost balance. Nak jadi mak, nak jadi isteri, nak jadi life planner, nak cope dengan kepenatan mengandung. Semua nak pikul dalam satu masa.
Beberapa minggu lepas, saya burn out. Kepala rasa tepu sangat. Tak terpikul dah rasa. Malam tu saya menangis teruk. Kebetulan, husband pula sibuk mengurus hal hantar ambil abah dari Pahang ke IJN, balik ke Pahang.
Saya tinggal semua kerja rumah dan menangis di bilik. Datang Aqlan si 6 tahun tu memujuk. Macam anak kecik, saya terus peluk dia. Bahu saya digosok-gosok lembut. Beberapa minit lepas tu, lega sikit rasa. Agak-agak dah reda, Aqlan tanya saya.
“Mama ok?” “Mama overwhelmed. Mama stres. Rasa tak larat dah nak kerja.” Kata saya. Tak segan dah tunjuk muka huduh, berselaput air mata. “Kalau mama tak larat, mama rehatlah dulu. Mama ajar Aqlan. Nanti boleh Aqlan tolong mama sikit-sikit.” Katanya.
Dengan anak saya yang ni, memang saya sejenis telus je cerita hal ehwal perasaan. Dah macam kaunselor saya buat dia. Bila dia pulak datang mengadu, saya pulak jadi kaunselor dia. “Mama kena buat apa ye Aqlan? Mama kena berenti kerja ke? Mama kena usaha lagi?” Saya cuba menguji dia. “Ikut mama la. Mama nak berenti boleh. Tapi Aqlan suka mama usaha lagi.” Katanya dengan tenang. Sambil tangan menepuk-nepuk belakang saya.
Waktu awal-awal jadi mak dulu, saya skeptikal juga. Takut sangat, bila kita mudah zahirkan air mata depan anak, anak pun ikut fragile. Tapi, pandangan saya berubah, bila dengar sendiri dari nasihat psikologis. “It’s healthy. As long as we model healthy coping strategy.”
Meluahkan tak sama dengan mengeluh. Bila kita mengeluh, anak pun belajar mengeluh. Tapi meluahkan emosi yang dihadapi, ia berbeza.
Maknanya, 1) Lebih baik kita telus dan terbuka dalam meluahkan kita punya masalah dan perasaan. Berbanding kita sorok dan tidakkan perasaan sendiri. 2) Bila kita lebih terbuka, dan validate perasaan sendiri, anak pun lebih terbuka dengan masalah yang dia hadapi. Dari situ datangnya rasa selesa untuk mereka datang berkongsi. Dan jadikan kita tempat nak merujuk. 3) Sebaliknya, bila kita sorok masalah, dan tidakkan kesedihan yang kita lalui, anak cenderung untuk ikut sorok masalah dan perasaan sendiri. Itu lebih berbahaya dan meningkatkan risiko depres dalam diam. 4) Kajian dari Journal of Psychology pernah memetik, mak ayah yang selindungkan stres dan masalah yang dihadapi, interaksi di antara anak-anak lebih dingin. Dan hubungan sihat antara anak-anak dan parents susah terjalin. 5) Apa yang terbaik adalah, kita terus terang pada anak. Dan tunjukkan cara kita handle rasa stress tu. 6) Antara ‘coping strategy’ yang boleh kita modelkan pada anak adalah : 🟡 Selesa luahkan perasaan pada anak 🟡 Positive self talk : “Insya Allah, mama akan usaha lagi.” 🟡 Bertaawuz 🟡 Berdoa minta petunjuk Allah 🟡 Deep breathing 🟡 Peluk untuk dapatkan support 🟡 Tulis list strategi/ solusi, macam mana nak selesaikan masalah tu.
Awal tu memang tak yakin. Takut anak pun ikut fragile dan tisu macam kita. Sebaliknya saya nampak anak saya ni lebih pandai ekspresikan apa yang dia rasa. Syukur alhamdulillah.
Especially Aqlan. Sebab dia lebih banyak dapat kesempatan berbicara secara terbuka bab emosi dengan saya. Dia tak sempurna. Kuat merengek juga. Kalau marah tu, keluar juga suara singa
Tapi alhamdulillah, dia mampu terbuka ekspresikan apa yang dia rasa. Dia tak kekok nak minta tolong untuk cope emosi yang dia rasa susah nak cope. Dan masya Allah, dia boleh namakan emosi kompleks yang dia lalui.
It’s hard. But possible. Semoga anak-anak kita jadi anak-anak yang beruntung. Sebab ada mak ayah sendiri sebagai tempat yang selamat untuk mereka tuju. Dan bahu untuk anak bersandar bila rasa perlu.
Anak-anak kecil kita begitu pantas membesar. Hargailah masa sebaiknya ketika anak masih lagi kecil. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dato’ Fazley Yaakob.
Seringkali melewati Instagram Dato’ Fazley sentiasa dipenuhi dengan peluk cium ketiga-tiga anak lelaki dan perempuannya yang begitu manja.
Menurut kata Dato’ Fazley, dia sebolehnya mahu menghargai setiap masanya bersama anak-anak kerana masa bersama mereka tidak lama. Kelak keempat-empat mereka bakal membawa haluan masing-masing.
Bila diingatkan kembali detik waktu membesarkan anak-anaknya, hati bapa penyayang ini jadi sebak.
“Sedih bila ingatkan anak-anak dah membesar. Tanpa saya sangka anak-anak saya yang tiga laki seorang perempuan ni, semua dah makin membesar, makin dewasa dan akan masuk ke alam yang berbeza selepas ini.
“Daripada sekolah rendah ke sekolah menengah dan yang sebak, Payish anak sulong saya dah mula terima offer untuk berbincang masuk ke universiti-universiti mana dan pengajian apa.
“Bermakna saya dah kena aturkan persedian exam pra universiti dia tak lama lagi,” kongsinya menerusi Instagram.
Kini apa yang dilakukan oleh Dato’ Fazley adalah memperuntukkan masa sebaiknya untuk anak-anak. Sebolehnya perhatian diberikan sepenuhnya kepada mereka.
Tidak hairanlah kini peluk cium dan tidur bersama menjadi amalan mereka bersama setiap hari.
“Saya sering cakap kat anak-anak saya, selagi ada peluang untuk peluk dan cium Dida, tidur dengan Dida, Dida pakaikan baju, ambiklah peluang tu.
“Sebab kita tak tahu, bila masa itu lagi tidak mengizinkan. Pesan Dida untuk anak-anak Dida, Payish, Piyash, Piyush, Ellie, Dida sayang korang terlalu sangat.
“Koranglah nyawa-nyawa Dida, koranglah punca rezeki Dida, koranglah penyebab untuk Dida bangun setiap pagi dan bernafas untuk memberikan kebahagiaan dan kasih sayang yang berpanjangan.
“Moga kalian juga mampu memberikan kasih sayang kepada keluarga masing-masing satu hati nanti,” kongsinya sebak.
Berkongsi kisah kehidupannya kata Dato’Fazley, amalan itu turut dilakukannya bersama adik beradik lain bersama ibu dan ayah mereka hingga mereka membesar.
Bapa kepada empat cahaya mata ini turut menitipkan pesanan buat ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Berilah kasih sayang sehabis yang baik untuk anak-anak.
“Dida sampai umur lewat 30-an pun masih pegang tangan arwah Apakwan, masih cium pipi arwah Apakwan, dan sampai sekarang pun masih peluk cium Ibuwan. Kasih sayang itu tak dapat dijual beli, harta yang terlalu berharga.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Penjuzuk Set dengan diskaun RM5, menggunakan kod PNMGSP5 di SINI.
“Jadi kepada teman-teman, rakan-rakan diluar sana, sama-samalah kita memberikan kasih sayang sehabis baik untuk anak-anak kita. Jadi contoh terbaik. Kekayaan bukan segalanya. Kasih sayang yang berpanjangan adalah akar kebahagian dunia dan akhirat,” kongsi Dato’Fazley lagi.
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.