Kadang-kadang makanan sedap yang kita suka, harganya bukan main mahal. Sedangkan kalau dibuat sendiri, modalnya tidaklah sebesar mana. Bila kita sediakan sendiri boleh buat lebih banyak mengikut keinginan kita. Lebih berbaloi!
Sama seperti resipi Kepak Ayam Madu ini, yang tidak memerlukan bahan yang banyak tapi dapat menghasilkan hidangan yang sedap dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali Panjangnya nama resepi😂, ni resepi bajet, mudah dan sedap, cuma guna 5 bahan perasa saja,mcm 5 rencah 5 rasa pula…Resepi dlm setiap gambar.
Bahan-bahan:
1 sd mkn Madu 2 sd mkn kicap manis 1 sd mkn sos tiram 3 sd mkn minyak
Ads
*Klu tak ada kicap mahsuri pedas, bole guna kicap manis,kemudian tambah cili padi hiris, letak sikit jer jgn bnyk nti pedas😂
#1 Masukkan minyak, tumis bwg putih,bila dah brown masukkan ayam,masak sehingga ayam bertukar warna jadi brown. *Pastikan guna kuali yg tak melekat k “Non stick pan”
Ads
#2 Masukkan kicap,sos tiram dan madu..masak sehingga kering ataupun likat.
—————————————————————————————————–
Ads
Pengambilan madu digalakkan untuk kanak-kanak yang berumur setahun ke atas kerana ia dapat membantu mengelakkan batuk dan selsema. Jika tidak diamalkan setiap hari pun, jika sudah ada gejala batuk, boleh diberikan kepada anak.
Selain itu, madu dikatakan dapat membantu sistem pencernaan anak. Kandungan pelbagai nutrisi dan vitamin dalam madu dalam membantu meningkatkan sistem imunisasi anak serta pertumbuhan mereka. Pengambilan madu setiap hari juga dapat membantu meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak.
Jika anak-anak mempunyai masalah sukar tidur malam, anda boleh berikan mereka sesudu kecil madu. Ia dapat membantu menggalakkan tidur yang lebih berkualiti kerana kandungan enzim di dalamnya.
Pengambilan madu juga sebenarnya dapat membantu mengurangkan tekanan. Apabila merasa letih selepas seharian bekerja, ambillah madu untuk membantu diri merasa lebih tenang dan relax.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susah sangat nak ajar anak kita makan sayur. Kalau disuap bersama nasi, pasti anak tolak mentah-mentah. Terpaksalah mama bertambah kreatif dengan buat trik sembunyikan sayur dalam makanan yang dimasak.
Tapi jenis makanan bagaimana yang mampu tarik perhatian anak kita untuk masak. Tak kisahlah jenis makanan apa asalkan penuh dengan nutrisi dan paling penting berkhasiat.
Resipi Sosej Ayam Sayur yang dikongsikan oleh Puan Norazlin Abd Rahman di facebooknya ini boleh juga kita jadikan panduan. Nampak sedap dan paling penting lebih selamat dan jimat. Jadi jom cuba.
RESEPI SOSEJ AYAM+SAYUR
Makanan sihat untuk anak-anak. Bukan senang nak bagi anak-anak makan sihat yang lengkap dengan happy, terutama sayur. Ini cara paling mudah dan membuatkan anak anda bertambah makan!
Bahan-bahan :-
4-5 ketul dada ayam
2 biji telur
Lobak merah dan daun sup (boleh guna apa-apa sayuran)
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
4 sudu makan tepung ubi
Caranya:
1. Campurkan kesemua dan kisar hingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim dan ikat dihujung kiri dan kanan.
3. Kemudian rebus dalam 10 hingga 15 minit.
4. Goreng jika nak makan, yang lebih boleh simpan.
Siap!
Kredit: Norazlin Abd Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi yang satu ini, lengkap dengan sumber nutrisi malah paling sesuai disediakan untuk anak yang tidak mahu makan nasi. Telur bukan hanya baik dan lengkap bahkan tinggi protein. Bagi anak yang tidak mahu makan nasi, telur adalah sajian terbaik.
Jom ikuti langkah demi langkah resipi sedap dan ringkas yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ini. Mudah!
Makanan ni sangai sesuai untuk anak-anak yang tak suka nasi. Sesuai jugak untuk korang yang tengah berdiet. Twins makan egg muffins tak hengat. Dua ketoi sorang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mee Kari antara juadah yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas berlemak, digabungkan dengan rasa kenyal mi. Memang dapat memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya.
Mee kari ini juga bolehlah menjadi juadah untuk dihidangkan kepada tetamu. Jom ikuti resepi mudah ini. Selamat mencuba!
RESEPI MEE KARI
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee dicelur
PENYEDIAN KUAH MEE KARI
BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
1 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji cili besar merah
5 -7 ekor udang ( isi sahaja)
🎈Tumis bahan kisar diatas sehingga naik bau dan masukkan bahan dibawah.
Sedikit daun kari
4 sudu rempah daging
🎈 selepas rempah pecah minyak massukan bahan dibawah.
l/2 ekor ayam (dipotong kecil)
1 cawan santan
Tauhu kering
Fish Ball
Kerang
🎈Masukkan ayam dan tambah air untuk kuah,biarkan kuah mendidih.Masukan santan dan kacau perlahanlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan perisa gula, garam, ajinamoto dan masukan bahan lain fishball,tahu kering dan kerang.Biarkan mendidih sebentar, siap untuk dihidangkan.
Bahan lain untuk hidangan:
Telur rebus
Bawang goreng
Taugeh
Sawi
Sambal merah
Limau Nipis/ kasturi
Kacang Panjang
Isi kerang
RESEPI SAMBAL MERAH
3 sudu serbuk cili
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu sos cili
1 sudu gula merah
Sedikit garam
Sedikit Secukup rasa
Sedikit gula putih
Cara penyediaan
Panaskan minyak,masukkan serbuk cili dan sos.Masak sehingga pecah minyak,kemudian masukan bahan perasa gula merah,garam dan gula putih.
Kredit:
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.