Musim anak demam, batuk dan selesema yang melanda kini membuatkan mak ayah semakin bertambah risau memikirkan keadaan anak. Menurut kata doktor selebriti, Dr Say Shazril, ikutlah kata hati sambil memantau keadaan anak bila anak sakit, jangan dibiarkan sahaja.
Malah kata Dr Say lagi, setiap anak keadaannya berbeza bergantung kepada tubuh masing-masing. Jadi pentingnya untuk kita sentiasa memeriksa setiap perkembangan anak ketika sakit. Ikut kata hati masing-masing. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
“Dari post batuk selesema aritu ramai parents yang DM, ada yang hantar video corak pernafasan anak siap. Sorry to say saya tak boleh bagi consultation on social media sebab seorang doktor sepatutnya lihat, sentuh & periksa setiap pesakit.
“Sebab banyak benda yang kena check sekiranya budak nafas laju ni contohnya lekuk di dada, bunyi paru-paru mereka, kesukaran pernafasannya. Kang kalau saya cakap anak nafas tak berapa laju padahal muka budak tu dah separa sedar kan bahaya tu.
Ads
“Ni kisah Ace masa dia umur 2 bulan dulu. Sama jugak ceritanya, hantar daycare tak sampai seminggu terus dia batuk selesema.
“Since both of us are doctors kami ingat its okay, kita cuba jaga dulu tapi it didnt take long before keadaan Ace makin teruk.
“Kami bawak ke Hosp Serdang. Masuk wad & tak lama before that makin teruk keadaannya sampai kena bagi oksigen tambahan yang agak kuat bunyinya. 9 hari he was admitted at such a small age tapi apakan daya kami berdua kerja swasta, habis 2 bulan maternity leave kena kerja dah. Tu yang lepas tu amik maid terus tu.
Ads
“Nasihat saya kepada ibu bapa, kita semua ada instinct masing-masing. Kalau kita nampak anak kita pelik, tak makan minum, nampak tak bermaya, nafas tersangat laju, janganlah tunggu. Bawak terus ke klinik/ hospital berdekatan.
“Kalau doktor cakap “dia okay, tak perlu masuk ward”, its okay at least kita tahu yang “owh sebenarnya keadaan macam ni masih ok” & at least we have a peace of mind.
Ads
“Jadi tak perlu malu mahupun malas nak bawak anak kita sekiranya we see something off with them. When it comes to budak-budak it is ALWAYS BETTER TO OVERTREAT THAN UNDERTREAT. Galas elok-elok tanggungjawab yang diberikan kepada kita ye parents,” kongsinya lagi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Dalam kegairahan ibu-ibu menghias rumah jangan pula sampai mengundang bahaya ya. Memang cantik bila rumah dihias dengan kertas dinding ataupun wallpaper tapi biarlah kena pada tempatnya. Tak semua benda atau tempat perlu ditutup dengan kertas dinding.
Usah Pasang Kertas Dinding Pada Peralatan Elektrik
Jangan tampal pada bahan mudah terbakar
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Boleh tingkatkan risiko kebakaran
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Tak salah pun hantar anak ke taska atau pengasuh walaupun bekerja dari rumah. Dalam era moden ini, semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk bekerja dari rumah sama ada secara sepenuh masa atau fleksibel.
Bagaimanapun masih ramai yang berdepan dilema: “Perlukah hantar anak ke taska atau pengasuh sedangkan kita hanya bekerja dari rumah?” Ada juga yang takut dilabel “malas jaga anak sendiri” atau risau dianggap “lebih pentingkan kerja daripada anak.”K enyataannya tidak salah pun untuk menghantar anak ke taska atau pengasuh walaupun bekerja dari rumah.
Ramai yang salah faham bahawa bekerja dari rumah bermaksud kita ada banyak masa lapang. Hakikatnya, mereka yang WFH (work from home) juga ada tugasan, mesyuarat atas talian, tarikh akhir (deadline), dan tanggungjawab profesional yang perlu diselesaikan dengan baik.
Mengendalikan anak kecil dalam masa yang sama boleh menjejaskan tumpuan, produktiviti, dan kualiti kerja – bukan kerana anak menjadi beban, tetapi kerana mereka memerlukan perhatian penuh, aktiviti, makanan, dan rehat secara berkala. Bayangkan perlu hadir mesyuarat penting dalam keadaan anak merengek atau menangis – sudah tentu menambah tekanan kepada ibu bapa.
Mengasuh anak bukan sekadar ‘menjaga’ secara fizikal. Ia melibatkan interaksi, permainan yang merangsang minda, pemantauan keselamatan, dan penyediaan makanan berkhasiat. Jika terpaksa membahagikan perhatian antara anak dan kerja sepanjang hari, kedua-duanya akan terjejas. Anak mungkin tidak mendapat rangsangan dan perhatian yang mencukupi, manakala kerja pula menjadi terbantut.
Dengan menghantar anak ke taska atau pengasuh, ibu bapa memberi ruang kepada diri sendiri untuk menyelesaikan tugas kerja dengan lebih fokus, sekaligus memastikan anak mendapat penjagaan yang sesuai dan berkualiti.
Masyarakat kadang-kadang cepat membuat penilaian – seolah-olah menghantar anak ke taska bermakna ibu bapa tidak bertanggungjawab atau tidak sayangkan anak. Sebenarnya, membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan penjagaan adalah satu bentuk self-awareness dan responsibility. Ia menunjukkan ibu bapa tahu batas kemampuan sendiri dan sanggup mencari penyelesaian terbaik demi kebaikan semua pihak.
Malah, dengan penjagaan yang teratur, ibu bapa boleh meluangkan masa berkualiti bersama anak selepas waktu kerja dengan lebih tenang dan fokus, berbanding jika perlu bekerja sambil mengasuh sepanjang hari.
Taska atau pengasuh yang berkualiti boleh memberikan banyak manfaat kepada perkembangan anak – termasuk kemahiran sosial, rangsangan pembelajaran awal, dan rutin harian yang lebih teratur. Anak juga belajar berdikari dan berinteraksi dengan rakan sebaya dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
Ibu bapa juga manusia biasa. Mengurus kerja dan anak dalam satu masa boleh menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, terutama jika tiada sokongan sekeliling. Memberi ruang untuk diri sendiri bekerja tanpa gangguan adalah salah satu bentuk penjagaan diri (self-care) yang penting. Ibu bapa yang seimbang dari segi emosi akan lebih bersedia untuk menjadi penyokong dan penjaga yang lebih baik kepada anak-anak.
Menurut laporan UNICEF dan WHO, 90% perkembangan otak berlaku dalam 5 tahun pertama kehidupan kanak-kanak.
Kajian oleh American Psychological Association menyatakan bahawa multitasking antara kerja dan menjaga anak boleh menurunkan produktiviti sehingga 40%.
Ini menunjukkan betapa pentingnya persekitaran yang fokus untuk bekerja, dan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan awal anak – kedua-duanya tidak mudah dicapai serentak di rumah tanpa bantuan.
Dr. Rozanizam Zakaria (pakar psikiatri) pernah menekankan bahawa ibu bapa yang keletihan dari segi mental dan emosi cenderung untuk menjadi cepat marah dan tidak sabar yang boleh memberi kesan terhadap hubungan dengan anak. Memberikan ruang untuk diri sendiri bukan satu bentuk mementingkan diri, tetapi langkah penting untuk kesihatan mental.
Farah, seorang pereka grafik yang bekerja dari rumah selepas bersalin, mencuba menjaga anak sambil bekerja tetapi mengalami tekanan kerana tidak sempat menyiapkan tugasan dan sentiasa berasa bersalah terhadap anak. Selepas menghantar anak ke pengasuh separuh hari, dia bukan saja dapat bekerja dengan lebih tenang, tetapi lebih ceria dan sabar apabila bersama anak selepas waktu kerja.
Hafiz, seorang jurutera perisian, menetapkan jadual tetap untuk bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang. Anak dihantar ke taska berhampiran. Dia gunakan masa selepas 5 petang untuk bermain dan makan malam bersama anak – mewujudkan keseimbangan kerja dan keluarga yang sihat.
Bekerja dari rumah sering menyebabkan sempadan antara “waktu kerja” dan “waktu rumah” menjadi kabur. Dengan menghantar anak ke taska, ibu bapa boleh menetapkan sempadan yang jelas:
Pagi hingga petang: fokus kerja.
Petang hingga malam: fokus keluarga.
Ini membantu dalam mengelakkan keletihan melampau (burnout) dan menjadikan masa bersama anak lebih berkualiti.
Tidak semestinya 8 jam penuh:
Ada ibu bapa yang menghantar anak ke pengasuh separuh hari sahaja.
Ada juga yang memilih pengasuh datang ke rumah beberapa jam sehari.
Yang penting adalah menyesuaikan pilihan dengan keperluan dan bajet keluarga.
Masyarakat perlu sedar bahawa menjadi ibu bapa moden datang dengan pelbagai cabaran. Bukan semua orang ada sokongan keluarga terdekat, dan bukan semua kerja fleksibel sepenuhnya. Kita perlu lebih empati terhadap pilihan individu dan berhenti membandingkan dengan zaman dahulu yang keadaannya jauh berbeza.
Setiap keluarga berbeza dan mempunyai keperluan unik. Ada yang mampu menjaga anak sambil bekerja, ada yang perlukan bantuan. Apa jua keputusan, yang penting ia berdasarkan realiti dan keupayaan masing-masing, bukan tekanan sosial atau persepsi orang luar.
Menghantar anak ke taska atau pengasuh bukan bermaksud gagal menjadi ibu bapa. Ia bermakna kita cukup prihatin untuk mencari keseimbangan demi kebaikan semua pihak.
Pelakon dan pengacara Yana Samsuddin yang pernah berkongsi leher anaknya berdarah akibat digaru berkongsi keadaan anaknya yang kini semakin pulih.
Kata Yana, luka itu disebabkan kuku jari tangan anak ketiganya yang berusia tujuh bulan itu tumbuh ke atas dan agak keras sehingga menyebabkan pendarahan apabila digaru.
“Sebenarnya kuku anak saya tumbuh ke bahagian atas dan agak keras. Ia mungkin sebab kalsium tinggi.
“Jadi apabila dia panas dan berpeluh pada leher, dia akan menggaru sampai terluka,” katanya berkongsi.
Berkongsi detik itu kata Yana dia pada mulanya tidak perasan leher bayinya berdarah namun tercium bau hanyir ketika menyusukan anaknya dalam gelap.
“Masa kejadian waktu malam, saya dengar dia menangis dan mengangkat dia untuk memberikan susu badan.
“Saya pula tak buka lampu tapi ada tercium bau hanyir macam darah. Bila saya buka lampu, tengok memang anak berlumuran darah. Saya panik sebab ingatkan ada benda lain yang berlaku pada anak.
“Jadi saya ambil video dan hantar pada suami. Tak sangka pula dia kongsi di media social,” katanya berkongsi.
Kata Yana lagi, biarpun sudah sembuh, bahagian leher anaknya masih lagi kemerah-merahan disebabkan bayinya masih menggaru lehernya.
“Walaupun dah jumpa doctor, masih lagi kemerah-merahan disebabkan goresan kuku.
“Saya pula tak pandai potong kuku anak yang masih kecil, jadi keadaan itu berulang,” katanya lagi.
Terdahulu, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari mendirikan rumahtangga pada 13 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.