Pejam celik, pejam celik kini anak bongsu Shuib bersama arwahyarhamah Siti Sarah yang kembali ke rahmahtullah akibat COVID-19 sudah pun berusia satu tahun lima bulan.
Si comel Ayash Affan yang dilahirkan pada tarikh 6 Ogos 2021 kini sudah semakin membesar malah makin laju langkahnya sejak pandai berjalan.
Bukan saja pandai berjalan, banyak telatah comel Ayash sering dikongsikan di Instagram arwah ibu dan ayahnya.
Terbaru, video yang dimuat naik menerusi Instagram arwah ibunya itu menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, si comel Ayash yang menjadi kesayangan semua dilihat sudah pandai solat sendiri.
Ads
Video yang dimuat naik itu sudah pastinya menarik perhatian wargamaya yang sentiasa mengikuti perkembangan keempat-empat anak pasangan selebriti ini.
“Ayash solat Jumaat ke tu? Alhamdulillah,” tulis dikapsyen.
Bahkan menerusi perkongsian neneknya, kongsi ibu kepada Shuib, cucunya itu sedang belajar solat dan berhenti serta malu-malu bila dilihat oleh neneknya. Memang anak yang bijak.
Ads
“Tengah belajar solat.
“Nampak nenek rekod terus bangun,” tulisnya di video.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut setiap arwah turut memuji Ayash yang rajin solat malah turut mendoakan anak kecil itu agar menjadi anak yang soleh.
Terdahulu, pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 ditangisi ramai kerana pada penghujung hayatnya, Allahyarham sedang sarat hamil anak keempat hasil perkongsian hidup dengan pelawak dan ahli perniagaan berjaya, Shuib Sepahtu.
Pemergian seorang murid Tahun Tiga, Abdul Fatah Khairol Rizal, akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sekolahnya, bukan sahaja meninggalkan duka buat keluarga, malah turut merobek hati sahabat karibnya, Qarnain.
Sejak hari pertama jenazah dikebumikan, Qarnain tidak pernah alpa menziarahi pusara arwah. Dia setia datang, seakan memahami betapa perginya seorang sahabat bukanlah perkara mudah untuk ditelan, apatah lagi pada usia semuda ini.
Tiga keping gambar Qarnain yang duduk di kerusi, menatap pilu sambil menangisi pemergian sahabat tersayang, menyentuh hati ramai netizen. Bapa Allahyarham, Khairol Rizal Mustafa, turut berkongsi momen itu di media sosial. Beliau sendiri mengakui sebak melihat nilai persahabatan yang begitu tulus.
“Gambar itu dikongsi oleh ayah Qarnain kepada saya. Bila melihatnya, saya sendiri rasa sedih kerana anak sekecil itu sudah begitu mengerti erti sahabat sejati. Saya simpan di TikTok, bila rindu saya boleh tengok bila-bila masa,” luahnya.
Menurut Khairol Rizal, anaknya dan Qarnain duduk bersebelahan di dalam kelas. Sejak itulah persahabatan mereka mekar, sehinggalah menjadi sangat rapat.
Namun, semenjak pemergian arwah, guru kelas memaklumkan Qarnain kelihatan berubah. Dahulu aktif, kini lebih banyak diam. Kesunyian jelas menyelubungi dirinya.
Ayah arwah menyedari perubahan itu. Katanya, “Saya faham dia kehilangan arwah. Saya pesan kepada ayah Qarnain supaya terus beri semangat, bimbang kesedihan ini berpanjangan.”
Kejadian tragis itu berlaku ketika acara sukan sekolah, disaksikan ramai termasuk ADUN Lenggeng, Mohd Asna Amin. Abdul Fatah terjatuh selepas memijak penutup lubang kumbahan jenis fiber yang akhirnya meragut nyawanya.
Insiden itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang menegaskan pihaknya akan menyiasat secara terperinci agar tragedi sebegini tidak berulang.
Buat keluarga, luka ini terlalu dalam. Buat seorang sahabat kecil bernama Qarnain, ia adalah kehilangan besar yang barangkali akan diingatinya sepanjang hayat.
Namun di sebalik kedukaan, kita semua diingatkan tentang betapa murninya nilai persahabatan, walau pada usia muda. Kasih sayang yang ikhlas sesungguhnya tidak mengenal batas usia.
Setiap tragedi membawa pengajaran. Buat ibu bapa, marilah kita lebih peka terhadap keselamatan anak-anak di sekolah. Buat anak-anak, hargailah sahabat selagi mereka ada di sisi. Dan buat Qarnain, semoga terus tabah kerana setiap doa dan ingatanmu untuk sahabat kecil itu pasti sampai kepadanya.
Ibu mana yang tidak resah gelisah selepas marah anak. Rasa bersalah menghantui diri kerana melepaskan semua kemarahan pada anak kecil. Jangan resah, sebaliknya cari jalan untuk perbaiki kelemahan kita dan bagaimana cara tepat untuk berdepan dengan anak-anak.
Menurut perkongsian daripada Ibu Rose, ada caranya untuk berdepan dengan kemarahan. Lebih-lebih lagi bila berdepan dengan kemarahan pada anak-anak. Ini sebaiknya yang patut dilakukan oleh mak ayah.
TIP HILANGKAN RESAH DAN MARAH DENGAN SEGERA
Anda pernah dalam keadaan resah sebab risau tak cukup duit, risau anak asyik tak dengar cakap, risau rumah tangga kucar-kasir, risau itu dan risau ini…STOP!
Tarik nafas dan start buat ni:
Baca Bismillah
1- Ambil kertas 2- Tulis apakah keadaan hidup yang anda hendak. Tulislah 5-10. 3- Ayatnya buat macam dah terjadi dah pun. Bersyukurnya, duit semakin cukup dan datang ke dalam hidupku dengan mudah. Bersyukurnya, sekarang mudahnya anak-anak mendengar cakap dan membantu dengan ceria. 4- Bacalah berkali-kali sambil merasakan dengan kuat di dalam hati. Agar ia menjadi doa yang kuat. Sambil bayangkan dalam minda anda dan kuatkan di hati. 5-Sekarang vibrasi anda dah tinggi. Masa ni kuatkan dan bayangkan diri anda yang anda sebut tadi. Kuatkan dengan membawa ia ke hati anda.
Dan anda tak perlu asyik kena buat every time untuk be in that state. Dengan ilmu anchoring atau mempasakkan dalam Self-Actualisation Psychology, anda boleh terus access state ini dengan mudah.
Sebab bila dah rasa dengan kuat tu, terus anchorkan physically or mentally. Tutup dengan DOA Allah makbulkan.
Bila nak be in that blissful state again, contohnya dah mula rasa resah…release jer anchor itu and bagaikan kita tekan switch…kita mula rasa balik ketenangan itu and flush away keresahan itu.
Tip Kawal Kemarahan Pada Anak
Setiap kali terasa hendak marah anak, jauhkan diri seketika daripada anak, biarkan hati tenang dan apabila sudah tenang barulah peluk dan cium anak semula.
Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita sayang dia saat kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya kata-kata yang positif.
Maafkan anak kita setiap waktu walaupun perbuatannya amat melukai hati kita dan sentiasa membuatkan diri kita marah.
Yang paling penting jaga tutur kata kita ketika marah, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukai hati atau menuturkan kata-kata yang negatif. Jika ini terjadi juga karena kita khilaf, cepat-cepat cari waktu yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah karena dia berbuat salah, bukan bermaksud membenci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes penderaan anak asuhan seolah-olah seperti satu trend sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan ada sahaja kisah bayi atau kanak-kanak yang diperlakukan dengan kejam hingga meninggalkan kesan kecederaan dan trauma dalam diri mereka.
Mungkin secara luaran tak nampak sikap sebenar tetapi apabila anak dihantar dan dijaga baru pecah tembelangnya setelah anak menunjukkan beberapa perubahan mendadak selain sering menangis.
Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Fatin Zulhaq dia ada memuat naik satu status mendakwa anaknya telah didera ketika berada di bawah jagaan pengasuh.
Mengaku 18 tahun mengasuh, ada sijil
Pertama, nak cerita pasal mula-mula nak dapatkan pengasuh sebelum masuk kerja. Fatin dapat pengasuh ini dari sebuah kelab di Facebook. Pada malam tu Fatin start text die, tanya semua lah pasal anak dan pengasuh tu. Pengasuh tu sendiri mengaku dia dah 18 tahun pengalaman mengasuh, ade sijil dan kalau boleh nak limit jaga anak tu 2 org sahaja kalau keluarga dia tak kisah katanya.
6 hari selepas cari pengasuh selain dia, saya dan mak pergi ke rumah dia untuk suai kenal dan turut bawa si Lufya. Habis berbincang dan kami tetapkan untuk hantar Lufya lepas 9/9/19. Sebab masih cuti dan nak hantar mak balik kampung. Pengasuh terima dan minta bayar awal bulan mungkin takut parents tak jujur. So saya siap bayar awal bulan tu, tapi baby tak hantar lagi tau.
Masa first hantar Lufya terkejut ramai sangat anak asuhan yang pengasuh ni jaga, lebih 8 orang waktu tu. Dia cakap ramai yang transit baby ada 3 org termasuk Lufya. Bulan pertama hantar memang tak susah hati lagi. Walaupun bulan pertama hantar hanya 8 hari, kami masih bayar full. Sebab kami sangat percaya pada pengasuh ni.
Tiap kali nak hantar anak nangis, ambil petang mata bengkak
Bulan kedua, Fatin dan suami sudah rasa tak sedap bila hantar Lufya. Bila letak dalam carseat je menyebek nak menangis. Asal balik dari rumah pengasuh, mata bengkak macam baru lepas menangis yang lama. Jujur Fatin sebagai ibu, Fatin tahu anak Fatin macam mana dia, sangat mudah dijaga. Fatin kerja shift so kalau hantar pagi pukul 10am Fatin akan mandikan Lufya sesiap, dan kalau hantar pukul 2 petang sepatutnya kena ambil pukul 10 malam. Tapi selama hantar Lufya dengan pengasuh ni, 1 hari sahaja kami pernah tinggal Lufya sampai pukul 10pm, itu pun sebab Fatin shift petang dan suami ada operasi waktu tu. Tapi masih sama hantar 11 hari dan bayar full.
Mula minta naikkan bayaran
Pernah sehari tu Fatin tanya dia ni kenapa dekat leher Lufya macam ada lebam, kena semut ke? Tapi dia cakap itu tahi lalat tapi lepas 3 hari yang dia cakap ‘tahi lalat’ tu hilang. Lepas daripada tanya ni, pergi ambil Lufya dan pengasuh tu nak naikkan harga upah. Lepas bincang dengan suami keesokannya, kami bersetuju untuk bayar seperti yang dia nak. Sambil tu Fatin try juga lagi cari pengasuh lain dalam group tu.
Masuk bulan ketiga pada 12/11/19, Fatin sepatutnya kerja petang tapi Fatin hantar anak awal sebab nak ke rumah anak-anak yatim di Ampang (activist di sana). Fatin sempat text pengasuh sebab nak hantar anak awal. Dan ada depan rumah dia pukul 10.30 pagi untuk hantar Lufya. Bagi salam 5 kali tapi tak dijawab, dengar budak-budak gelak main-mainan, call baru pengasuh tu sedar. Rupanya dia tidur. Lepas itu letakkan Lufya baik-baik dekat tilam dia, sebab mata dia dah lali nak tidur. Dalam perjalanan nak ke Ampang tu, dalam hati ini memang gundah-gulana, siap bagi tahu suami suruh cari pengasuh lain.
Muka anak berbirat
Petang pukul 6, suami pergi ambil Lufya dan tengok muka anak berbirat. Suami tanya pengasuh, dia cakap kena cakar dengan anak asuhan lain. Suami ambil beg Lufya terus keluar dari rumah pengasuh tu. Waktu tu Fatin kerja, suami sempat hantar gambar Lufya. Hati ibu mana tak runtun tengok muka anak sampai macam ni. Bila tanya, dia suruh kita pula pergi settle kan dengan mak budak asuhan (budak perempuan) yang cakar Lufya tu. Ya Allah, mana tanggungjawab awak sebagai babysitter. Mak budak tu call lah Fatin minta maaf semua, padahal bukan salah dia. Itu pun entah betul ke tidak anak dia pukul, sebab anak dia baru 1 tahun 6 bulan.
Keesokan hari, Fatin dan suami pergi jumpe pengasuh dan niat kami memang nak tahu cerita sebenar. Sebab waktu ibu budak (Sue) yang kononnya pengasuh tu cakap dia cakar Lufya tu ada call dan bagi tahu Fatin, pengasuh cakap anaknya telah tampar Lufya. Nampak tak dah bercanggah, kami pergi dan kebetulan Sue ada dekat situ, kami bersembang secara profesional.
Pada awalnya, pengasuh tu minta maaf sambil mengalirkan air mata dan Sue sekali lagi minta maaf. Untuk pengetahuan semua Sue follow up Fatin pasal kes Lufya ni pada malam kejadian tersebut dan pengasuh hanya buat keras je. Suami tanya pasal kkm, katanya dia ada. Pada awalnya dia cakap dengan Fatin, Lufya kena cakar, dengan Sue dia cakap anak Sue tampar. Dan berdepan dengan pengasuh sendiri dia cakap anak kene permainan lego. Dan yang paling latest suami dia cakap anak asuhan lain jatuh dan tertampar Lufya.
Disyaki didera
Kalau mereka benar, Fatin pasti jawapan akan jadi sama tapi kenapa mesti lain-lain. Pengasuh siap tanya apa feedback, masih nak hantar tak. Keputusan Fatin memang tidak dan kami datang untuk ambil tilam dan barang-barang Lufya. Dalam kami berbincang dan nak tahu cerita tu saya luahkan semua pada pengasuh yang pada awalnya dia dah tipu saya, dan dia cakap anak asuhan dia hanya anak Fatin dan anak Sue sahaja. Selebihnya dalam 8 orang mcm tu adalah anak asuhan ibu dia yang berumur 50-an.
Suami bagi tahu, semalam pergi HKL doktor tak cek lagi. Tapi dalam surat doktor tulis Lufya disyaki didera. Mereka ada juga tanya masih nak buat report ke, Fatin keluarkan surat report yang dibuat oleh suami semalam dan tunjuk pada mereka dan sekarang hanya tunggu pihak polis jalankan tugas . Waktu ni memang nampak muka resah pengasuh tu.
Diharapkan dengan perkongsian ini boleh jadi peringatan bersama ibu bapa lain. Kalau rasa ada tak kena kena cepat bertindak kerana anak kecil belum pandai nak beritahu apa-apa selain hanya menangis sahaja.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.