Tak disangka-sangka aktiviti bermain basikal bagi seorang kanak-kanak berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila mangsa ditemui lemas bersama basikal selepas terjatuh dalam tali air.
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikenali sebagai Muhammad Firash Darwisy Azlan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai Dua, Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas.
Gambar Hiasan
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kepala Batas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Sampai di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki Melayu berumur 6 tahun telah terjatuh di dalam tali air.
“Mangsa telah berjaya dinaikan ke darat oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Hospital Kepala Batas yang berada di lokasi berkenaan.
Ads
Foto Ihsan: PDRM
Temui sepasang selipar terapung
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kehilangan Muhammad Firash disedari kakak mangsa yang keluar mencari selepas mangsa tidak pulang ke rumah.
Kakak mangsa kemudian keluar mencari adiknya dan telah terlihat sepasang kasut kanak-kanak terapung di dalam tali air berkenaan.
Ads
Dia kemudian meminta bantuan penduduk kampung yang kemudian turun ke dalam tali air itu untuk mencari mangsa sebelum menemui basikal milik mangsa dan seterusnya jasad kanak-kanak malang itu.
Terjatuh bersama basikal
Siasatan mendapati, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tali air yang mempunyai kedalaman dua meter bersama basikalnya.
Mayat mangsa ditemui di dasar tali air bersama basikalnya pada jam 6.30 petang.
Sudah menjadi tanggung jawab ibu ayah untuk mendidik anak-anak agar mereka membesar menjadi individu yang terbaik. Lumrah anak yang sedang membesar, pasti ada masanya akan bergaduh antara adik beradik. Namun, bagaimana cara terbaik untuk kita menegur kesilapan anak dengan cara berkesan tanpa melukakan emosi mereka?
Melalui perkongsian di laman Instagram Eira Syazira, dia berkongsi rakaman video ketika suaminya menegur anak-anak mereka. Di dalam video itu dapat dilihat Pak Azad menegur anak mereka dengan tegas tanpa perlu marah-marah.
Anak-anak pula sangat patuh dan menerima teguran ayah mereka dengan baik. Melalui video ini, Pak Azad mungkin menegur kedua-dua orang anaknya kerana bergaduh berebutkan barang.
Memang salute lah cara Pak Azad ni. Walaupun orangnya lucu dan selalu melawak, tapi bab mendidik anak-anak diambil serius. Tak perlu naik suara pun, boleh nampak anak-anak sangat mendengar kata dan faham apa yang cuba ayah mereka sampaikan.
Jom tengok apa kata warga maya yang menonton video ini:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Jenazah Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang terkorban semasa serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand dikatakan senyum dan tenang. Ramai yang menangisi pemergiannya.
Allahyarham Muhammad Haziq merupakan anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42 tahun, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika yang meragut 50 nyawa itu, Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12 tahun dan Allahyarham Mohd Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
ADIK MASIH TRAUMA, BELUM TAHU ABANG SUDAH TIADA
Mohd Tarmizi cedera parah akibat terkena tembakan dan telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menjalani pembedahan manakala Mohd Haris tidak mengalami sebarang kecederaan namun dilaporkan trauma.
WAJAH BERCAHAYA KETIKA JENAZAH DIURUSKAN
Menurut laporan Astro Awani yang menemurah ibu saudaranya, Zarina Shuib, jenazah anak saudaranya itu berada keadaan tersenyum dan seumpama sedang tidur. Zarina turut dimaklumkan yang wajah anak saudaranya itu seperti bercahaya ketika jenazah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.
DITEMBAK DUA KALI PADA BADAN
Dalam kejadian di masjid Al Noor, Allahyarham Muhammad Haziq menurutnya mengalami kecederaan akibat ditembak sebanyak dua kali pada anggota badan. Dalam kejadian itu bapanya, bapa Mohd Tarmizi Shuib juga mengalami kecederaan.
SENYUM DAN TENANG
“Rasa sedih, terkilan sebab dia anak saudara. Reda dengan pemergian dia (Haziq). Mungkin sudah sampai ajal tuhan. Sudah ketentuan meninggal masa tu. Mariani (adik) ada sebut jenazah (Haziq) senyum dan tenang,” katanya Zarina.
Jenazah Allahyarham Muhammad Haziq dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurch selepas disahkan meninggal dunia setelah hampir seminggu kehilangannya.
WAJAHNYA SANGAT BERSIH SEPERTI SEDANG TIDUR, HIDUNG & BIBIR MERAH SEPERTI MASIH HIDUP
Selain itu, menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Putera Sriwijaya, wajah anak muda ini sangat bersih, seolah-olah sedang tidur. Hidung dan bibirnya masih merah seperti masih hidup.
Putera Sriwijaya berkongsi di laman Facebooknya yang dia turut mengusung keranda Allahyarham dan menurunkan jenazah ke liang lahad. Dalam perkongsiannya, lelaki ini mengakui mungkin ada amalan yang dilakukan Allahyarham Muhammad Haziq yang menyebabkan pemergiannya dalam keadaan yang sangat baik.
BEREHATLAH DENGAN TENANG
Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam posting Instagram menyebut akan pemergiaan Allahyarham Muhammad Haziq pada hari Jumaat, di dalam masjid dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah akan diberikan ganjaran yang besar dan mendoakan Allahyarham mendapat syahid di sisi Allah SWT.
drzulkifli.albakri Pencarian yang akhirnya menemui jawapan. Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq atas pemergian insan yang tercinta.
Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, insyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar. Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT.
Kami menyeru semua masjid dan Surau Diri Jumaat dalam Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.
Buah hati rakyat Malaysia yang viral tahun lepas, Ainul Mardhiah kini semakin sihat membesar. Si comel ini sentiasa menjadi tumpuan ramai sejak dari awal kisahnya disiarkan sehinggalah kini.
Terbaru Pa&Ma berkesempatan menemui Ainul dan keluarganya untuk shooting cover edisi khas anak istimewa. Untuk edisi kali ini sisi hidup adik Ainul akan dikongsikan dari kedua ibu bapanya sejak Ainul disahkan sakit sehinggalah perkembangan terbarunya sekarang.
Jika sebelum ini rakyat Malaysia dah tahu kesakitan yang Ainul lalui kerana menghidap Germ Cell Tumor sejak dia dilahirkan siapa sangka ada rezeki Ainul di sebalik kesakitannya itu.
Ketika tumor tersebut semakin membesar semasa usianya 9 bulan, kisah Ainul ini telah mendapat perhatian daripada Dr Nur Amalina Che Bakri.
Dr Amalina dianggap wira oleh rakyat Malaysia kerana melalui dialah Ainul berjaya menemui pakar perubatan di London untuk melakukan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram yang berada dalam mulutnya.
Kini setelah 8 bulan Ainul berjaya membuang tumor tersebut, perkembangan Ainul dari sehari ke sehari semakin positif dan sangat baik.
Memandangkan ada beberapa step yang Ainul delay sebelum ini kerana kesakitannya itu, dia kini sedang dalam proses untuk belajar bersama terapis dan banyak perkara baru dah mula dipelajarinya.
Ainul dah pandai salam, bye-bye dan nak ajak orang main. Paling kagum dengan Ainul dia tak banyak ragam dan mudah dijaga.
“Amboi, Ainul dah jadi model…”
Apa yang membuatkan buah hati rakyat Malaysia ini menjadi perhatian selepas shooting cover Pa&Ma in, Dr Amalina telah memberi maklum balas positif di twitternya.
Dia yang banyak membantu Ainul sepanjang berada di London tak sangka rezeki si comel ini. Dengan memuat naik caption “Amboiii, Ainul dah jadi model” jelas nampak kegembiraannya setelah berjaya memberi sinar baru dalam hidup Ainul.
Perkara ini juga turut dikongsikan oleh walid dan mama Ainul melalui laman Instagram mereka. Semua kisah adik Ainul Mardiah bakal menemui pembaca sempena edisi istimewa Pa&Ma pada bulan April nanti.
Terima kasih Dr Amalina!
Disebabkan perkongsian dan kata-kata Dr. Amalina tersebut, ramai netizen yang tak putus-putus mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu dan berusaha untuk mengembalikan keceriaan si comel ini dan keluarganya.
Sakit gigi ketika hamil jangan dipandang ringan. Kisah seorang ibu yang meninggal akibat sepsis ini menjadi peringatan penting untuk mendapatkan pemeriksaan.