Adat berumah tangga, suami isteri perlulah saling membantu bukan hanya soalan anak-anak tetapi dalam menguruskan rumah tangga. Jika hanya satu pihak sahaja yang memainkan peranan, maka tiadalah toleransi dalam kekeluargaan.
Rata-rata golongan suami semakin terbuka dalam pengurusan rumah tangga malah golongan suami ini juga turut menghulurkan bantuan untuk menguruskan rumah. Nampak remeh tetapi percayalah jika ada penglibatan suami dalam rumah tangga, emosi isteri juga akan positif dan sihat. Ikuti perkongsin ini.
Semalam selepas Isyak saya on washing machine. Dan kemudian pukul 10 lebih saya dah terlelap.
Bangun awal pagi saya turun bawah siapkan menu sahur, sediakan ubat Abah dan keperluan lain. Dah ready semua saya gerak Abah dan si kembar yang tidur di ruang bawah. Tak lama kemudian incik suami turun dan sahur bersama- sama. Selesai sahur dia bantu saya mengemas dapur, basuh periuk nasi dan sebagainya.
Ads
Bila naik atas semula saya jenguk ke balkoni. Lega. Setel satu kerja. Incik suamiku dah siap sidai semua pakaian yang dibasuh semalam di ampaian. Tak pasti sama ada dia sidai semalam atau sebelum turun sahur tadi.
Ya, antara salah satu punca mood orang perempuan stabil adalah disebabkan perkara kecil seperti ini. Mungkin kecil bagi orang lain, tapi tidak bagi kami kaum wanita. Bila ada yang membantu memudahkan tugasan di rumah hati cukup rasa berbunga- bunga.
Percayalah…
Ads
Apabila suami dan anak- anak selalu bantu melakukan tugasan rumah bersama ianya mengurangkan tugasan dan penat lelah kita seharian. Bila kurang tugasan, badan dan otak taklah penat dan ini membuatkan mood kita happy dan ceria.
Andaikata seorang ibu/isteri secara tiba- tiba hilang mood, mungkin ini antara puncanya. Segeralah bertindak. Bantu dia melakukan tugasan rumah bersama- sama dan pasti anda akan lihat dia berubah menjadi individu yang ‘normal’ semula.
Ads
Sebenarnya kaum wanita bukanlah serumit yang disangka. Tak susah pun nak happy kan orang perempuan ni. Kalau bagi bunga atau hadiah satu hari je happy, tapi kalau selalu bantu buat kerja rumah hari- hari jadi happy. Happy wife, happy life😄.
Terima kasih kepada kaum adam yang ringan tulang membantu melakukan tugasan di rumah bersama. Tindakan sebegini cukup buat kami kaum hawa rasa disayangi dan dihargai ❤️
Kredit: Nurlia Mohd Nor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puan Nurull Halawati berkongsi pengalaman yang dilaluinya dan bersyukur kerana ketika diri sedang terumbang-ambing, suami memberikan sokongan dan sentiasa bertenang menangani situasi tersebut.
Jadikan pengalaman ibu ini sebagai pengajaran dan panduan bersama.
WANITA , KEMURUNGAN & STRESS
Membaca kes-kes ngeri melibatkan isteri meroyan dan kemurungan, mengingatkan saya pada kes diri sendiri.
Iya, saya sendiri pernah mengalami fasa stress hingga hampir kemurungan yang agak teruk waktu mengandungkan Hafii. Ditambah pula masa tu kami baru tahu emak ada kanser payudara, dalam masa sama kami sekeluarga sibuk dengan persiapan kawin adik perempuan. Semua itu bergabung membentuk satu tekanan EMOSI yang sangat hebat. Masa tu ada juga watsap kawan yang kerja doktor untuk bantu carikan tempat untuk terapi. Pembawaan budak barangkali, hari-hari menangis dan merasa semua keadaan mengecewakan.
Kesedihan dan keserabutan hidup juga berkait dengan masalah kebersihan. Bukan mengada-ngada, tapi sejak kecik lagi saya memang penggeli, dan sangat berkira bab kebersihan ni. Sampai balik kampung pun saya bertinggung je tak nak duduk atas papan kayu yang ada lubang-lubang nampak tanah tu (rumah kampung lama).
Sampai sekarang, pergi mana-mana pun wajib saya bawa kain bersih@ cadar untuk lapik tempat baring saya dan keluarga. Sebab saya bayangkan tilam tu terbiar lama dan penuh habuk. Tak boleh lena bila fikir tidur atas beribu-ribu habuk dan hama. Saya rasa itu penyakit saya (geli habuk). Pergi hotel pun saya akan lapik juga tempat tidur saya. Kalau ada kain batik pun jadilah, asalkan berlapik.
Setengah orang boleh tidur di mana saja, bawah meja, celah timbunan baju dll. Tapi saya, zaman sebelum kawin dulu sebelum tidur bilik kena rapi, senyap dan tenang. Sebelum tidur sembur minyak wangi dulu, baca doa dan tidur. Renyah kan..tapi gitulah kekdahnya.
Jadinya, keadaan di rumah wajiblah indah dan menenangkan. Dari dulu hobi saya hias rumah, susun bunga, deko macam-macam. Masa dekat asrama bilik hostel saya paling bersih dan cantik, dapat hamper lagi.
Tak Boleh Tengok Rumah Bersepah!
Masa dapat Anis, rumah mantain bersih dan kemas lagi. Masuk anak kedua, dah bersepah sikit dan jenuh jugalah mengemas. Masa mengandungkan Hafii, Maya dah 3 tahun dan dia paling suka sepahkan rumah. Jenis tumpah air merata-rata, makanan pun bersepah satu rumah. Carpet pun pakai jenis yang boleh basuh selalu. Disitulah bermula stress saya, merasa diri macam bibik yang terlebih waktu kerja
Saya akan kemas rumah hari-hari, malam mengemop, vacuum. Hari-hari, berulang-ulang sampai naik penat. Tambahan pula saya menulis, jadi selagi rumah bersepah selagi itulah otak ‘jammed’, blur je rasa.
Sampai ada sekali tu, saya tak mampu lagi kawal emosi, bungkus baju dan angkut dua beradik ni pergi hotel. Dengan mengandung, beg lagi, budak kecik 2 orang ni lagi…nangis-nangis macam dalam drama tv tu (sendiri tulis skrip sendiri berlakon).
Masa tu rasa nak lari jauh-jauh, ke hujung dunia gitu. Memang rasa PERLU SANGAT untuk keluar dari rumah yang macam Titanic karam tu. Saya pun ambil grab, turun depan Hotel Sunway. 20 minit dari rumah.
Suami balik kerja petang tu dia relax-relax je dekat rumah, ingat saya pergi rumah mak. Orang punyalah merajuk, tunggu panggilan dia memujuk, dia tak sedar pun tragedi itu (surat cinta atas meja pun dia tak baca..eee..geram rasa). Masa ni memang rasa lawak sebab tak macam dalam drama bila laki kuar dalam hujan cari bini dia.
Lepas dah sedar saya takde di rumah mak baru dia kaget dan watsap saya tanya di mana. Baru dia kelam-kabut datang ke hotel saya dan anak-anak. Duduk situ 2 hari rasa tenang dan hilang keserabutan.
Mujur Ada Suami Yang Sabar Dan Tenang
Sejak kes drama tak jadi tu, saya dan suami berdiskusi panjang. Suami pun menasihati+memujuk+kaunseling bagai. Keadaan berubah, anak-anak akan selalu buat sepah, saya kena belajar menerima keadaan tu. Tak larat tak perlu kemas.(panjang la tarbiah dia sambil usap-usap kepala saya macam anak kecil). Isteri pun nak dimanja tau.
Akhirnya perlahan-lahan saya cuba berubah. Kalau dulu hari-hari mop, vacuum, sekarang seminggu sekali. Kalau dulu pantang bersepah saya macam lipas terbang kemas rumah, sekarang lebih santai dan pejamkan mata je. Dulu selalu cuci mata tengok FB Deko Rumahku Syurgaku, sekarang memang tak tengok dah, bimbang penyakit lama datang balik.
Masalah saya selesai, stress saya berjaya diatasi apabila suami menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Suami perlu jadi tenang saat berdepan dengan isteri yang sedang menghamburkan lahar kepenatannya
Buat isteri dan ibu di luar sana, jangan sesekali memendam semua keperitan rasa, luahkan dan dengarkan pada seseorang(seharusnya suami), supaya keadaan tidak bertambah teruk di masa depan. Ibu bahagia keluarga harmoni.
Boleh dikatakan 66% ibu bapa pernah mengalami ‘Parental Burnout’ dan 2/3 daripada jumlah ini adalah para Ibu.
‘Parental burnout’ tidak sama seperti ‘burnout’ yang dialami di tempat kerja. Jika kita mengalami ‘occupational burnout’ kita boleh ambil cuti tanpa gaji, ‘sabbatical’ ataupun letak jawatan, cari kerja di tempat lain.
Dengan ‘parental burnout’ kita tidak ada pilihan, kita tidak dapat melarikan diri dari tekanan dan kelesuan sebagai seorang Ibu ataupun ayah. Kita perlu terus ‘bekerja’ dan memikul tanggungjawab yang sama, di tempat yang sama dengan orang yang sama di sekeliling kita. Bayangkan.
Individu yang mengalami ‘parental burnout’ merasa sangat letih dan lesu dari segi fizikal, emosi dan mental.
Dia merasa ‘fed-up’. Dia merasa ragu akan keupayaan diri sendiri untuk memikul tanggungjawsab sebagai seorang ibu ataupun ayah, maka dengan itu ingin menjauhkan diri dari si anak.
Ada yang sampai ke tahap terdetik bahawa adalah lebih baik sekiranya anak itu tiada kerana dia tidak menyusahkan anak dan tidak membebankan dirinya sendiri. Keseronokan sebagai seorang ibu atau ayah semakin terhakis. Dia mula rasa gelisah, rasa bersalah, rasa malu, rasa marah. Bercampur baur semuanya.
Dia sendiri tidak suka berada dalam keadaan burnout ini dan tidak memilih untuk merasa atau berfikir begitu.
TETAPI
Ramai ibu bapa yang mengalami burnout ini memilih untuk simpan sendiri tekanan, kesukaran dan derita yang dialami kerana mulut manusia ini terlalu cepat menghukum, terlalu cepat menilai berdasarkan acuan sendiri.
“Keadaan kamu tidaklah seteruk mana. Ada yang lebih teruk.”
“Mak-mak kita dulu anak 10 relek saja, orang sekarang anak baru sorang dah stress.”
“Syukurlah ada anak, ramai orang yang bertahun-tahun kahwin tak ada anak tau!”
Macam-macam lagi dinilainya tanpa empati. Lebih baik diam dan simpan sahaja. Biarlah ditanggung sendiri daripada diluahkan.
“Atau mungkinkah aku sememangnya tidak layak menjadi seorang ibu.”
Individu yang mengalami ‘parental burnout’ ini bukanlah manusia yang tidak bersyukur mempunyai anak ataupun manusia yang jauh dari Tuhan. Tidak sama sekali. Mereka sudah sampai ke tahap tidak mampu lagi menanggung tekanan kerana kekuatan dan ketabahan yang ada sudah semakin susut.
Sedikit kekuatan yang tinggal itu tidak seimbang dengan tekanan yang semakin menggunung.
Jadilah pendengar yang baik sekiranya ada ibu atau ayah yang meluahkan perasaan tentang tekanan atau burnout yang dihadapi.
Empati!
Empati!
Empati!
Walaupun anda tergolong di antara 30% yang tidak pernah mengalami ‘burnout’ itu, teruskan menjadi pendengar yang baik kerana dengan hanya mendengar anda boleh membantu si ibu mengeluarkan apa yang membelenggu.
Anda boleh membantu si anak juga kerana ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ yang kronik BOLEH mengabaikan anak dan boleh menjadi kasar dan punitif.
Anak-anak yang dilayan sebegini oleh ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ menjadi lebih sukar untuk dikawal, hiperaktif dan agresif.
Anak-anak ini kemudiannya terus dihukum disebabkan oleh perangai mereka yang sukar dikawal, maka jadilah ia kitaran negatif yang tiada kesudahan, baik bagi ibu dan ayah yang mengalami ‘burnout’ ataupun anak itu.
Ramai yang tidak faham dan ramai yang tidak cuba memahami. Cari orang yang boleh memahami untuk bercerita ataupun orang yang melalui perkara yang sama. Cari grup yang menyokong dan bukannya menghubungi entah sesiapa.
Jangan bergantung pada media sosial untuk meluahkan kerana terlalu ramai yang tiada empati atau hanya akan meninggalkan emoji ketawa.
YANG PALING PENTING, suami dan isteri saling bantu membantu dalam memikul tanggungjawab.
Lebih parah, ‘burnout’ yang tidak ditangani boleh menjadi antara punca kepada masalah mental yang lebih serius seperti kemurungan dan kecelaruan. Dapatkan bantuan profesional ya.
Satu Survey yang dijalankan secara atas talian telah mengumpulkan respon daripada 2,000 wanita, dan 70% daripadanya setuju mereka lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai tubuh badan lebih besar dengan berat lebih 10kg daripada beratnya.
Ini adalah kerana, pada pandangan wanita, lelaki yang mempunyai tubuh badan seperti bapa ini menunjukkan tanda bahawa lelaki itu selesa dengan badannya sendiri.
Antara hasil kajian lain adalah seperti berikut:
Jadi, kajian survey yang telah dijalankan oleh sebuah pusat kesihatan ini menunjukkan wanita masa kini lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai badan biasa berbanding mereka yang mempunyai badan sado.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.