Bila lahir anak pertama, ramai ibu yang belum pandai untuk handle penyusuan anak. Anak tak nak menyusu badan. Anak menangis tak berhenti, ibu ingat susu tak keluar. Anak kena jaundice asyik nak tidur saja dan tak nak menyusu.

Seperti perkongsian Dr Mazliana Mazlan, stres ibu lepas bersalin sedikit sebanyak boleh menganggu kesihatan ibu dan juga menjejaskan pengeluaran susu badan.

Ibu stres sebab anak tolak susu badan. Ibu ingat susu tak keluar. Ibu fikir susu tak cukup.
Saya pun pernah alami juga sewaktu bersalin anak pertama di hospital, dan saya tanya staff nurse yang datang ke bilik, “akak, anak saya ni hypo ke atau sejuk sebab aircond? Dia tak nak menyusu sangat, nampak macam terketar-ketar tadi.”

Nasihat Dr Buat Ibu Baru Bersalin, Bayi Selalu Menangis Janganlah Stres. Bertenang Dulu!

Nurse buat pemeriksaan, kemudian beliau jawab, “Dr nak saya bagi susu formula ka kat anak Dr?” Terus saya jawab, “takpa kak, takpa. Saya bagi kerap lagi susu kat dia, dia tak pandai lagi kot minum betul-betul.”

Anak, baru lahir ke dunia. Ibu, baru pertama kali menyusu anak yang lahir. Setiap hari di hari berpantang anak pertama saya agak struggle menyusukan anak. Stres, anak tak pandai minum, saya tak pandai beri. Dan setiap kali itu juga saya ingatkan diri sendiri, “sabar, dua-dua tengah belajar, aku tengah belajar, anak pun tengah belajar. Practice makes perfect kan.”

Beri masa untuk mereka berdua ibu dan anak. Masa untuk sama-sama belajar dan adapt dengan kehidupan baru. Ibu belum pandai beri susu dengan cara yang betul, anak pun belum mahir minum susu dengan cara yang baik.

IKLAN

Ada juga suami, ibu ayah, ibu ayah mertua, mahupun orang sekeliling suka minta untuk ibu yang baru nak belajar menyusukan anak itu beri susu formula walaupun di hari kedua kelahiran.

“Susu tak cukup tu, sikit sangat dia minum, sulam susu formula sama, baru lah dia kenyang.”

“Anak lapar tu, tengok dok menangis saja dari tadi.”

“Keturunan kita memang takdak susu, bagi ja formula, kesian anak lapar sebab susu tak banyak.”

IKLAN

Anak umur dua tiga hari, berapa banyak sangat susu yang dia perlu untuk setiap kali minum. Sikit, sikit sangat. Tak sampai sebesar telur pun.

Nasihat Dr Buat Ibu Baru Bersalin, Bayi Selalu Menangis Janganlah Stres. Bertenang Dulu!

Ibu-ibu tak perlu runsing kalau susu tak keluar banyak di hari-hari pertama kelahiran anak. Tak perlu cari susu formula dan beri anak di kala umur mereka baru dua tiga hari. Banyak mana susu yang keluar, insyaAllah itu cukup untuk anak. Kerapkan menyusu, walaupun yang keluar itu sedikit sahaja.

Jarang ada yang nak tolong semak semula cara penyusuan ibu itu betul atau tidak, cara hisapan anak itu melekap dengan baik atau tidak.

IKLAN

Ramai suka bagi cadangan paling mudah dan cepat untuk ibu dan anak dengan pemberian susu formula. Ini bukan jalan terbaik untuk kita cadangkan pada ibu-ibu yang baru belajar menyusu anak pertama ya.

Ajar teknik yang betul untuk ibu menyusu anak dengan baik. Minta mereka dapatkan nasihat dari kaunselor laktasi, jika kita tak mampu untuk ajar ibu tersebut.

Masih juga tak dapat berikan susu ibu itu sendiri, ibu Rasullullah ada tunjukkan cara lain untuk dapatkan susu ibu dengan mencari ibu susuan.

Berusaha semampu mungkin untuk beri anak kita dengan susu ibu, kerana susu ibu adalah susu paling berkhasiat untuk semua anak-anak.

Kredit: Dr Mazliana Mazlan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI