Anak suka bermanja tu tak salah. Namun, adakala memang buntu dibuatnya bila anak terlampau manja dan mengada-ngada. Serba serbi nak ikut kehendak dan kemahuan dia. Seringkali juga terfikir adalah kesilapan dalam mendidik anak-anak, kekurangan skil keibubapaan menjadi punca anak berperangai begini.
Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah. 3 sebab yang menjadi punca anak jadi manja mengada-ngada sebagai panduan bersama.
Anak-anak dilahirkan dalam keadaan pasrah dan tersedia untuk dibentuk. Manja dan mengada-mengada bukanlah sifat aslinya. Dia lahir bersih dari sifat-sifat itu. Kalau anak manja mesti ada yang memanjakan, kalau anak mengada-ngada mesti ada yang suka melayan kemengadaannya.
Namun manja tidak salah kerana melalui sifat manja dia bersedia menzahirkan emosinya yang ingin dibelai dan dikasihi. Anak yang manja ada potensi untuk dibangunkan kecerdasan emosinya, kita boleh sarankan dia meletakkan dirinya di tempat orang lain lantas memupuk empati diri.
Yang agak merisaukan adalah bila manja membawa kepada mengada-ngada, semoga saranan berikut dapat membantu ibubapa mengesan sebab kenapa anak-anak menjadi manja mengada-ngada tak dengar kata.
Ads
Ikut Cakap Anak
Kesannya anak merasakan suaranya mempunyai kuasa arahan dan ibu atau bapa WAJIB dengar arahan tersebut. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika setiap jeritannya dan tangisannya akan disusuli dengan kepatuhan ibu dan ayah. Apa sahaja yang dingini anak akan dituruti oleh si ibu atau si ayah.
Cara Terbaik: Biasakan anak sabar menunggu, di saat dia meminta sesuatu jelaskan padanya apa yang diingininya perlu melalui proses persediaan, kalau perlu terangkan langkah-langkahnya terangkanlah.
Ads
Contoh: Nak buat air susu; harus dimulai dengan mencari botol susu terlebih dahulu diikuti dengaan cuci dan rebus dalam air mendidih, perlu masak air dan jadikan suam kuku sebelum dicampur dengan susu.
Ada masanya libatkanlah anak dalam mana-mana langkah yang sesuai dengan tahapnya seperti mencari botol susunya, atau langkah terakhir menggoncang campuran susu dalam botol.
Serba Salah Nak Tegur Dan Tegah Anak
Ads
Perasaan ini menyebabkan anak rasa apa yang dilakukannya adalah ok. Diam kan tandanya setuju. Sedari kecil anak perlu diajar tentang apa yang salah dan apa yang betul, jika panjat meja adalah etika yang salah segeralah sampaikan maklumat tersebut pada anak, sama ada mengangkatnya turun dari meja atau kenalkan padanya tentang perbuatan itu salah atau beri alternatif aktiviti yang lain.
Anggap Anak Kecil Lagi
Anggapan ini menyebabkan kita ambil mudah potensi berdikari pada diri anak. Mengharapkan anak akan faham bila dewasa nanti dan mengambil alih potensi mandirinya akan menjadikan anak itu terbiasa jadi “tuan” serta tidak kenal keupayaan diri.
Anak yang biasa dengan kerja di rumah, diberi kepercayaan untuk mengurus dan membersihkan dirinya di samping ibubapa sebagai pemantau yang rapi, akan menjadi anak yang matang dan berjiwa pemimpin.
Semoga Allah pandang dan sayang usaha kita.
Sumber: Ustazah Isfadiah/ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ada anak ni, memang rumah confirm bersepah dan keletah anak-anak yang memang diluar kawalan kita. Memang stres kan. Nak juga lihat rumah kemas bila balik kerja.
Perkongsian Nurul Mutalib memang deep untuk kita hadam tenang pengurusan anak. Kenalan anak-anak ini akan jadi memori manis apabila mereka dewasa nanti. Jom kita baca perkongsian Why So Serious
WHY SO SERIOUS???
• Post yang panjang dan sila baca dengan hati yang terbuka dan kanak-kanak yang dimaksudkan adalah berumur 7 tahun ke bawah.
Baru-baru ni saya ternampak satu post di fb mengenai seorang doctor yang mampu mendisplinkan anaknya walaupun mereka masih merangkak. Maka ramai lah yang tersentap dan ramai juga yang menyokong. Ya, itu cara doctor tersebut. Tidak salah dan betul. Semua ada hak masing-masing bagaimana mendidik anak-anak mereka.
Saya dan suami merupakan ibu bapa yang tak pernah pernah ikut mana2 tip keibubapaan. Jarang sekali saya share tips2 yang lalu di wall fb. Saya baca tetapi tidak share. Kalau sempat saya baca. Kalau ok saya amalkan, kalau tak ok biarkan sahaja lah. Saya juga tak pernah mengikuti mana2 seminar, program kelas, bengkel atau yang seangkatan dengan nya berkaitan dengan ilmu keibubapaan. Saya tak pernah beli majalah-majalah keluarga, ibubapa atau anak2. Cuma ada beberapa buku yang saya jadikan panduan.
Sebabnya, ilmu keibubapaan ni sangat luas sampai tak tahu nak ikut yang mana satu. Lebih2 lagi kat Malaysia, macam2 trend pun ada.
Trend USA di mana ibu bapa over protective. Malah ibu bapa yang membiarkan kanak2 berpeleseran akan didakwa. Trend di Europe pula kanak2 diberikan kebebasan sepenuh nya dan anak yang happy itu penting. Kanak-kanak diberikan peluang buat semua perkara yang disukai sendiri. Trend di Jepun pula yang menerapkan displin tinggi di kalangan kanak-kanak. Semua wajib teratur. Dan yang paling banyak dan popular keibubapaan secara islamik. Part islamik ni, yang buat bisnes pun ramai, dari seminar, bengkel hinggalah tadika. Atau pun cara mak bapak kita dulu-dulu yang mungkin ‘kolot’, garang tetapi berkesan. Sekali jelling terus menusuk ke dalam hati, sekali cubitan ketam berminggu lebamnya.
Apa yang saya nak beritahu. Saya adalah guru Pendidikan khas sekolah rendah. Guru biasa-biasa je, tak hebat mana pun. Hampir 10 tahun pengalaman di dalam bidang Pendidikan khas, saya dah biasa dengan perangai budak-budak ni. Sepuluh arahan, belum tentu satu pun nak dengar. 2 sekolah yang pernah saya ajar. Kemasukan murid-murid khas paling sikit 20 orang setahun dan paling ramai 45 orang setahun. Bayang kan dengan bilangan murid sedemikian, setiap murid masalah dan perangainya berlainan. Tenaga kerja cikgu pula x de lah ramai mana. Nampak simple, tapi penat sebenarnya. Jadi sayalah cikgu paling garang merangkap guru displin di kelas. Bukan garang biasa tapi garang gila. Saya lalu atau melintas je pun anak murid terus perangai elok. Takde buat sepah, takde nak tantrum. Haha. Kawan-kawan saya pula lebih lembut untuk seimbangkan peranan cikgu di sekolah. Tetapi dengan anak-anak istimewa ni, mereka jarang simpan dalam hati. Esok nya datang sekolah dengan fresh start, terus ucap sayang cikgu, cikgu cantik lupa dah semalam kena marah, haha. Dan kemudian buat perangai semula. Dan begitu lah hari-hari. Apa cikgu tampal di dinding dicabut, buku-buku dikoyakkan, mainan dirosakkan dan macam-macam lagi la. Kadang-kadang kami pula yang tak larat nak garang. Jadi layankan je karenah murid-murid istimewa ni sebab diaorang ni la yang menjadikan hari-hari cikgu datang sekolah penuh dengan senyuman dan gelak ketawa. Kalau kami terlalu serius, boleh jadi stress kan…
Apa yang saya kagum adalah semangat ibu bapa kepada anak-anak istimewa ni. Ada ibubapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka boleh bermain seperti kanak-kanak lain sebabnya anak mereka autism, hanya termenung tanpa perasaan bila nampak mainan. Ada ibu bapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka riuh bercakap sebabnya anak mereka speech delay atau non verbal. Ada ibubapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka berlari di dalam rumah sebabnya anak mereka cerebral palsy. Ada ibu bapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka boleh dibawa dikhalayak ramai sebabnya ramai yang memandang pelik anak mereka sindrom down. Ada ibubapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka tidak tantrum tanpa sebab.
Jadi, bila saya sampai di rumah. Dah la penat di sekolah, rumah bersepah, anak-anak aktif dan banyak kerja rumah nak kena setel. Kemudian, pejam mata, tarik nafas dalam-dalam… Syukur, saya dikurniakan anak-anak yang sihat, tiada kekurangan upaya dan aktif. Masih mendengar kata walaupun kena ulang banyak kali dan sering terlupa. Waktu malam mereka masih lagi tidur lena. Masih ramai ibubapa anak-anak istimewa yang sanggup buat apa sahaja untuk ‘menormalkan’ anak mereka. Mereka nak waktu tidur mereka normal, didik anak cara normal dan diterima masyarakat normal.
Anak-anak main bedak, losyen, minyak masak, sirap, ink printer, telur, habis semua dinding diconteng dan macam-macam lagi. Kalau orang putih dah panggil sensory play haha. Memang rasa tak cukup nafas. Persepsi cute atau annoying tuh kita yang tentukan sendiri. Bila kita penat bekerja, nampak sepah yang macam tuh. Tengok anak, rasa gelihati, amik pic, record video dan kemas. Rasa kelakar tuh dah menceriakan sekejap hari kita, lupa sekejap penat dan boleh kemas. Atau pun tengok anak geram, stress, membebel dan kemas. Kelakar atau geram, tetap kena kemas juga.
Mungkin salah kita sebab terlupa dan terlambat nak ajar anak kita behave semasa mereka masih merangkak. Beruntung lah orang-orang yang telah diberi ajaran Islam daripada ibu bapa nya dan sekarang diamalkan pula untuk anak-anaknya. Mungkin ajaran Islam kita belum sempurna sehingga anak-anak terlalu nakal.
Ya dalam Islam sangat mementingkan kebersihan dan adab. Dan di dalam Islam juga ada istilah sabar. Sabar lah dalam mendidik anak-anak. Sabarlah dalam menjaga rumahtangga. Sabar lah di dalam saat susah dan payah. Ada anak-anak kecil memang banyak cabaran dan dugaan. Sedangkan Rasullullah sendiri melamakan sujudnya semata-mata membiarkan Hasan dan Husin bermain di atas punggungnya. Tidak pula dikatakan Hasan dan Husin itu tidak ada adab. Di dalam Islam juga ada fasa sebelum mummayiz iaitu lebih kurang sebelum umur 7 tahun. Masih belajar membezakan baik dan buruk.
Pengalaman saya sendiri, 2 tahun lepas ketika umur Abid 3 tahun dan Lily 1 tahun, kami sekeluarga makan di sebuah warung satay di Kuantan. Secara tiba2, tuan punya kedai mengambil semua sudu dan garfu dia atas meja dan merampas yang berada di tangan anak saya. Puncanya, anak saya bermain sudu dan garfu tersebut sambal makan. Sudahnya anak saya makan tanpa sudu dan garfu. Geram juga hati saya. Rasa macam nak bersemuka dan lempar pinggan kat warung tuh. Haha. Tetapi suami cakap, tak payah sambung makan, bayar dan balik. Niat di hati nak viral kan. Rasa nya diam lebih baik. Sebab nya saya tahu, memang akan ada orang yang sebegini.
Kadang-kadang bukan tak garang. Saya juga antara mama yang garang. Pernah juga saya buang lego sebab sakit hati punya pasal terpijak. Anak-anak sedih, papa nya kutip semula dari tong sampah dan basuh. Dah dibagi amaran, tenung sampai tembus mata dan pujuk cakap elok-elok. Ingat nya sekejap sahaja. Kadang-kadang kita pun x sampai hati, macam video lily baru-baru ni… Niat asal nak menyapu bilik sebab lego bersepah, keluar sekejap cari penyodok. Batang penyapu dah jadi microfon. Dari nak marah jadi terhibur. Saya juga pelanggan setia kepada perkhidmatan part time maid. Tak larat sangat dan rumah dah macam tongkang pecah. Call je part time maid. Setel.
Memang ada orang yang pantang macam-macam.
Pantang tengok rumah bersepah termasuk lah rumah orang lain.
Pantang anak-anak nakal termasuk lah anak orang lain.
Pantang family berimejkan serabai dan selekeh termasuklah family orang lain.
Pantang tengok budak-budak usik barang.
Pantang tengok budak tidak reti duduk diam masa makan.
Dan macam-macam pantang lagi la. Saya pun ada pantang juga, pantang sale dan pantang tengok makanan. LOL.
Ini yang selalu saya amalkan, saya akan cuba elakkan daripada berjumpa dan berurusan dengan orang banyak pantang.
Kalau dia pengasuh, saya tidak akan hantar anak saya ke rumah nya. Bimbang habis semua hiasan rumah orang tuh.
Kalau dia cikgu, saya tidak akan hantar ke sekolah tersebut. Bimbang stress dia nak ajar anak saya.
Kalau dia doctor, saya tidak akan dapatkan rawatan daripada dia. Bimbang hancur barang-barang kat klinik dia.
Kalau dia ada restoren, saya tidak akan makan di kedai makan dia. Bimbang berterabur restoren dia.
Klu dia ajak datang ke rumah, saya akan bagi alasan tidak sempat singgah.
Kalau dia nak datang ke rumah saya, saya cakap saya tiada di rumah.
Sebabnya saya tahu, mereka ini tidak berbunyi tetapi di dalam hati penuh dengan penilaian. Elakkan rasa menyampah orang lain adalah lebih baik. Insya allah ada orang dan tempat yang boleh menerima kanak-kanak banyak akal dan aktif.
Saya sedih sebab di saat usaha kementerian kesihatan meningkatkan kesedaran mengenai kemurungan di kalangan wanita. Ada doctor yang bercakap mengenai rumah sempurna dan anak-anak yang beradab. Malah menilai kanak-kanak nakal di hospital dan klinik berkait rapat dengan didikan ibubapa. Saya risau di saat kita bercakap mengenai kepentingan meningkatkan mutu Pendidikan awal kanak-kanak, ada guru prasekolah sudah siap menilai murid-muridnya tidak beradab dengan cara didikan ibu bapa di rumah.
Setiap orang ada level stress yang berbeza. Setiap orang ada kerajinan yang berbeza. Setiap orang ada kepenatan yang berbeza. Setiap orang ada kemampuan yang berbeza. Dan setiap orang juga ada masalah yang berbeza. Memang akan ada orang yang berbangga saya tiada maid, semua saya buat sendiri. Tetapi itu tidak menjadikan kita lemah apabila kita memerlukan pertolongan orang lain dalam menguruskan keluarga, anak-anak dan hal rumahtangga. Memang ada kwan-kawan saya yang pelik bila saya panggil part time maid setiap minggu sedangkan saya cikgu, kerja setengah hari dan anak pun baru dua. Saya juga tidak lah menyokong bahawa rumah yang sangat bersepah itu bagus atau suasana yang kotor itu bagus, tetapi buat lah apa yang kita mampu dan terdaya. Tahu limit kita selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran agama, tidak merbahayakan dan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak dan keluarga, dan tidak mengganggu persekitaran atau orang lain.
Jadilah ibu bapa yang paling selesa untuk anak-anak kita. Percayalah sekiranya anak-anak kita tidak mempunyai masalah kekurangan upaya dan membesar seperti kanak-kanak lain. Insya Allah minat mereka terhadap bedak, sirap, melukis di dinding cuma sekejap sahaja. Umur 6 tahun dah sibuk minta main Minecraft. Haha. Kita pula rindu keletah dan nakal mereka masih kecil. Berdoalah yang terbaik semoga anak-anak kita menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan keluarga. Menjadi ibu bapa itu untuk seumur hidup. Sekarang berhadapan anak kecil, nanti anak belajar, kemudian anak nak kahwin dan seterusnya. Nikmatilah apa jua parenthood moment kita dengan anak-anak. Menjadi ibu bapa yang tegas tak salah. Menjadi ibu bapa yang lembut juga tak salah. Menjadi ibu bapa acah-acah garang macam saya pun okay kot. And then again. WHY SO SERIOUS???
Berhenti lah menjadi masyarakat yang menilai dan berkata
Anak cikgu tapi bodoh
Anak doctor tapi berpenyakit
Anak askar tapi lembik
Anak polis tapi merompak
Anak ustazah tapi tak reti mengaji
Anak imam tapi buat maksiat
Anak artis tapi tak lawa
Anak pensyarah tapi lepas SPM dok rumah
Anak suri rumah tapi kaki merayap
Anak nelayan tapi tak makan budu. Eh boleh ke? Haha… belasah je laaa
Dan macam-macam anak lagi laaaa….
SAY NO TO JUDGMENTAL PARENTING. CELEBRATE DIFFERENCES. APPRECIATE UNIQUENESS.
I never failed my kids, my kids never failed me. We bless to each other.
Cikgu dan mama garang;
Nurul Mutalib
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi mengenai salah seorang anak kembarnya Emelia yang sudah mula menunjukkan dirinya seorang kidal selepas banyak aktiviti dilakukan menggunakan tangan kiri.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, tidak mengapa jika mempunyai anak kidal. Malah beliau menasihati ibu bapa supaya tidak memaksa anak mereka untuk berubah menggunakan tangan kanak seperti orang lain.
Nampak macam Emelia bakal kidal sama macam Tasha. Dia menggunakan banyak tangan kirinya untuk melakukan sesuatu. Tapi terlalu awal untuk mengesahkannya.
Jika anda perasan anak-anak kidal, biarkan dan biar dia selesa dengan caranya. Jangan paksa mereka ubah untuk menggunakan tangan kanan,” katanya.
Muszaphar berkongsi perkara berkenaan di akaun instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan beliau memuat naik Emelia sedang makan dan memegang sudu ditangan kirinya.
Beritahunya lagi, dia pada mulanya seorang kidal sewaktu kecil tetapi telah cuba diubah oleh bapanya untuk menggunakan tangan kanan.
Ia berlaku pada diri saya juga, bapa saya selalu mahu saya menggunakan tangan kanan. Mungkin sebab itu juga saya mahir menggunakan kedua-dua tangan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi beberapa fakta dan kelebihan menarik untuk orang yang kidal.
Beberapa fakta tentang orang kidal
1. Hanya 10% daripada populasi dunia
2. Otak kanan lebih dominan
3. Mereka lebih berkreativiti, kuat imaginasi dan mempunyai gerak hati.
4. Tidak diketahui mempunyai IQ yang lebih baik dalam kajian terbaru 2018 .
5. Golongan lelaki lebih banyak kidal
6. Gen antara yang memainkan peranan
7. Mereka lebih mahir dalam Multi Tasking
8. Mereka mempunyai kelebihan dalam sukan tertentu seperti renang, seni pertahankan diri, tenis dan tinju. Mereka juga lebih mahir dalam permainan video.
9. Anak kembar lebih cenderung menjadi kidal
10. 13 Ogos ialah Hari Kidal Sedunia.
Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu waktu ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.
Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.
Kenapa?
Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun.
Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran dan tantrum terhenti…
Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).
Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!
Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?
Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura2 masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu…penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.
Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”
Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu.
Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu…