Ibu kandungkan kamu 9 bulan. Sakit lahirkan kamu ibu rasa sekejap saja, begitu mudah lahirkan kamu. Walaupun ibu kena induce sakit ibu sekejap saja. Kamu lahir hari Jumaat waktu pagi ya Allah sungguh indah.

Kehadiran kamu disambut keluarga tetapi kematian kamu seluruh Malaysia mendoakan untuk kamu Sumayyah. Seindah nama kamu Sumayyah. Ya Allah kau telah kurniakan 1 kurniaan mu yang tak ternilai untuk-Ku iaitu aku melahirkan anak syurga ini dalam rahim Ku Ya Allah.

Ibu halalkan setiap titis susu ibu dekat kamu Sumayyah selama 2 tahun. Ibu abah rindukan kamu. Kamu selalu dalam hati ibu dan abah. Tarik ibu dan abah ke syurga Allah 1 hari nanti ya Sumayyah. Ibu yang melahirkan kamu Sumayyah. Ibu masih terasa pelukan pertama kamu dengan ibu.

Nenek Panggil! Sehari Sebelum Dilanggar Sumayyah Nampak Arwah Nenek. Ibu Reda Pemergianmu

Ya Allah sesungguhnya kau Maha Besar Lagi Maha Berkuasa. Aku terima ini takdir Ku. Walaupun pahit pasti ada manisnya nanti. Saat kamu menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan ibu dengan berlumuran darah ibu akur Sumayyah. Kamu harta yang tak ternilai ibu ada di dunia ini Sumayyah. Tidur malam tanpa kamu amat pahit sebab kamu tak pernah berpisah dengan ibu. Ibu cuma ada bantal, selimut kesayangan kamu. Senyum ketawa kamu ibu tak lupa Sumayyah.

Sumayyah Nak Pergi Jumpa Nenek

Begitulah perasaan seorang ibu, Nur Daliia Yusoff, 28, apabila anak sulungnya meninggal dunia apabila dilanggar kereta yang sedang mengundur di halaman rumahnya.

IKLAN

Menerusi laporan Utusan Online, kata-kata Annur Sumayyah Syabandi, 3, yang ingin pergi ke pangkuan neneknya yang telah meninggal dunia 10 bulan lalu menjadi kenyataan apabila anak syurga ini maut dilanggar sebuah kereta yang mengundur dalam kejadian di Rumah Panjang, Tanjung Tokong dua hari lalu.

Menurut Daliia, Sumayyah memberitahu, dia ternampak arwah neneknya sehari sebelum kejadian itu dan ingin pergi bersama-sama neneknya itu.

Nenek Panggil! Sehari Sebelum Dilanggar Sumayyah Nampak Arwah Nenek. Ibu Reda Pemergianmu

“Ibu saya meninggal dunia kira-kira 10 bulan, lalu, Sumayyah beritahu dia nampak arwah panggil dia dari atas semalam dan dia mahu pergi ke pangkuan ibu saya.

“Saya tidak sangka Sumayyah benar-benar pergi seperti mana ibu, kami kebumikan Sumayyah di sebelah kubur ibu,” katanya.

IKLAN

Nenek Panggil! Sehari Sebelum Dilanggar Sumayyah Nampak Arwah Nenek. Ibu Reda Pemergianmu

Pemandu Tertekan Pedal Minyak

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, Annur Sumayyah maut akibat terkena bahagian belakang kereta Proton Saga yang merempuh bahagian depan rumah panjang itu selepas pemandunya tertekan pedal minyak ketika sedang mengundur kenderaan itu.

Nor Dallia yang kini sarat mengandung lapan bulan berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah manakala anak sulungnya itu berada bersama bapanya, Yusoff Chik, 54, di halaman rumah.

IKLAN

“Saya bergegas keluar sebaik sahaja mendengar bunyi dentuman kuat sebelum ternampak anak saya di tengah jalan manakala bapa saya juga cedera di bahagian tangan dan mengalami bengkak di kaki akibat dihempap pagar kayu,” katanya.

Nenek Panggil! Sehari Sebelum Dilanggar Sumayyah Nampak Arwah Nenek. Ibu Reda Pemergianmu

Reda Pemergian Anak

Dalam pada itu, Nur Dallia berkata, dia reda dengan pemergian Sumayyah. Wanita berusia 35 tahun yang melanggar anaknya adalah kenalannya sendiri yang datang ke rumah untuk melawatnya setelah lama tidak berjumpa kerana dia sebelum ini tinggal di Kuching, Sarawak.

Pada saya dia tak mungkin nak buat macam itu, bukan niat dia, Allah SWT dah letak takdir anak saya begini, saya reda,” katanya.

Sumber: FB Daliia Yusof & Utusan Online

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI