Netizen Doakan DS Shahida Dherbs Yang Sarat Mengandung Terus Murah Rezeki. Lembut Je Layan Anak-Anaknya

Share

Datin Sri Shahida Dherbs, isteri usahawan terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri sememangnya seorang ibu yang penyayang dan penyabar.

Terkenal dengan wajah keibuan yang penuh kelembutan ramai netizen suka melihat caranya melayan kerenah anak-anaknya.

Dengan perut makin memboyot mengandungkan anak ke-4, DS Shahida tetap murah dengan senyuman dan lembut bercakap dengan anak-anaknya.

Ramai netizen memuji caranya yang penuh kasih sayang melayan anak-anaknya termasuk dua anak angkatnya Ameena dan Qayum.

Ternyata wanita ini percaya setiap anak itu membawa rezeki buat keluarga dan dia tak kisah untuk sama-sama memikul tanggungjawab membesarkan anak-anaknya.

Tetap Sayang Walaupun Anak Angkat

Bertuah baby Meena dan Qayum sebab dijaga oleh keluarga yang sangat menyayangi mereka. Kedua bayi ini diambil dan dibela sendiri oleh DS Aliff Syukri dan DS Shahida.

Melihat kedua bayi yang semakin membesar dengan sihat dan ceria ini, nyatalah mereka mendapat cukup kasih sayang yang ikhlas dari ibu bapa angkat merka.

Bahkan anak-anak tauke produk Dherbs yang lain juga amat sayangkan kedua adik mereka yang masih kecil itu.

Ada pengikut mereka turut mengatakan yang wajah Meena dan Qayum sudah hampir sama dengan DS Aliff dan DS Shahida.

Semoga Allah limpahkan rahmat pada keluarga ini serta rezeki yang tiada putusnya.

Sumber: Instagram babyterlajaklaris

IKLAN