Berfikiran positif dan terima kurniaan Allah dengan hati yang terbuka, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila Hassim dipuji ramai peminat apabila berkongsikan wajah anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang dilahirkan kelmarin.
Walaupun Nur Amna bayi istimewa kerana mengalami cleft lip atau sumbing, ternyata Lan dan Sheila cukup kuat.
Pasangan ini ternyata gembira dengan kehadiran bayi perempuannya dan tidak lokek untuk berkongsi gambar kepada semua peminat.
Malah rata-rata peminat pun turut sama mendoakan yang terbaik buat Nur Amna. Daripada komen yang diberikan netizen ada yang menyatakan Nur Amna adalah bayi bertuah dan anugerah terindah buat Lan sekeluarga.
Ads
Terdahulu Lan dan isterinya mengetahui keadaan bayinya sumbing semasa kandungan berusia 30 minggu.
Selepas itu, Sheila meminta pandangan daripada ibu bapa yang mempunyai anak sumbing untuk berkongsi pengalaman.
Ads
Walaupun bayi ini dianggap istimewa dalam keluarga Lan dan isteri, sikap keterbukaan pasangan ini wajar dipuji dan langsung tidak menunjukkan mereka sedih sebaliknya begitu kuat.
Apa yang membuatkan netizen cukup tersentuh hati, Lan dan Sheila bertekad untuk membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang pada Nur Amna.
Ads
Daripada komen di instagram Lan juga, ada netizen yang berkongsikan masalah anak mereka yang senasib dengan anak Lan dan rata-ratanya menyatakan boleh dirawat dengan membuat pembedahan.
Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lan dan Sheila atas kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Sumber: lansolo_official & sheilarazlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak berkongsi rasa gembira apabila anak perempuannya, Aisha Lashiera yang kini dah genap 3 bulan dah makin pandai untuk ajak bermain.
Menerusi entri di instagram, Angah berkongsi kegembiraan itu setelah lama tak mempunyai anak kecil. Ibaratnya jika terlalu lama berjauhan boleh berlaku kemurungan pada dirinya.
Jika sebelum ini hanya tengok orang je yang layan baby, tapi lepas dah ada baby sendiri baru tahu perasaan tu macam mana.
Aisha yang dilahirkan pada 16 Februari lalu menjadi keutamaan buat mommy, papa dan kakaknya setelah menunggu hampir 3 tahun untuk mendengar tangisan bayi dalam rumah.
Bayi takut berpisah biasa terjadi. Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini. Ketahui 5 strategi menghadapinya.
Tengok mama pakai tudung atau papa bersiap nak keluar, dia pun mulalah tidak tentu arah. Mula menangis minta didukung. Alasannya apa? Takut untuk berpisah atau nak ikut serta ke mana mama atau papa pergi. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.
PUNCA BAYI TAKUT UNTUK BERPISAH
Bayi yang lebih muda daripada 4 hingga 6 bulan biasanya akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang menjaganya, asalkan keperluannya dipenuhi. Bayi pada umur 4 antara 7 bulan akan mengembangkan rasa “keabadian objek” atau permanence object. Mereka menyedari bahawa ibu bapa ada walaupun mereka tidak dapat melihat. Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.
Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang dipisahkan dari ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan.
Fasa ini dilalui bayi sehingga usia yang berbeza-beza. Sesetengah bayi meneruskannya sehingga antara 18 bulan dan 2½ tahun. Ada yang tidak pernah mengalaminya. Dan bagi bayi lain, kemungkinan tekanan tertentu yan gmencetuskan perasaan takut untuk berpisah seperti baru pertukar taska atau berpindah taska baru, menerima kehadiran adik baru, berpindah ke tempat baru, atau ketegangan yang berlaku di rumah.
Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.
5 STRATEGI HADAPI ANAK TAKUT UNTUK BERPISAH
Ketakutan untuk berpisah ini selalunya akan menyebabkan tangisan dan tekanan emosi kepada si kecil malah berlarutan dan tidak boleh dipujuk. Ada yang menangis sehingga tertidur.Walau pun ia memberikan impak besar, ibu bapa perlu ambil langkah bijak untuk menghadapi waktu genting ini.
1.PASTIKAN MASA YANG SESUAI
Cuba elak daripada menyerahkan bayi kepada orang yang tidak dikenalinya pada usia 8 bulan hingga 1 tahun. Sekiranya ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka cuba pastikan anda meninggalkan si kecil ketika dirinya dalam keadaan kenyang, cukup rehat dan selesa. Elakkan waktu genting ini ketika dirinya sedang kelaparan, keletihan atau tidak selesa kerana ia menyebabkan efek kepada emosinya. Jadualklan waktu perpisahan ini selepas waktu tidur dan makannya.
2.LATIH
Mama dan papa boleh latih si manja untuk berjauhan atau berpisah daripada si manja secara berperingkat. Jika anda merancang untuk meninggalkannya di taska atau pengasuh dalam masa terdekat, anda boleh ajak pengasuh untuk berjumpa lebih awal dan berkenalan supaya kelak nanti bayi tidak terlalu terkejut.
3.BERPERINGKAT
Cuba buat secara berperingkat masa anak di rumah pengasuh atau daycare. Misalnya beberapa ini si manja tinggal di rumah pengasuh selama 3-4 jam, minggu depan boleh cuba hingga 8 jam pula. Ia adalah strategi untuk mengelakkan bayi mengalami ketakutan untuk berpisah yang berlarutan.
4.BERTENANG
Si kecil akan menangis, mengamuk dan memanggil anda merayu untuk mengikut. Tapi mama dan papa kena kental. Mama dan papa perlu bertenang dan cuba akhiri perpisahan setiap hari dengan kata-kata yang manis dan pelukan. Cuba bertenang dan yakinkan dia bahawa anda akan kembali mengambilnya nanti. Berikan perhatian kepadanya apabila anda melambai dan lihat tepat pada wajahnya semasa mengatakan “Mama akan ambik adik nanti. Adik duduk elok-elok dengan ibu (pengasuh) ye”.
5.PENGASUH MAIN PERANAN
Minta pengasuh untuk menenangkan bayi anda dengan mengajaknya bermain dengan permainan yang disukainya, memujuknya dan memeluknya. Pengasuh dan penjaga memainkan peranan penting untuk membantu bayi anda melalui fasa perpisahan ini.
FASA INI AKAN BERLALU
Percaya bahawa fasa takut nak berpisah ini akan berakhir nanti. Mama dan papa perlulah yakin dan mengambilnya dari sudut positif, Banyakkan bersabar melayani kerenah si kecil.
Mama dan papa juga perlu percaya kepada instinct. Sekiranya bayi mengamuk tidak mahu berpisah dengan anda dan mendapatinya tertekan dengan selera si manja berkurangan atau mengalami masalah untuk tidur dalam jangkasa masa yang lama, ambil langkah untuk memeriksa sekiranya ada sesuatu yang meragukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan orang dewasa sahaja stres tapi sebenarnya bayi juga boleh stres. Tapi kerana bayi masih belum boleh bercakap, dia akan meluahkan rasa stresnya melalui tangisan.
Sebagai ibu bapa kena tahu jenis tangisan anak agar mudah untuk mengendalikan situasi saat anak menangis. Mungkin di sebalik itu juga kita boleh cari sebab dan kemudian selesaikannya.
Cara ini bukan sahaja dapat menenangkan anak dengan cepat tetapi kita juga tidak tertekan menghadapi saat ini.
Antara tanda bayi stres yang perlu diketahui oleh ibu bapa adalah:
1) Meragam Dan Menangis
Menangis adalah isyarat paling mudah bila bayi anda rasa tidak selesa. Semakin kuat dan lama tangisannya, menandakan dia semakin stres.
2) Murung
Biasanya ceria dan lincah tetapi bila diajak main semua mainan dicampakkannya. Bab kata orang tua semua benda tak kena. Jadi ibu bapa kena faham dan layan sebaiknya bagi mengembirakan anak.
3) Tidur gelisah
Biasanya bayi sangat memerlukan tidur yang cukup untuk perkembangan yang baik. Tapi, ibu bapa kena perhatikan jika bayi kerap tidur dalam keadaan gelisah dan tidak nyenyak bermakna ada yang tak kena pada dirinya. Terlebih dahulu cuba periksa sama ada anak buang air besar atau pampersnya basah. Selain itu, mungkin juga kerana lapar. Jika dibiarkan ini antara punca bayi akan menangis tengah malam.
4) Tidak Mahu Makan
Stres juga boleh menyebabkan anak yang dah mula belajar makan jadi susah nak makan sehingga berat badannya berkurang. Ibu kena cepat tangani masalah ini supaya ia tidak berlarutan dan akan jadi punca anak memilih makan apabila semakin besar.
5) Tak Boleh Berenggang
Bayi jadi sukar untuk berpisah dengan ibunya. Biasanya tak jadi masalah bila ibu tak ada di sisinya. Kini jika anda tinggal sebentar saja pun dia menangis.
Punca Yang Menyebabkan Bayi Stres:
– Keinginan anak tidak dipenuhi dengan sempurna. Mungkin ketika anak lapar atau haus anda tidak segera memberinya makanan atau minuman. Sikap tunggu sekejap perlu dielakkan kerana anak belum faham lagi situasi ibu. Jadi tolong peka mengenai hal ini.
– Sentiasa di tinggalkan sehingga anak kurang perhatian juga boleh jadi penyebabnya. Walaupun anak tak boleh meluahkan perasaan lagi tapi dia tahu mengenai ibu bapanya.
– Rasa sakit dan tidak selesa. Bayi tidak dapat menyatakan bahagian mana dia rasa sakit atau tidak selesa. Bila ibu bapa atau pengasuh tidak boleh kesan punca sakitnya, bayi boleh stres.
– Ayah dan ibu bertengkar. Bayi boleh tahu keadaan emosi ibu bapanya. Dia boleh merasakan situasi tegang dari ekspresi wajah dan nada bicara yang tinggi dan keras.
– Ibu stres menyebabkan bayi pun stres, kerana cara menangani bayi akan menjadi tidak tenang. Bayi dapat merasakan tekanan otot saat digendong, ekspresi wajah dan nada suara ibunya.
– Bertukar pengasuh dalam waktu singkat. Ini akan menyebabkan anak rasa tak selesa dan menangis sebelum dapat menyesuaikan diri dengan pengasuh baru.
Oleh itu, sebagai ibu bapa peka dengan setiap perubahan bayi anda dan tanganinya sebaik mungkin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!