Netizen Puji Tindakan Aisyah Habshee Belajar CPR Demi Anak-Anak

Share

Pempengaruh media sosial terkenal, Aisyah Habshee, baru-baru ini menyertai kursus Bantuan Kecemasan Jantung (CPR) sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan mempersiapkan diri dalam menghadapi situasi kecemasan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aisyah memuat naik beberapa momen sepanjang mengikuti kursus tersebut. Beliau dilihat mendengar taklimat daripada tenaga pengajar serta melakukan latihan amali seperti teknik bantuan pernafasan yang betul.

Menurut Aisyah, penglibatannya dalam kursus ini adalah sebagai persediaan untuk membantu ahli keluarga sekiranya berdepan dengan situasi kecemasan pada masa hadapan. Beliau turut mengakui bahawa pengetahuan tentang pertolongan cemas adalah sesuatu yang penting, terutama untuk keselamatan anak-anaknya.

“Saya belajar pertolongan cemas dan CPR untuk keselamatan anak-anak saya. Tetapi ya Allah, tolong jangan biarkan kami berada dalam situasi di mana saya perlu menggunakannya. Semoga kami selamat dan sihat selalu,” tulis Aisyah di media sosial.

Netizen Terinspirasi

Tindakan murni Aisyah mendapat pujian meluas daripada para pengikutnya. Ruangan komen dibanjiri kata-kata semangat dan penghargaan.

“I wish to be a mom like u one day 🥰🤍 thank you for inspiring us kaka Aisyah!!”

 “Such a good mother and woman lah kak Aisyah ni 😍 so inspiring.”

“Tahniah Aisyahh.. dulu my mom pun amik kursus ni jugak just in case kalau ada emergency… I salute kat you, very inspiring.”

 “Tahniah, maybe one day awak ditakdirkan selamatkan anak orang lain.”

“The real influencer, influenced people to always doing something people think is nothing. Love the positive vibes ❤️.”

Published by
Noel